BAB 46

77 4 5
                                        

Topeng hitam dicabut daripada wajah dan jubah hitam yang menyelubungi dirinya turut ditanggalkan. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya. Jantung Zach seakan-akan direntap kuat. Di hadapan dia berdirinya seorang gadis berbangsa Cina yang dikenali sejak berbulan yang lalu.

"Angela... Kau... Ini semua kerja kau?" Tergagap-gagap Zach bertanya kepada tuan empunya badan yang sedang berdiri di hadapannya.

"Ya, betul. Ini semua kerja aku. Angela ataupun nama sebenar aku... Wang Zi Wei..." Tenang suara Angela menuturkan ayat itu.

Zach tersentak. Wang Zi Wei? Tak mungkin!

"Tak mungkin kau Weiwei... Weiwei mati masa dalam kebakaran tu! Kau bukan adik aku!" Keras suara Zach menidakkan kenyataan Angela.

Angela tersenyum lemah. Dia menarik salah satu daripada pedangnya lalu ditunjukkan kepada Zach.

"Remember this? Harimau putih. Simbol keluarga Wang. Pedang ni dihadiahkan kepada aku sewaktu aku berusia 9 tahun. Mama dengan papa hadiahkan kepada aku malam sebelum kebakaran tu berlaku."

Terjatuh kedua-dua bahu Zach. Adiknya yang hilang tanpa jejak selepas tragedi ngeri itu rupa-rupanya ada di sampingnya selama ini. Tubir mata mulai bertakung dengan air mata. Leftenan Aqeel Raihan yang mendengar daripada fon telinga di luar bangunan itu turut bergelinangan dengan air mata. Angela Wang. Gadis yang dicintainya sepenuh hati ialah orang yang sama dia perlu buru untuk dikenakan hukuman. Hatinya sudah menjerit kuat.

"Kenapa kau buat semua ni?" Sayu suara Zach menyoal gerangan di hadapannya itu.

Topeng yang dipegang dijatuhkan ke tanah. Pedang di tangan juga dilepaskan. Mata menatap sayu lelaki di hadapannya. Sungguh, dia rindu dengan lelaki itu. Abangnya.

"Aku cuma nak menjauhkan makhluk-makhluk ni daripada setiap mangsa yang pernah dia orang sakitkan. Aku tak buat apa-apa pun. Aku jaga mereka dengan baik. Aku hanya tarik kebebasan mereka daripada dunia luar."

Dia tertawa lemah. Nafas ditarik lalu dihela perlahan.

"Kau ingat aku buat semua benda ni sendiri ke? Kau silap, Zach. Aku buat semua benda ni dengan bayaran. I don't do things for free."

Zach hanya diam mendengar. Kini, hanya tinggal mereka berdua di dalam rumah agam itu.

"Kau rasa yang emak ayah kau tu suci? Kau silap. Semuanya berlaku disebabkan mereka berdua. Ada dendam yang perlu aku balas. Disebabkan mereka, hidup aku hancur. Dan aku akan pastikan tiada sesiapa lagi yang bakal menjadi mangsa seperti aku. Jadi, anggap saja aku dah mudahkan kerja kau orang semua."

Tangan dikepal menjadi penumbuk.

"Tapi, cara kau ni salah. Kau tak patut ambil alih tugas kita orang. Ini bukan caranya!"

Kening terjungkit ke atas. Bibir tersungging ke kanan. Senyuman semakin lebar menampakkan gigi taringnya. Hati berasa terbakar dengan kenyataan lelaki itu.

"Habis? Nak tunggu kau orang selesaikan? Berapa ramai syaitan yang terlepas kembali menganggu mangsa mereka? Kau tak ada di tempat kami. Kau tak ada hak untuk mempersoalkan cara aku. Sekurang-kurangnya, aku tak mendera tebusan-tebusan tu sebagaimana mereka mendera mangsa-mangsa mereka dahulu!"

"Weiwei... Apa yang mama dengan papa dah buat pada kau sampai kau terpesong begini?"

Mata Angela bertukar tajam seperti pedang yang menghunus ke arah mangsanya.

"Mama dengan papa jual aku pada tokan dadah. Kau ingat masa aku hilang beberapa hari dulu? Masa tu aku dah dijual pada tokan dadah. Papa yang jual aku!" Angela mula menjerit.

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang