Bab-13

9.3K 349 3
                                    

Alia P.O.V

Aku keluar dari bilik selepas aku bersiap.Jam menunjukkan pukul 8:00 pagi.Masih awal lagi jadi aku nak berjalan-jalan dulu kat sekitar rumah Fatin.

Aku menyarungkan kasut di kakiku,daun pintu rumah ku tolak perlahan.Aku tak nak menggangu Fatin yang sedang lena tidur.

Aku berdiri tegak di luar sambil menikmati pemandangan pada waktu pagi ini.Sangat segar udara disini.

“Buka buku baru tutup buku lama.”bisikku perlahan.

Aku memulakan perjalananku dari belakang rumah Fatin.Pokok-pokok yang berada di sekitar sini semuanya pokok hiasan.

Cantik la jugak, aku meneruskan lagi dengan melihat sarang burung yang berada di atas pokok hiasan itu.

Apabila aku ternampak satu pasangan burung sedang menyanyi.Satu pasangan lagi mengikutinya, akhirnya ia menjadi sebuah melodi.

Aku mencebik.Aku dapat rasakan seperti aku kehilangan sesuatu, tapi apa yee?

##Skip##

Selesai sahaja aku bersarapan, aku mengambil phone aku yang ku matikan semalam, kerana aku tak mahu diggangu masa itu.

25 missed call from Suamiku.”
“15 missed call from abang S”
"18 missed call from Rika"

Aku diam seketika, aku mula membaca mesej yang diberikan oleh Mirza.

-Syg plezz come back home! i miss you darling! :'(

-Syg,abg ngan pompuan tu dah takde apa² dh skrang ni! :-(

Air mataku ingin mengalir tapi aku masih menahannya.

Aku tahu pasti sekarang ini Mirza sedang sedih.Tapi, aku perlukan masa.Maafkan aku Mirza kerana menyeksa kau.

Aku berbaring di atas katil setelah sekian lama aku memikirkan hal tadi.Aku dapat rasakan ada seseorang di sebelahku.

Aku terkejut.Mirza?! macam mane kau boleh ada kat sini?!

Dia hanya tersenyum sambil dia membelai lembut rambutku, perlahan-lahan air mataku menitis.

Aku cuba memegang wajahnya tetapi wajah dan bayangnya hilang.Adakah dia sedang merinduiku?

Aku meraung sekuat-kuatnya.Entah mengapa sayu yang ku rasakan sekarang ini bukan sayu yang biasa.Air mataku mengalir begitu deras.

Fatin masuk sambil memelukku.Air mata aku menitis lagi apabila aku ternampak bayangan Mirza sedang memelukku.Aku membalas pelukkannya.Aku ingin bersamanya.

Mirza P.O.V

Aku duduk di birai katil sambil melihat gambar yang berada di dalam telefonku,aku dan Alia selfie bersama-sama.Aku tak mampu tersenyum apabila melihat gambar itu.

Gambar itu tak mampu untuk membuatkan penawar di hati aku.Tiba-tiba aku ternampak Alia di belakangku sambil membisikkan “Abang..I love you.”

Aku terkejut dengan kehadirannya.Aku bingkas bangun.Dia pun bangun dari katil dan menghadap mukanya ke arahku.

Aku ingin menyentuh wajahnya yang putih dan comel itu.Tetapi wajah itu hilang dari pandanganku.

Aku terduduk dengan lemah di lantai.Air mataku mengalir lagi, adakah dia sedang merinduiku?

Bayangan apakah tadi yang menjengukku?

Shafiq P.O.V

“Adik kau di mana sekarang ni? tolonglah pulang.”bisikku perlahan.

Walaupun Alia itu nakal tetapi lembutnya itu tetap ada.Aku tak pernah tahu yang dia akan lakukan begitu.Aku juga risau akan keadaannya.

"Ya, Allah lindungilah adikku."

Alia P.O.V

Usai solat Asar aku rasa ingin sahaja aku makan di luar.So, aku ajak Fatin sekali la.

“Fatin jom kita makan dekat kedai mamak nak?”

“Jom lagi pun aku tengah lapar nak makan mi goreng mamak!” dia terloncat gembira dengan ideaku.

Kami pun bersiap-siap untuk pergi makan di kedai mamak berdekatan dengan rumah Fatin.

Aku membetulkan shawl aku yang senget sedikit.Aku tidak bermekap tapi aku hanya memakai bedak,krim dan lipbalm berperisa strawberi.

Kami menggunakan kereta Fatin kali ini, aku malas nak memandu pada waktu malam.Aku takut tertidur.

Mirza P.O.V

Aku rasa aku nak berehat dekat kedai mamak dengan Mil.Aku nak luahkan apa yang aku rasa kat dia.

Mil ni bijak, nasihat yang dia bagi kat aku pun berguna juga kadang-kadang.So, baik aku bersiap cepat.

Sesampainya di kedai mamak, aku ternampak dua orang gadis muda.Tetapi, uang seorang lagi tu macam pernah kenal.

Aku mengambil tempat duduk di luar.Aku masih rasakan yang perempuan tadi tu macam Alia!

“Irz kau menungkan apa tu haa?” sergah Amil dari belakang itu membuatkan aku terkejut.

“Takde ape lah kau ni.Bila sampai?”

“Alang-alang kau ajak aku masa tu, awek aku call suruh datang sini.”katanya sambil memerhatikan sekeliling.

“Ouhh..weyh tolonglah aku.Aku ada masalah yang gila-gila ni!”

Aku merayu kepadanya.Aku harap Mil boleh tolong aku kali ni.Dia kawan aku sejak aku tingkatan 3.Kami boleh dikatakan "brothers".

“Masalah ape yang kau alami sekarang ni bro?" soalnya.

“Ermm aku gaduh dengan bini aku.” ayat yang dihujung tu aku sengaja perlahankan suara.Aku takut Mil marah aku sebab aku tak bagitau dia yang aku dah berkahwin.

“Kau kawin tak ajak aku pon!!”aku hampir tersedak.Tajam juga perdengarannya.

“Sorry bro,yang tu lain cerita.Masalah aku tengah alami sekarang ni lagi penting!”

Aku pun menceritakan segala-galanya dari A sampai Z.Dia hanya mengganguk.Entah dia faham ke tidak yang pasti aku harap dia bantu aku.

Aku memang tekad untuk mendapatkan Alia kembali.Perasaan aku terhadapnya takkan pernah berubah.

Encik Harimau Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now