Bab-9

11.7K 384 1
                                    

Aku membuka laptop aku yang aku letak ditepi birai katil.Aku mula membaca novel kesukaanku.Ceritanya sangat menarik.

Kemudian laptop itu aku tutup.Aku berjalan menuju ke balkoni bilikku.Indah dan nyaman udara disini.Tepat tekaanku untuk pulang bercuti ke rumah ibubapa kandungku.

Tiba-tiba aku rasakan yang lamunanku terganggu.Mirza datang dari belakang dan mengejutkan aku.

Sungguh aku tidak sangka dia berbuat sedemikian.Terkejut beruk!Dia hanya tertawa melihatku sedikit terloncat.

“Abang ni..nasib baik sayang takde sakit jantung.”Omelku sedikit manja.

“Hahaha..sorry sayang.Sebenarnya abang saje je nak menyakat sayang”sambungnya.

Tanpa sempat aku berkata apa-apa.Dia menggeletek aku.Aku tak tahan,aku berlari keluar dari bilik tanpa menghiraukan sesiapa pon.

Aku tertawa kuat.Ini pertama kali aku ketawa begitu kuat dirumah yang mewah yang pernah aku diami semasa kecil.

Mirza mengejar aku sampai ke bawah.Aku pula berlari-lari ke ruang tamu kerana tempat itu luas.Mirza juga ketawa melihat telatah aku.

Setelah dia menangkap aku.Aku menjerit manja.Aku terkejut kemudian tiba-tiba Rika dan abang Shafiq muncul dihadapan kami.

Pelukkan aku dengan Mirza masih belum dileraikan.Mirza ni kuat juga kan dia terkam aku.Sebijik macam harimau!

Abang Shafiq hanya ketawa melihat telatah kami.Manakala Rika pula hanya menggelengkan kepala.

“Abang ingat ada orang nak beranak ke apa tadi.Terkejut tau tak?”usik abang Shafiq.

Muka aku tiba-tiba jadi merah.Serta merta juga menjadi agak panas.Aku menepuk bahu Mirza agar dia lepaskan aku.

Dia yang faham dengan keadaan sekarang dia melepaskan aku lembut.

Aku perlahan berjalan kearah abang Shafiq, tanganku yang sudah panas dengan ejekkannya terus mencubit lengannya.

Dia mengaduh kesakitan kerana dicubit aku.Dia mula mengurut lengannya.Kami ketawa berdekah-dekah melihat keadaan abang Shafiq yang seperti kebudak-budakkan.

Aku pula puas mengenakan abang kandungku sendiri itu, aku berlari menuju ke tangga kemudian aku membuat gaya piece kepada abangku.

Abangku yang tersengih dari tadi terus berkata-kata seperti dalam watak filem yang kami tengok malam semalam.

“Hari ni hari kau.Mana tau esok hari aku?”ujarnya.

Kata-kata itu membuatkan aku tertawa kuat.Nasib baik mama n papa pegi Dinner rumah Dato'Kamil.Kalau tak aku dan abang aku dah dijadikan ikan salai.

“Seronokkan balik rumah sendiri haihh!!”kataku sendirian.Sambil itu aku merebahkan badan diatas katil.Aku terlalu letih akibat dikejar Encik Harimau tadi.

Laju sahaja dia mengejar dan menerkam aku kat bawah tadi.Takut gila aku!

##Skip##

Aku menuruni anak tangga rumahku apabila mama n papa pulang ke rumah.

Mirza pula sibuk menyalami tangan kedua-dua ibubapa aku.

‘Eleh.Nak bodek la tu.”omelku dalam hati.

Aku memulakan bicara setelah semua orang berkumpul di ruang tamu depan.

“Seronok keluar Dinner papa?”soalku.

“Boleh la.Tapi ada satu yang kurang di majlis tu.”sambung Dato' Shariffin.

“Ape yang kurang tu papa?”tanya abangku pula.

“Pengantin baru”kata-kata Dato'Shariffin mengelirukan mereka sekeluarga.

Kami semua memandang ke arah papa yang mengeluarkan jawapan yang mengelirukan kami sekeluarga.

“Apa maksud papa?”

“Papa nak Mirza dan anak papa Alia Emelinda.Ikut papa pergi ke majlis Dinner yang seterusnya.”

“Ya,betul mama setuju dengan cadangan papa kamu tu.Kamu tu dah 5 bulan bernikah takkan kami tak kenalkan kepada rakan-rakan sekerja kami?”Kata Datin Munirah.

Aduhh!! Mirza menolak bahu aku, agaknya dia serahkan jawapan dia kat aku kut.Tapi malas la, lagi satu malulah.

“Ehh..arr okey je.”kataku sedikit gagap.

Aku ternampak wajah mama dan papa sedikit ceria.Mungkin keputusan aku tu yang membuatkan diorang ceria sampai la harini.

Well, apa yang penting sekarang ni.Jangan malukan nama keluarga.

##Skip##

Setelah menerima panggilan dari Misya kawan sekerjaku yang lepas.Dia sudah beerkahwin di London dan melahirkan seorang bayi lelaki.

Aku melilitkan shawl di kepalaku.Aku menggayakan seluar jeans biru, t-shirt lengan panjang hijau lembut dan tudung shawl bewarna biru muda.

Aku tak sabar nak tengok baby Misya.Mesti comel!!

“Nak pegi mane?”soal Mirza.

“Nak pegi rumah kawan, nak tengok anak dia yang baru lahir.”

“Hah baby? Nak ikut!!”macam budak-budak.

“Yelah-yelah tapi cepat sikit.”

Mirza hanya mengganguk.Lima minit kemudian,dia keluar daripada bilik aku.

Dia menggayakan seluar jeans hitam dah baju T-shirt hijau.Amboi,pilih warna cheq nampak!

Kali ini Mirza pula yang memandu sebab aku tak reti parking hihihi.

Kami tiba dirumah kawanku.Aku bersalaman dengan ibunya.Kemudian aku ternampak seorang gadis yang boleh dikatakan sebaya Fisah.

Apabila Mirza masuk ke rumah kawanku.Semua orang terkejut.Aku pula sibuk memperkenalkan Mirza ini suami aku.

Aku ternampak kawanku yang berbaring dikatil di dalam biliknya.Aku sedikit kasihan terhadapnya.Mukanya pucat.

Mirza pula asyik tengok baby yang berada dekat suami Misya.Comei budak tu.

Namanya Mohd Uwais Zafran bin Mohd Kalish.Sedap nama tu.Setelah berada dirumah itu terlalu lama.Akhirnya kami meminta diri untuk pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang.Mirza mula bertanyakan aku soalan-soalan yang agak pelik.

“Sayang bila kita nak ada baby?”tanya Mirza.

“Kenapa abang tanya macam tu?”aku rasa sedikit hairan.

“Salah ke?”ujarnya sedikit kecewa.

No..but i will try.”kataku sambil tersenyum.

Mirza pula tersenyum riang.Aku gembira melihat senyumannya tetukir.

Tapi aku ni nak letak mana?

Encik Harimau Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now