BAB 25

88 6 0
                                        

*Assalamualaikum semua dan hai! Maaf ya saya lambat update... Jangan marah tau? Malam ni malam new year. Untuk umat Islam, malam ni adalah malam 1 Rejab. Jom doa banyak2 ya? Doakan supaya tahun depan semua urusan kita dipermudahkan. Selamat tahun baru, kalian semua.





******



"Encik Rafiq, saya balik dulu ya?"

"Eh, Rania. Maaf, saya tak perasan awak berdiri dekat situ. Kerja semua dah siap?"

Rafiq yang leka menaip pada komputer ribanya tersentak apabila melihat Rania yang terpacak di sisi meja seperti patung cendana. Mata dan mindanya terlalu fokus kepada komputer ribanya. Dia membetulkan duduk sebelum bersuara membalas bicara Rania.

"Sudah, Encik Rafiq."

Rafiq mengangguk. Beberapa saat dia mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Mata naik memandang Rania yang sedang tertunggu-tunggu ayat yang bakal keluar daripada majikannya itu.

"Erm, Rania... Ibu awak macam mana? Semakin beransur pulih?"

Rania tersenyum girang sambil menganggukkan kepala berkali-kali.

"Alhamdulillah, kondisi ibu semakin baik. Hari ni, Angela yang bawa ibu pergi rawatan fisio. Mungkin beberapa bulan lagi ibu boleh berjalan seperti biasa lagi."

Rafiq turut tersenyum. Sungguh dia suka melihat persahabatan dua orang gadis itu. Mereka saling bantu-membantu walaupun tidak berkongsi darah daging yang sama namun sama-sama menggalas tanggungjawab menjaga ibu Rania. Jika Rania sibuk, Angela akan bercuti untuk membawa ibu Rania ke hospital untuk menerima rawatan.

Ibu Rania disahkan menghidap penyakit berkaitan tulang yang membuatkan dirinya perlu berulang-alik ke hospital. Kedua-dua belah kaki ibunya tidak kuat untuk menampung dirinya dan memerlukan bantuan untuk bergerak. Jika berada di rumah, adik-adik kembar Rania yang menjaga ibunya.

"Baguslah kalau macam itu... Awak jalan kaki ke hari ni? Nak saya tolong hantar?"

"Eh, tak perlu. Saya boleh saja jalan kaki. Lagipun hari masih cerah lagi. Orang ramai pun berlegar-legar lagi."

"Okeylah kalau macam itu. Hati-hati. Apa-apa boleh telefon saya... Atau pun awak boleh telefon Zach."

"Err... Baik, Encik Rafiq. Saya balik dulu."

Rania tunduk sedikit sebagai tanda hormat kepada majikannya dan mula melangkah menuju ke pintu keluar kafe. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari kafe, dia disapa oleh seseorang. Seseorang yang dia tidak ingin bertemu langsung seumur hidupnya tetapi hidup ini seakan-akan sengaja membawa lelaki itu ke dalam hidupnya kembali.

"Eh? Rania!"

"Izhar?!"

Izhar tersengih sambil berlari-lari ke arah Rania. Si gadis pula sudah tidak senang duduk. Kenapa dia perlu bertembung dengan Izhar ketika Angela tiada bersama-samanya? Jika si Angela ada, memang sudah ditarik dirinya menjauhi lelaki itu. Selamatlah dia. Walaupun wajah Rania mengukir senyum namun dia tidak boleh menyembunyikan rasa gelisahnya. Tangan yang mula berpeluh dilap berkali-kali pada seluar.

"Kau buat apa dekat sini seorang diri?"

"Err... Aku..."

"Kejap... Kau kerja dekat sini ke? Wah! Kecilnya dunia. Aku pun kerja dekat-dekat sini juga."

"Oh... Tak pernah nampak pun kau."

Izhar hanya ketawa girang. Entah apa yang menyeronokkan sangat pun tidak tahu. Rania berpaling ke dalam kafe dan tercari-cari manusia yang boleh membantu dia untuk beredar daripada situ. Tidak tahu bagaimana mahu meminta pertolongan daripada orang lain.

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang