Sudu besi mengacau makanan di dalam tin aluminium. Pandangan kosong menekur tanah. Fikirannya agak terganggu. Keluhan terbit di bibir.
"Hoi! Kau ni okey ke tak? Macam serabut saja aku tengok."
Aqeel menepuk kuat bahu Zach menyebabkan jejaka itu tersentak daripada lamunan.
"Tak ada apalah. Aku okey saja. Tak payah risau."
"Kau jangan nak tipu aku. Aku perasan kau macam terganggu sejak kita dalam perjalanan balik tadi lagi. Baik kau cerita dengan aku. Kalau tak, aku siram kau dengan air panas ni."
Mata coklat Zach memberi jelingan tajam kepada Aqeel. Tin besi aluminium itu diletakkan di atas tanah. Air liur kesat ditelan. Dia mendecit geram. Aqeel suka memaksa dirinya supaya bercerita.
"Aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku."
Pak!
Zach mengaduh kesakitan. Belakang kepalanya diusap perlahan. Gigi diketap kuat menjegil gerangan yang memukul kepalanya.
"Kau dah apa pasal gila?!"
"Mulut kau janganlah celupar. Kita dalam hutan tahu sekarang ni? Malam pula tu."
"Kau yang suruh aku cerita kan tadi?! Aku tengah ceritalah ni!"
"Tapi tak payahlah buat cerita seram macam itu!"
"Kau nak dengar ke tak? Kalau nak dengar, baik kau diam sekarang sebelum aku sumbat mulut kau dengan tin ni."
"Okeylah, teruskan."
Zach menggeleng kepala sebelum meneruskan penceritaannya.
"Kau orang tahu kan yang The Death Eater dah kena tangkap?"
Kesemua anggota yang ada di situ hanya mengangguk.
"Walaupun dia dah kena tangkap... Hati aku masih rasa gelisah."
"Kenapa, tuan?"
Zach terdiam sebentar.
"Erm... Kan aku pernah cerita pasal mimpi aku. Aku yakin dulu yang dia ada kaitan dengan tragedi keluarga aku. Tapi, dia dah kena tangkap dan tak ada bukti yang menunjukkan dia buat jenayah tu."
"Kau tak dapat apa-apa maklumat daripada lelaki tu ke?"
"Lelaki tu hilang. Aku tak dapat nak hubungi dia. Aku tak patut percayakan dia."
Tangan naik memicit kepala yang sudah berdenyut.
"Okey, berbalik kepada cerita tuan tadi. Tuan cakap seperti ada yang sedang memerhatikan tuan. Tuan nampak ke?"
"Tak. Aku cuma dengan bunyi daun macam kena sepak."
"Perasaan kau saja kot. Tak ada apalah. Aku rasa kau terlalu fikir pasal lelaki tu."
Zach cuma menggeleng lemah. Dia pun tidak tahu mengapa dia seperti terlalu terikat dengan The Death Eater. Seperti ada seutas tali yang mengikat dia dengan The Death Eater. Mindanya semakin serabut setelah penyampai maklumat yang diupahnya hilang tanpa jejak.
"Itulah... Aku pun rasa macam aku terlalu banyak berfikir benda yang tak patut. Sudahlah, sambung makan."
Bekas tin aluminium di atas tanah kembali dicapai lalu tangan mula menyuap makanan ke dalam mulut untuk mengisi perut yang sudah berbunyi meminta diisi. Mata melilau ke sekeliling memandang khemah-khemah yang masih terpacak menjadi tempat mereka berteduh untuk operasi ini. Tiba-tiba ada cahaya yang menyilaukan matanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
AçãoKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...
