Rika P.O.V
"Arghh..letih." aku menguap perlahan sambil kakiku melangkah untuk ke pintu bilik milikku.
Tetapi langkahku terhenti apabila aku terdengar suara Mirza dan Alia sedang bertengkar.
Aku mendekatkan diriku di hadapan pintu bilik mereka.Kedengaran dengan jelas mereka bertengkar.
"Pandang aku bila aku cakap dengan kau lah!!"
"Nak ape?"
"Aku tanya kau ni siapa lelaki tu?!"
"Aku tak tahu!"
"Hei! Jangan nak bohong aku lah.Kalau kau tak kenal dia macam mana dia boleh tau nama kau?!"
"Ooo..sekarang kau marah sebab aku ada kawan lelaki?! yang habis tu kau dengan Mira tu ada hubungan ape hah?!"
"Hahah!! kau nak ungkit balik ye?!"
"Ye memang aku ungkit.Hati aku masih sakit lagi tau tak sebab perempuan yang tergedik-gedik dekat kau tu!"
"Hei perempuan! Hal itu tak payah la kau nak ungkitkan.Yang kita bincang sekarang ni tentang jantan tu faham tak?!"
"Okk takpe! Kau tak pernah faham perasaan aku Mirza! Apa kau ingat aku suka sangat dengan Afiq?!"
"Afiq?! Oo..rupa-rupanya kau kenal dengan dia la?!"
*********
Kenapa Alia dengan Mirza bertengkar? Siapa Afiq?Aku berlari menuju ke pintu bilikku apabila, Alia meluru keluar dari bilik sambil menangis.
Aku menuruni anak tangga dengan laju untuk mengejar Alia.Tetapi, sudah terlambat.
Enjin keretanya sudah dihidupkan, lalu kereta BMW miliknya telah hilang daripada pandanganku.Aku takut ada apa-apa terjadi pada dia.
Sudahlah lewat malam.Keluar sambil menangis pulak tu.Merisaukan aku la!
Alia P.O.V
"Alia kenapa kau ni lembab sangat!" katakku sambil menangis teresak-esak.Aku memberhentikan kereta di hadapan rumah Fatin.
Aku sudah tak tahu nak buat apa lagi dah.Aku rasa seram sejuk pun ada lepas aku bertengkar dengan Mirza tadi.Janganlah, aku demam.
Aku melepaskan geramku kepada gambar yang aku letakkan di dalam kereta aku tempoh hari.Itu gambar aku dan Mirza berselfie.
Air mata, kenapa kau keluar lagi? Aku memang dah sebak dah sekarang ni, aku tak rasa yang Mirza boleh memaafkan aku macam tu je.
"Alia?! Ehh..kenapa hang duk nangis ni?"
"Aku gaduh dengan.." tak sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba dia potong line.
"Suami hang, btw cer cita!"
Selepas berpanjang aku bercerita kepadanya tentang masalah aku, dia hanya mendiamkan diri.
Ya aku tau, kenapa aku berjumpa semula dengan Afiq yang tak guna tu.Biarlah rahsia.
"Aku nak menenangkan diri aku."
"Tapi kat mana?"
"Korea."
Fatin sekadar mengganguk tetapi dia hanya diam membisu.Merajuk sebab tak ajak dia la tu!
"Kau ikut aku sekali!" jeritku sambil memeluk erat Fatin.
"Ye ka ni?! Yeay!!" pekak telinga aku hish, minah ni.
"Tak shabarnya cek nak jumpa Kwang soo!" ehh..melebih la pulak.Dia ni kalau tak sebut nama mamat korea tu sehari tak boleh ke?
"Hmm yelah, sekarang kau tidur dulu.Aku nak tempah tiket." kataku sambil merebahkan diriku di atas sofa.
"Okk."
Mirza P.O.V
"Arghhh!! Stress!!" aku duduk di birai katil.Aku merenung gambar-gambar di atas meja solek.
'Aku dah terlebih kasar ke?'
'Lantak la..'Ketika aku sedang melayan perasaan aku tak sedar yang kak Rika masuk ke dalam bilik aku.Mukanya kelihatan sedih, dia terdengar pertengkaran aku dengan Alia ke?
"Kenapa buat Alia macam tu?"
"Kak tak tahu apa-apa pun, lagipun ia takkan membantu Irz untuk tenangkan fikiran la kak."
"Listen, i know you love her.But what you have done to her was wrong.You need to control your self when you mad or sad."
Aku diam terpaku mendengar penerangan kakak.Sekarang, aku perlu berlagak biasa.Aku tak boleh menunjukkan kepada Alia yang aku tak terurus tanpa dia.
Tapi adakah hati kecilku ini mampu menanggung deritaku selama dia tiada ni?
Belum cuba belum tahu.Ya Allah, lindungilah isteriku Ya Allah.
##Skip##
Mirza P.O.V
Aku membaringkan diriku di atas katil.Sepatutnya kalau waktu begini Alia selalu membetulkan tie aku.Tapi sekarang, hilang.
"Ai pujaan hati setiap malam.Aku berdoa kepada sang tuhan.Berharap cintaku jadi kenyataan, agar ku tenang merintih kehidupan."
Lagu tu jugaklah yang asyik mengingatkan aku dekat Alia.Kenapa aku perlu risau? Sudahlah!
"Eii, Mirza tie kau senget tu!" tegur kakakku.
Aku sekadar tersenyum tawar sambil membetulkan tie itu.Bayangan muka Alia yang comel itu terpapar di dalam fikiranku.
Aku mengurut dada.Aku harus menghadapinya like a gentleman!
Alia P.O.V
Aku memandu keretaku menuju ke kedai yang berhampiran untuk membeli buah-buahan.Aku rasa macam nak makan buah epal la pulak.
Fatin tak dapat temankan aku harini sebab dia demam.So, perjalanan aku untuk ke Korea ditangguhkan untuk 3 hari.
"Thank you, auntie."
"Haa..sama-sama."
Aku selalu teringat dekat Mirza bila tengok buah epal ni.Merah macam pipinya yang sentiasa memerah masa kena puji.Ala, maklumlah hensem mesti wajib kena puji.Kan-kan?
Aku tergelak sorang-sorang di dalam kereta.Kenapalah aku masih teringat dekat Encik Harimau tu? Hish.Tak kuasa aku!
Sudah-sudahlah tersengih nanti orang ingat aku orang gila pulak.Tapi cer fikir, orang gila bawak kereta?
'Tak logik la bro, hahaha.'
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...