BAB 23

96 6 0
                                        

Assalamualaikum dan Hai! Rindu saya tak? Hihihi. Jadi, ini adalah bab baru. Terima kasih sudi tunggu. Muah Muah Muah! Komen banyak2! Happy reading!

*Setiap idea di dalam penulisan ini adalah sepenuhnya hasil imaginasi dan research yang dilakukan oleh Adwa_Nafeesa. Dilarang mengambil mana-mana idea daripada penulisan ini dan memplagiat karya saya. Terima kasih, Muah!



************



"Rania! Cepatlah sikit bersiap tu. Tadi kau juga yang suruh aku siap awal-awal!"

"Sabarlah! Kau ingat senang ke nak berjalan ke hulu ke hilir dengan gaun kembang ni?"

"Kau yang nak sangat pakai gaun kembang semangkuk ni. Hadaplah."

"Kau diam sekarang sebelum mahkota aku yang megah ni melekat dekat muka kau."

Angela mendengus geram. Dia paling pantang menunggu lama. Tahap kesabarannya bukanlah tinggi mana. Kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar. Badan pula disandarkan ke pintu kereta milik Rania. Mata naik mendongak ke langit. Malam yang gelap ditemani bintang-bintang yang bergemerlapan. Bibir tersenyum kecil melihat keindahan ciptaan Tuhan.

Leka mengagumi lukisan pada langit malam, kepala menoleh ke pintu rumah apabila mendengar suara Rania. Kelihatan gadis bertudung biru gelap dan menyarungkan gaun biru gelap yang gemerlap seperti bintang di langit sedang terkocoh-kocoh berlari ke arahnya. Manik jernih menitis pada wajah yang disolek dengan solekan penuh itu.

Angela membuka pintu bahagian penumpang lalu menarik sehelai tisu daripada kotak tisu. Dia menghulurkan tisu itu kepada Rania yang sudah bermandi peluh. Rania pula mencapai tisu itu sambil tersenyum sipu. Riak wajah Angela sudah bertukar gerun. Dahi Rania dijentik kuat untuk menyedarkan sahabatnya itu.

"Kau dah apa pasal senyum-senyum macam Joker ni?"

"Kau macam Prince Charming. Kacak nak mati. Kau nampak macam pelakon Korea tu... Apa entah nama dia? Lee... Haa! Lee Min Ho!"

"Stop with the exaggeration and get in the car."

Rania pula sudah terkekeh-kekeh ketawa melihat telinga Angela yang sudah bertukar merah akibat dipuji. Memang benar kata Rania, pemakaian Angela pada malam itu persis seorang jejaka Korea. Rata-rata jejaka Korea mempunyai kulit licin dan cantik. Tambahan pula, rambut panjangnya telah dipotong pendek. Inilah yang dikatakan cantik menjadi perempuan dan kacak menjadi lelaki. Pakej lengkap yang dicemburui orang ramai.

Sudahlah berambut pendek, kemeja putih pula dikenakan bersama-sama seluar slack dan kot berwarna hitam. Turut diikat seutas tali leher lurus berwarna hitam yang dibiarkan sedikit longgar. Jika mana-mana gadis yang meminati 'oppa' Korea pasti akan terpegun melihat Angela. Perwatakan tenang Angela turut membuatkan dia memenuhi segala checklist para gadis. Tetapi apakan daya, dia ialah hanyalah seorang gadis yang mempunyai perwatakan dingin.

Kesemua staf yang bekerja di kafe milik Rafiq akan menghadiri jamuan akhir tahun yang dianjurkan oleh Rafiq di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Temanya adalah 'masquerade'. Rania memilih untuk memakai gaun manakala Angela lebih selesa memakai kemeja formal. Bukan bermakna dia mahu menjadi lelaki tetapi dia lebih selesa memakai sesuatu yang tidak menonjolkan dirinya di khalayak ramai. Solekannya pun tipis sahaja. Namun, tanpa dia tahu yang kemeja formal itulah yang menarik perhatian orang ramai terhadapnya.

Setelah beberapa minit memandu, mereka tiba di hotel itu. Mereka tiba 30 minit awal sebelum majlis bermula. Angela hanya pasrah menjadi jurugambar tidak berbayar. Dia hanya mengekori langkah Rania ke sana dan ke sini. Selesai bergambar di hadapan pintu utama hotel, Rania berlari pula ke arah tangga megah yang menjadi laluan untuk ke restoran hotel. Kot hitam yang tersarung pada badan kini sudah ditanggalkan dan disangkut pada bahu.

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang