Alia P.O.V
Afiq-Alia jgn buat aq mcm ni.Aq sygkn kau tau tak? Can we please talk?
Afiq-Okk, ini last.Klau kau taknak bincang dengan aq.Aq dtang rumah kau dan jumpa dgan mak ayah kau dan bagitau diorang yg aq cintakan kau. :'(
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.Serabut fikiranku, kenapa dengan mamat ni?
Alia-Okk fine!! Tapi klau aq jumpa dgan kau, jgn kcau aq dh fhm?!
Afiq-Yee, syg.Ini last dari aq.
Aku menghempapkan telefon di atas katil, rasa macam nak lepaskan geram kat phone ni pun ada.Perlu ke panggil aku sayang?!
Aku mula bersiap-siap dengan cepat.Jumpa awal, balik awal.Aku harap dia tak bincang tentang perkara-perkara yang boleh merunsingkan aku lagi dah.
"Mama Lia nak jumpa kawan kejap!"
"Okay sayang!"
****************
Setibanya aku di cafe aku memesan minuman terlebih dahulu sementara menunggu Afiq.Aku melihat jam di pergelangan tanganku."Lambatnyee!" rungutku geram.
Tadi suruh datang awal, sekarang mana kau pulak? Hishh.Serabutnyaa!
"Alia, dah lama tunggu?" terkejut aku bila Afiq mengambil tempat duduk di hadapanku sambil tersenyum.
"Lama dah, kalau boleh aku rasa cam nak blah dah tadi!" rungutku.
"Sayang, can we getback again?"
"Apa kau gila?! Setelah apa kau buat kat aku, kau ingat aku terima kau balik dengan hati yang terbuka?!"
"Now, saya dengan dia dah tak de apa-apa hubungan lagi dah.Memang salah saya sebab buat awak macam ni tapi tolonglah saya terseksa kalau awak tak de!"
"What?! Aku dah berpunya Afiq.Memang kau patut terseksa sebab buat aku macam ni!"
Aku bangun dengan kasar.Ketika kakiku ingin melangkah keluar dari cafe itu, Afiq menarik lenganku dengan kasar.
"Apa yang kau buat ni?!" bentakku marah.
Aku melepaskan pergelangan tanganku darinya.
"Kau dah berpunya? Hei jangan bohong aku lah, kau milik aku faham?!"
"Aku bukan milik kau lagi dah!"
Dia memegang tanganku dengan erat sehingga aku mengaduh sakit.Aku harap ada Mirza disini! Ya, Allah bantulah hambamu ini.
Mirza P.O.V
Waktu rehat macam ni, baik aku pergi ambil angin dengan Shafiq kejap.Lagi pun aku lapar la.
Semasa aku tengah mencari tempat nak parking kereta, aku ternampak satu pasangan kekasih sedang bertengkar di belakang bangunan.
"Hah, laki tu gatal sangat la nak pegang tangan perempuan tu." bisikku kepada diri sendiri.
Tapi wajah gadis tu macam pernah aku tengok je.Aku mendekatkan lagi keretaku.
Aku benar-benar terkejut! Alia with someone else?!
Aku cepat-cepat keluar dari kereta dan menuju ke arah Alia dan lelaki itu.
"Kenapa kau degil sangat?!" kedengaran suaranya kuat sekali.Aku pula berlari dengan pantas ke arah mereka.
"Apa kau buat dengan isteri aku ni?"
"Apa? Isteri? Hahah!"
"Tadi berpunya sekarang dah suami pulak ke Alia?""Bro, aku mintak tolong sikit je.Jangan kacau isteri aku boleh?" kataku lembut sambil memeluk erat bahu Alia.
"Wait.What? Kau sengaja cakap macam tu sebab nak tolong dia kan?!"
"Well, lebih baik kau jangan kacau hubungan aku dengan perempuan ni kalau kau tak nak kena penumbuk!" katanya sambil menunjukkan buku limanya ke arahku.Aku tergelak kecil dengan sikapnya itu.Aku mengeluarkan telefon pintarku.Aku menunjukkan gambar perkahwinan aku dengan Alia.
"Alia..kenapa kau.."tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya, Alia terus menyikunya dengan kasar.
"Arghhh!!" lelaki itu menjerit tanda sakit.Kuat jugak siku bini aku ni, bahaya.Lebih baik aku jangan buat dia marah.
"Kalau kau nak hidup.Jangan kacau aku lagi dah!" katanya sambil menunjukkan muka yang bengis.
Dia menarik lenganku tanda aku meninggalkan lelaki yang kurang ajar itu.Aku sedikit keliru, apa hubungan Alia dengan laki tu?
Alia meninggalkan aku dan terus menuju ke arah keretanya.Aku pula terasa sedih dengan ayat-ayat yang dikeluarkan lelaki tadi.
Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa sakitnya hati aku.
Alia P.O.V
Aku meninggalkan Mirza dan terus menuju ke arah keretaku.Aku rasa takut dan geram dengan Afiq.Kata-kata sindirannya itu telah menikam hatiku.
"Macam mana kalau Mirza marah?" bisikku perlahan.
"Aku ni bodoh la.Kenapa aku ni bodoh sangat nak berjumpa dengan mamat tak guna tu?!"
Aku menundukkan kepalaku.Kenapa aku ni bodoh sangat?
Why and why?
##Skip##
Aku duduk di birai katil sambil membaca novel.Peristiwa petang tadi masih lagi menghantui aku.
Semasa aku sedang leka membaca, Mirza masuk ke dalam bilik sambil menunjukkan mukanya yang tidak berpuas hati.
Aku rasa mesti dia bertubi-tubi nak tanya soalan dekat aku.
"Who..." tanpa sempat dia nak bertanya soalan, aku mula melangkah untuk ke pintu bilik.
"Pandang aku bila aku cakap dengan kau lah!!" langkahku terhenti.Aku menoleh ke arahnya.
"Nak ape?" balasku kasar.
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...