Mirza P.O.V
Akhirnya aku dah dapat tahu yang Alia ada kat Korea melalui sahabat karibnya iaitu Zulaikha.
Sekarang aku kena cepat sebelum terlambat.Ya, Allah tiket ni kat mana pulak?! Serabut betul.
Aku rasa macam ada orang peluk aku je ni.Seram sejuk la pulak.Jangan-jangan hantu kak limah terlepas dari wad tak?
"Mira?! What are you doing?!" aku melepaskan pelukannya.Dalam masa aku nak kalut ni wajah orang yang aku benci ni muncul la pulak.
"Baby, I miss you.I boleh explainkan segalanya untuk U.Please baby?"
Tangannya pantas memegang wajahku.Aku menolak kasar tangannya hingga dia jatuh.
"Hey, macam mana you boleh masuk dalam rumah I haa? Kalau family I ade nanti macam mane?!"
"Baby, don't worry about that.Sekarang mana isteri you yang sah tu ye?"
"Kau jangan sibuk hal aku boleh tak?!"
Aku dah mula rasa menyampah.Ditambah lagi dengan rasa marah yang membuak-buak.Serabut kepala aku la dengan minah yang tak faham bahasa ni!!!
"Get out now Mira!"
"But..baby.."
"Get out now!!"
Aku melemparkan cermin di atas lantai.Berkecai habis cermin yang aku lemparkan tadi.
Dia meluru keluar dari bilikku sambil menangis.Sedikit pun aku tak heran.Jangan harap air mata kau tu berharga bagi aku.
Bagi aku air mata yang berharga sekali ialah air mata Alia.Aku taknak air mata dia jatuh ke lantai yang kotor.
Aku sambung mengemas pakaian di dalam beg sambil mengambil barang yang perlu untuk dibawa ke Korea.
"Aku harap sempat la aku sampai.Minah tadi tu buang masa aku je."
Alia P.O.V
Usai solat Zohor berjemaah aku mengambil telefon bimbit yang aku letakkan di atas meja sebentar tadi.
Kat negara orang ni, kita kenalah jaga solat juga.Pandai-pandai la jaga solat.
'Aik, missed call?' detik hatiku.
Aku membaca senarai missed call tersebut.Gulp! Aku menelan air liur.Mirza call aku?
*25 missed call from encik harimau*
Erkk, kenapa dia call aku pulak ni.Bukan ke panggilan jarak jauh ni mahal?
Huhuhu, buat tak tahu jelah.
Aku berbaring di atas katil hotel yang bersaiz king itu.Aku cuba untuk tidur tapi tetap tak boleh.
Kata-kata Fatin kelmarin masih tergiang-giang di fikiranku.Nak tolong ke tidak?
*Ulang tayang
"Alia..hang boleh tolong aku tak?"
"What can i help you?"
"Mil ajak aku pergi jumpa ibubapa dia dekat Kedah.Tapi aku taknak sebab belum bersedia lagi.Tak dak sebab lain, Alia aku sumpah!!"
"Tapi, Mil marah aku.Dia tak percaya cakap aku.Dia tuduh aku buat yang bukan-bukan. Nak buat lagu mana ni!!"
Aku tak tahu nak tolong ke tidak.Kalau aku tolong nanti buat 2 kali lebih teruk pulak.Aku rasa tak yakin je.
Shafiq P.O.V
Akhirnya Mirza dah tunjukkan sikap gentleman dia lagi.Kali ni baru betul bro.Aku kagum dengan sikap Mirza ni.
Kesian jugak dekat Alia ni.Saat dia nak bahagia diuji pula.Ujian daripada Allah SWT.Tiada siapa yang menduga.
"Ya, Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.Engkau bukakanlah hati Alia supaya menerima suaminya kembali Ya Allah."
Alia P.O.V
Hish, mana Fatin ni? lambatnya.Cepat la sikit keluar dari tandas tu, ngilu aku sorang-sorang kat luar ni.Dahlah sejuk pulak tu.
Lantaklah, aku dah malas nak tunggu dia lagi dah.Lama gile dalam toilet tu.
Aku mengatur langkah ke arah Hana yang sedang rancak berbual dengan abangnya.
Hmm, Ikwan tu caring jugak rupanya.Ikwan ni dahlah putih muka macam L infinite pon ada.Memang patut la kawan-kawan aku jeles sebab aku asyik lepak dengan dia kat kampus.
Nak tergelak pulak teringat kisah lama tu.Dari dulu sampai sekarang, perangai dia tak berubah-ubah pun.Cute je!
"Alia..mana kawan awak?"
Lamunan aku terhenti apabila ada satu suara garau yang amat aku kenali sedang bertanyakan soalan.Hish, kalut nak tahu!
"Lama lagi kot agaknya tu.Takpe saya dah suruh Hana temankan dia kejap." balas aku selamba.
Dia mengerutkan dahi sambil ketawa kecil.Aku pula memasamkan muka.
"Kenapa awak gelakkan saya? kelakar ke?"
"Awak ni kalau senyum pun comel, kalau menangis pon comel.Kalau awak blur lagi comel!" katanya sambil mencubit pipiku.
Hish, tangan dia ni dahlah sejuk.Ada hati nak sentuh muka aku ni pulak.
"Ehh, salji turun?" aku mendongakkan wajahku untuk melihat sekeliling.
Wahh, cantiknya!
Bila aku pandang depan balik, baru aku sedar mamat tu dah hilang.Kemana pulak la dia nak pergi tu.
Aku mengeluh panjang.Dalam seminit Ikwan menghilang, aku keseorangan la pulak.Lambat giler Fatin dengan Hana ni.
Mirza P.O.V
Sesampainya di Korea aku terus menaiki teksi dan menuju ke sebuah hotel untuk menginap di situ.Hensem juga mamat-mamat kat Korea ni.
***********
Urghh!! Tak larat la pulak.Aku bangun dari katil bersaiz king itu lalu perlahan-lahan aku mengambil telefon bimbitku.Tiba-tiba telefonku berbunyi.Sapa pulak yang call aku pagi-pagi buta ni.Malas aku nak angkat la.
*Ikwan calling
*Lagu potretSelagi aku tak jawab panggilan tu selagi tu jugaklah phone aku ji duk bising-bising nyanyi lagu Akim.
'Helo?'
"Waalaikummusalam" aku sedikit memperli.
'Hihi, sorry.Weyh kau ada mana?'
"Aku ada kat Korea..awatnya?"
'Ouh.. baguslah tu,boleh tak kau join kitorang.Aku nak happykan kawan baik aku ni haa.Asyik monyok je sejak datang Korea haritu.Nak tolong tak?'
"Bila dan dimana?"
'Dekat cafe 'Sweet love & chu' pukul 3.45 ptg camtu lah..datang tau!'
"In shaa Allah."
'Bai, assalammualaikum.'
"Waalaikummusalam."
Terpaksa la aku tolong dia lagi.Herr, malasnya.
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...