(Pasang lagu Evolusi KL Drift atau Mara Bahaya untuk feel hahaha. Happy reading!)
(Disarankan untuk search warna Vantablack tu macam mana untuk dapatkan gambaran yang lagi tepat.)
******
Kereta Izhar dibiarkan berlalu terlebih dahulu sebelum dia mula mengejar kereta Izhar dari belakang.
"Time for some fun."
Deruman enjin kereta memecah keheningan malam. Kereta Audi R8 berwarna Vantablack itu memburu seperti bayang-bayang hitam. Mata Izhar berkali-kali memandang cermin pandang belakang untuk memastikan pemburunya sudah ketinggalan di belakang.
Kereta milik Izhar meluncur laju. Tiada kereta lain yang berada di atas lebuh raya itu. Hanya keretanya yang dipandu sambil dikejar oleh kereta berwarna hitam yang gelap seperti langit malam itu. Hanya kedengaran bunyi enjin yang garang mengejarnya kerana pemburunya menutup lampu kereta.
"Run as fast as you can."
Aksi kejar mengejar itu berterusan. Kereta Izhar terhuyung-hayang ke kiri dan kanan kerana silau apabila kereta di belakangnya menghidupkan lampu putih yang terlalu cerah. Sesaat selepas itu, kereta yang berada di belakangnya kini bersaing di bahagian lorong kiri. Izhar cuba untuk meningkatkan kelajuan namun kereta di sebelahnya tidak kurang lajunya menekan pedal minyak.
Sewaktu Izhar memandang ke kiri, tingkap pemandu kereta di sebelahnya diturunkan mendedahkan wajah pemandunya. Individu memakai topeng muka dan topi hitam. Izhar dapat merasakan bahawa lelaki itu sedang tersenyum sinis kepadanya. Dek rasa geram yang membuak-buak, Izhar stereng diputar ke kiri untuk melanggar kereta itu namun gagal.
Beberapa kali cubaannya gagal untuk melanggar kereta lawannya. Sebentar kereta itu ke hadapan, sebentar lagi dia akan ke belakang. Izhar sudah diselubungi rasa takut manakala pemburu yang memakai topeng muka itu semakin galak menekan minyak untuk mengejar Izhar. Adrenalin mula menguasai diri.
"Belakang kau." Kereta Audi R8 itu di belakang.
"Depan kau." Kereta dipandu ke hadapan.
"Beside you. Hahaha!" Tawanya seperti psikopat.
"Woah! Woah! Hahaha!" Kereta dipandu ke kiri dan ke kanan.
Izhar sudah muak dengan permainan lelaki itu menekan minyak dan cuba melanggar kereta itu buat kali terakhir. Keputusan itu akhirnya memakan diri Izhar apabila lelaki bertopeng itu memberhentikan keretanya secara mendadak menyebabkan kereta Izhar terbabas. Kereta milik Izhar berlanggar dengan penghadang jalan sebelum keretanya berpusing berkali-kali.
Mata cuba dicelikkan. Tubuh Izhar kini berada dalam keadaan terbalik. Menerusi tingkapnya yang sudah pecah, dia melihat kereta lelaki bertopeng itu dipandu mendekati tempat dia kemalangan. Beberapa saat setelah itu, pemandunya turun daripada kereta. Lelaki memakai baju sejuk berhud, topeng muka dan juga topi. Kesemuanya yang dikenakan pada tubuh lelaki itu adalah berwarna hitam.
Perlahan-lahan si lelaki itu mengseretkan but kulit hitamnya di atas jalan tar itu. Lelaki itu merendahkan tubuh dan menunduk untuk bertentangan mata dengan Izhar.
"Nice try, buddy. Tapi, mustahil untuk kau lari daripada aku." Lelaki itu berkata dengan nada mengejek.
"Siapa kau? Ke... Kenapa kau kejar aku?" Suara Izhar tersekat-sekat menahan kesakitan.
"Herm... Siapa eh aku? Kejap-kejap, bagi aku fikir." Jari telunjuk mengetuk perlahan kepalanya.
"Hah! Aku dah tahu." Jari dipetik sekali sebelum dia merapatkan wajah ke cermin kereta Izhar.
"Akulah The Death Eater." Lelaki itu ketawa namun matanya tidak memancarkan walaupun satu perasaan gembira.
The Death Eater duduk bersila di atas jalan tar sambil menongkat dagunya.
"Aku kejar kau sebab ni. Kau kenal siapa dia?" Lelaki itu menyoal sambil menunjukkan gambar seseorang kepada Izhar yang sudah berlumuran darah. Wajah Izhar kelihatan seperti sedang ditarik nyawa.
"Ra... Rania."
"Oh, jadi kau kenal dia siapa? Untuk pengetahuan kau, aku diupah oleh dia untuk membalas semula perbuatan keji kau terhadap dia. Jadi, kerja aku hampir selesai."
Tubuh diangkat. Tangan mengibas batu-batuan kecil pada seluar. Tangan diseluk ke dalam poket seluar. Sebuah pemetik api kecil dikeluarkan dan dilayangkan di hadapan mata Izhar. Pemetik api itu ditunjuk ke arah minyak kereta yang mengalir keluar.
Izhar menggeleng laju sambil tubuhnya yang tersepit menggigil hebat. Lebih ngeri apabila mendengar lelaki di hadapannya mengilai. Rayuan demi rayuan dibuat namun tidak diendahkan langsung oleh lelaki itu.
"Tsk! Bosanlah kau ni."
Pemetik api itu dimasukkan kembali ke dalam poket seluar. Langkah dibawa ke kereta mewah itu dan mula dipandu meninggalkan Izhar berseorangan di situ. Sebaik sahaja kereta itu dipandu sedikit jauh, kereta yang dipandu oleh Izhar meletup akibat minyak yang bocor. Api marak menerangi lebuh raya yang gelap gelita itu.
Hari mula beransur siang. Rania menonton televisyen dengan bosan. Tangan kanan menyuap sarapan paginya ke dalam mulut. Hari ini dia memilih untuk mengambil cuti. Siaran pada televisyen itu ditukar dengan laju sebelum sebuah siaran yang memaparkan berita terkini menangkap perhatiannya.
"Sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam telah ditemui rentung pada pagi ini di sebuah lebuh raya menuju ke utara. Kereta tersebut telah disahkan milik suspek yang sempat melarikan diri dalam serbuan di sebuah kelab malam pada malam semalam."
Sudu yang dipegang oleh Rania terjatuh ke atas lantai mengejutkan Angela yang baru sahaja keluar dari biliknya.
"Kau dah kenapa?"
"Syuh! Diam kejap."
Angela turut menonton berita pada televisyen itu. Gambar sebuah kereta dipaparkan pada skrin.
"Pemandu kereta tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."
"Suspek yang melarikan diri disahkan terlibat dalam sindiket dadah dan juga didapati terlibat dalam beberapa kes jenayah gangguan seksual. Pihak polis cuba untuk memberkas suspek namun gagal apabila suspek berjaya melarikan diri."
"Apakah?" Angela terlopong.
"Angela! Tu kereta Izhar!"
Angela memandang pelik ke arah Rania yang sedang menunjuk ke arah televisyen.
"Kereta Honda Civic hitam. Tu kereta Izhar!"
"Macam mana kau tahu? Bukan dia seorang saja yang pakai Honda Civic hitam." Angela menyoal.
Rania berlari masuk ke dalam biliknya lalu kembali ke ruang tamu dengan telefon pintarnya. Aplikasi galeri ditekan lalu gambar kereta Izhar yang sempat ditangkap olehnya ditunjukkan kepada Angela. Gambar itu diambil ketika Izhar mengunjungi kafe Rafiq.
Dahi Angela berkerut hebat. Seribu tanda tanya bermain di fikiran.
"Rania... Ni bukan ke kereta Honda yang kejar kita masa perjalanan balik dari rumah ibu dulu?"
Rania turut merenung gambar kereta itu.
"Eh! Yalah! Kereta ni yang kejar kita hari tu."
"Kereta ni Izhar yang punya? Maksudnya..."
"Dia dah lama intip kita berdua?"
Angela dan Rania berbalas pandangan. Rupanya mereka sudah lama dikejar oleh Izhar. Semuanya sudah masuk akal sekarang apabila Izhar bertindak untuk mengugut Rania dengan keadaan ibunya yang sedang sakit di kampung. Izhar sudah mengintip mereka. Jadi, semuanya sudah dirancang oleh Izhar!
"Maksudnya dia dah tak ada ke?"
"Kereta yang dipandu oleh suspek terbabas setelah melanggar penghadang jalan sebelum terbakar."
Angela dan Rania berbalas pandangan sebelum bersorak gembira. Mereka akhirnya terselamat daripada lelaki durjana itu. Mereka tidak akan diganggu lagi oleh Izhar. Masing-masing membalas pelukan.
Kifarah itu wujud. Lambat laun akan dibalas juga segala perbuatan kita sama ada baik atau jahat.
ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
ActionKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...
