"Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Mengumumkan ketibaan jejaka terhebat di pasaran... Aaaaaqq... Aduh!"
Puk!
Bergema ketukan di bahagian belakang kepala leftenan itu. Kapten yang disebelah pula sudah menutup wajah apabila orang ramai memerhati ke arah mereka berdua. Rafiq yang berkemeja hitam dengan lengan yang dilipat sehingga siku sedang menggenggam kuat tangannya. Dialah yang mengetuk kepala Aqeel. Jika tidak membuat onar, bukan Leftenan Aqeel Raihanlah namanya.
Sebaik sahaja Zach dan Aqeel muncul di hadapan pintu kafe sebentar tadi, Rafiq baru sahaja selesai mematikan enjin keretanya. Hatinya tidak sedap lalu dibuang pandangannya ke luar cermin kereta. Mata hampir tersembul keluar apabila dia melihat Aqeel sudah menarik nafas dalam untuk membuat grand entrance mengumumkan ketibaannya.
'Aku pelangkung juga dia ni karang.'
Tali pinggang keledar dicabut dengan tergesa-gesa sebelum Rafiq keluar meluru ke arah rakannya itu. Hampir sahaja dia mahu tersadung ketika melangkah keluar daripada kereta. Kemudian, tangan terus melayang dan melekat pada kepala Aqeel. Dada sudah berombak deras menahan geram. Aqeel pula sudah melutut di lantai sambil menggosok kepala yang berdenyut-denyut.
"Kau boleh tak buat perangai elok sikit. Buat malu kaumlah kau ni. Pergi duduk sana!"
Terkumat-kamit mulut Aqeel membebel sambil dia dan Zach berjalan menuju ke sebuah meja. Rafiq pula merapikan rambut hitam berkilatnya yang sudah serabai ke belakang. Selesai dia menguruskan kerjanya dengan staf, dia duduk di meja yang menempatkan Zach dan Aqeel.
"Kau orang tak ada kerja ke hari ni? Aku tahu dah. Kalau kau orang ada kerja, kau orang tak akan datang menyemak di kedai aku."
"Kami banyak masa terluang sekarang. Bersiap sedialah kau minggu ni. Hehehe."
"Aku rasa kena blacklist kau orang berdualah. Buat rugi bisnes aku saja."
"Kau patut bersyukur tahu? Kami ni pelaris kafe kau ni." Aqeel membalas sebelum menghirup kopi aisnya.
"Banyaklah kau punya pelaris. Entah-entah, orang tak nampak kedai aku sebab kau orang berdua. Kedai kena sorok."
Hampir tersembur air daripada mulut Zach dan Aqeel mendengar kenyataan itu. Zach sudah memicit kuat hidungnya. Air salah masuk saluran. Perit sehingga wajah Zach bertukar merah padam.
"Kurang asam kau ni kan. Sejak bila kau macam tebuan ni? Bukan main laser lagi mulut kau." Zach berbicara sambil mengurut-urut hidungnya. Tindakan itu membuatkan suaranya menjadi sumbang.
"Apa-apa sajalah."
"Rania dengan Angela mana? Tak nampak pun bayang mereka?"
"Mereka cuti hari ni. Mereka balik ke kampung untuk sambut hari lahir ibu Rania."
Aqeel laju memandang ke arah Zach di sebelahnya. Zach pula sudah berkerut wajahnya.
"Apa masalah kau ni? Macam tak betul saja aku tengok."
"Kau tahu ke hari ni hari lahir ibu Rania? Kau tahu ke dia cuti hari ni? Kau tahu ke dia balik ke kampung?"
Zach menggeleng.
"Manalah aku tahu? Kenapa pula Rania nak beritahu aku perkara macam itu? Aku bukannya rapat sangat dengan dia. Setakat berbual kosong macam itu boleh lah..."
"Jadi, kau pun tak dilayanlah kiranya? Okey, ada geng."
Seperti ada petir yang menyambar, mata Zach terpincing tajam ke arah Aqeel. Kepala Aqeel dicengkam kuat lalu ditolak untuk mendarat di atas meja. Tidak mengendahkan kesakitan Aqeel, Zach terus menahan kepala sahabatnya di atas meja sambil berbual-bual dengan Rafiq.
ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
AksiyonKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...
