2 bulan dah berlalu.Dan pertengkaran antara mereka juga sudah dapat aku fahami, sedikit demi sedikit.
Aku masih menunggu kepulangan abang dan adikku yang tercinta.Abangku kata dia akan sampai dalam waktu petang.Aku pula tak sabar!
“Well rindu diorang je abang?”soal suamiku yang dari tadi duduk di atas kerusi.
“Rindu la”kataku agak manja.Kami tergelak sakan.Rumah Mirza ini sunyi sebab dia tak ambik pembantu rumah.Pa dan Ma pulak pergi Terengganu.Rika pula pergi menjemput abang dan adikku.Gembira rasanya!
Aku menunggu di balkoni.Dalam masa itu aku ternampak macam ada seseorang di belakang pintu pagar.Seorang perempuan mungkinkah itu perempuan yang bergaduh dengan suami aku tempoh bulan?!
Aku cepat-cepat menuruni anak tangga.Aku takut satu pergaduhan besar berlaku lagi.Tapi kali ini Mirza ada di ruang tamu.Dia sekadar melihat aku berjalan menuju ke pintu.
Aku dengar bunyi ketukkan pintu,macam mana dia ada kunci masuk ke sini.Setelah aku membuka pintu perempuan itu terus terkejut dan memang tepatlah sangkaan aku.Itu bekas teman wanita Mirza!
“Hah!kau mesti bini dia kan?”soalnya dengan nada marah.
“Ye aku isterinya yang sah”kataku.
“Hah?! Sah konon.Korang kawin pon sebab terpaksa bukan sebab cinta!”jeritnya.
“Haha..Hei ini bukan rumah suami kau yang kau nak main terjah sesuka hati!”rungutku.
“Tak guna dah la rampas kekasih aku.Boleh pulak kau serumah dengan dia!”
Tanpa aku sempat berkata apa-apa,dia terus menarik rambut aku.Aku pula apa lagi.Tarik balik la!Aku tariknya masuk kedalam rumah.
Mirza yang leka menonton televisyen turut terkejut.
Aku menjerit melolong begitu juga dengannya.Aku minta dia lepaskan aku tetapi dia tarik lagi adalah!!
Sakit sihhh!!Aku menjerit punyalah kuat.
Kemudian, perempuan itu menolak aku jauh darinya.Aku sedikit tergamam.Rasa sakit tu bukan di rambut aku,tapi dalam hati aku!Membara hati aku masa dia tolak aku, macam tolak botol kosong!
Mirza pula membantu aku berdiri.Aku tanpa sempat berkata apa-apa,perempuan itu keluarkan sebotol air mineral kemudian penutupnya dibuka.
Aku terkejut.Dia lemparkan air itu sekilas ke muka suamiku.Aku dengan tak tahan perangainya aku terus menolaknya keluar dari rumah.
“Keluar kau!!Pergi!!”jeritku.
“Ini baru permulaan!!”dia berlalu sambil menjelingkan matanya, kemudian dia berlalu dengan angkuhnya!
Aku sungguh geram dengannya.Aku melihat keadaan suamiku, kesian dia.Aku terus mengambil kain yang terlipat di atas meja.Aku serahkan kepadanya.Dia sekadar melemparkan senyuman.Aku menangis,kenapa dia boleh tersenyum dalam keadaan bergini!!
Dia mengelap air mataku dengan jarinya yang basah.Aku memeluknya kerana aku tahu,dia senang diluar tapi susah dihati!Kenapa saat yang bahagia begini, dia muncul pulak!!
##Skip##
Aku duduk di sofa sambil memikirkan hal tadi.Entah kenapa sikit pun aku tak rasa sayu.Mirza pula sedang mandi.Aku pula tak ingin nak kacau dia yang tengah sakit hati.Iskk!!
Tiba-tiba aku teringat kembali kisah-kisah pergaduhan aku dengan Mirza masa kami kecil dahulu.Masa tu umur aku 3 tahun dia pulak 4 tahun.
“Hei, Harimau! Kenapa kau musnahkan aku punya istana pasir?!" jerkahku kepada Harimau tersebut.
Harimau memandang diriku dari atas ke bawah.Sungguh tajam matanya menikam diriku. Namun aku cuba memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Harimau itu.
"Asal ..Asal kau ni tengok aku macam tu? Err.."
Lamunan dan ingatanku terhenti seketika.Aku rasa macam ada seseorang memelukku dari belakang.Indah rasanya pelukkan tu.
##Skip##
Abang,adik!! Ohh i miss you so much!jeritku setelah aku teenampak mereka dihadapan pintu rumah.Mirza pulak tengok sku macam nak makan aku je.
Haha..pelik aku sepatutnya happy tapi sedih lak bila abang dan adik aku datang.Mungkin tu kerinduan mereka kot.
Selesai je dinner,aku naik ke atas.Aku rasa hati aku sedikit dingin malam itu.
Aku menyelimutkan diriku dalam selimut yang tebal.Aku rasa geram.Kemudian,aku nampak Mirza masuk bilik.Senyumannya tak pernah pudar.
“Sapa pompuan tu?”soalku kasar.
“Sayang abang boleh terangkan..”ujarnya lembut.
“Kenapa abang tak pernah bagitau sayang yang abang suka orang lain!?”entah kenapa aku bengang tiba-tiba.
“Ya,Allah sayang abang tak suka orang lain pun.Hanya sayang saja dihati abang!”
“Kalau dah tak sayang cakap jelah!!Sayang tak kesah!!”jeritku.
“Sayang,ini bukan masanya untuk bertengkar.Ok,kalau sayang nak abang tido kat luar abang sanggup demi sayang!”katanya kasar.
Aku terdiam.Air mataku mengalir begitu deras.Aku menjerit ayat yang tak biasa aku katakan padanya iaitu..
“Aku sayang kau Encik Harimau!”
Dia tersenyum.Kemudian,dia memeluk aku dengan amat erat.Tangisan aku makin lama makin kuat.Aku takut kehilangannya!!Aku takut!
Aku tak mahu kehilangannya.Dia bermakna dalam hidupku,aku sayangkan dirinya.Ya,Allah kenapa aku berkasar bahasa dengan suamiku!
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...