Bab-18

7.9K 283 1
                                    

Mira P.O.V

"Fir, apa nama pompuan tak guna yang gatal dan miang sangat dengan Mirza aku tu?"

"Kalau tak silap aku nama dia Alia Emelinda."jawab Fir.

Aku sekadar menganguk.Aku rasa ingin membalas dendam terhadap gadis yang telah berjaya membuatkan Mirza jatuh hati kepadanya.

Perasaan aku bercelaru.Jika aku ingin berjumpa dengan Mirza, aku mesti ada alasan yang baik!

Kalau tak, mesti dia tolak aku lagi macam haritu!

Aku mengetap bibir.Hatiku mula tidak tenang.Rasa seperti ada sesuatu yang menggegarkan jiwaku.

Alia P.O.V

"Wahhh!" indahnya permandangan di tepi pantai ni.Aku berjalan-jalan di pesisiran pantai sambil menyanyikan lagu "Potret".

"Merdunya suara sayang." pujian dari Mirza itu membuatkan aku bertambah malu.Aku tak sedar pulak yang dia mengekori aku.

Aku cuba untuk melangkah pergi meninggalkannya tapi tangannya itu pantas merangkul pinggangku.

Aduh! Aku malu, nasib baik waktu nak dekat senja ni dah takde orang.Kalau ada, tak pasal-pasal aku kena fitnah pulak.

"Kadang-kadang abang confuse."

"Kenapa nak confuse pulak?"soalku kehairanan.

Dia sekadar mengeleng sambil memeluk aku.Duk buat drama pulak tang ni.

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki dan perempuan yang sudah remaja berjalan di tepi kami.Telinga aku dapat menangkap dengan jelas tentang perkara yang dibicaranya.

"Boy, ada drama kat sini la.Jom jalan kat tempat lain."

"Tapi, takde camera man,lighting atau set pun dekat situ."

"Diorang berlatih kut.Tu tgok kat tgan artis perempuan tu tgah pegang buku nota."

"Okk girl."

Aku bertambah-tambah malu pulak bila orang cakap kami buat drama.Rasa macam nak blah ja dari situ tapi, aku taknak mengecewakan Mirza.

##Skip##

Semasa di dalam kereta.Aku asyik menggeliat kesejukkan.Mana taknya, cik abang titew ni on kan aircond tu sampai 3.

Sejuk dah sampai tahap kat luar negara dah ni.Aku memeluk tubuhku sendiri dengan erat akibat kesejukkan.

"Bzzzz." telefonku berbunyi, mungkin ada mesej yang masuk.

Afiq-Lia plezz forgive me, can we please talk? :'(

Apakah? Aku sudah berpunya la.Mesej itu aku biarkan sahaja.Aku tak mahu berjumpa dengannya lagi, entah kenapa setiap kali aku terserempak dengan dia mesti aku meluat.

Aku jadi benci bila tengok orang yang aku sayang, cintai dan percaya seratus peratus itu ada orang lain.Aku tak mahu ungkit kembali kisah lamaku.

"Sayang? sejuk sangat ke?"
"Jap" dia meneruskan kata-katanya itu sambil memperlahankan aircond.

Aku hanya tersenyum tawar.Dalam keadaan macam ni, aku pun tahu yang Mirza iri hati denganku jika aku tidak membalas atau senyum kepadanya.

Aku harap dia tak tahu yang itu senyuman palsu dariku.Telefon yang di genggamanku tadi aku letak dengan kasar di dalam beg.

Benci!! benci!!

Mirza P.O.V

Sesampainya di rumah, aku berasa bersalah untuk mengejutnya jadi biar aku sajalah yang mengangkat masuk ke bilik.

Ketika aku ingin mengangkatnya keluar dari kereta, ada seseorang yang memelukku dari belakang.

Aku menoleh perlahan-lahan untuk memastikan siapakah yang berpelukan dengan aku ni.

"Mira?! apa kau buat dekat sini?!" aku terkejut.

"I miss you baby!" ayat pegi blah macam tu lah.Meluat aku.

Aku menolaknya dengan kasar sehingga menyebabkan dia terjatuh duduk.Aku sedikit pun tidak berpaling ke arahnya.

Bagi aku sakit di dalam dirinya itu biasa.Sakit di dalam hatiku ini masih ada kesan,ia juga teramat sakit.

Aku mengangkat Alia keluar dari kereta.Nasib baik Alia tak berat, kalau tidak dah lama aku jatuh tadi.Sengaja aku berlagak macho di hadapannya.Geram!

Mira yang masih leka itu menitiskan air matanya sambil menutup mulutnya.Bagiku, itu semua hanyalah lakonan tahap biasa.Sedikit pun hatiku tidak terusik.

Dia berlalu sambil menangis.Aku pula langsung tak pedulikan dia, bagi aku Alia lah orang yang pertama mengusik hatiku sampai ke tahap ini.

****************

Aku membaringkan Alia di atas katil.Aku mencubit lembut pipinya yang gebu tu.

"Encik harimau..sedap jugak nama panggilan tu." bisikku pada diri sendiri.Mesti dia samakan aku dengan harimau sebab aku garang dan kasar dengannya dulu.

Aku tergelak kecil apabila aku teringat hal-hal yang kami bergaduh dulu.Kini itu hanya kenangan, dan aku dah bahagia sekarang.

Orang yang aku cinta, berada di sampingku.Aku tak pernah rasa cinta yang sebegini indah ketika aku bercinta dengan Mira.Sekarang Alia ialah ratu dihatiku, yang aku sayang.

Encik Harimau Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now