Alia P.O.V
"Kalau bukan benda yang penting saya taknak berbincang dengan awak."
"Tapi kau datang jugak kan?"
Sengih-sengih apa?Aku dah mula rasa tercabar.
"Aku nak kau ceraikan Mirza secepat mungkin."
What the fish?!
"Ape? kau gila ke?! Mirza itu suami aku."
"Yaa, aku gila.Aku tergilakan suami kau."
"Kau jangan cuba nak kacau atau pon ganggu hal rumah tangga aku la pompuan."
"Kau ni berani jugak ye? Mesti kau ada bagi dia sihir untuk sukakan kau kan?"
Aku dah mula rasa tercabar dengan mulut dia ni.
"Hah?! hei aku pon datang dengan niat yang baik tau tak?Kau harus tunaikan permintaan aku!"
"Kalau dia suka kat kau tak kalot." kataku.
"Jangan sesekali engkau rapat dengan Mirza aku,kalau tidak jangan harap kau akan bahagia."
Dia bingkas bangun sambil menjeling tajam ke arahku.Gediknya.
*************
"Memang sah, pompuan tu dah gila.Ape dia ingat aku ni siapa?" omelku sendirian sambil mengambil mineral di dalam petik sejuk.Okk, Alia tenangkan diri kau.Jangan beritahu orang yang kau ni lemah.
"Chak! Sayang buat ape sayang?"
Mahu meletop jantung aku.Ada ke patut dia sergah aku macam tu.Nasib baik tak tersedak teruk.
"Awak ni! Tak nampak ke saya tengah minum air ni.Nasib baiktak kena 'heart attack ' tau tak?!" rungutku geram.
"Maaflah awak.Tadi saya excited sangat nak berjumpa dengan awak."
"Awak ni jangan la macam tu, saya gurau je." sambungnya lagi.
"Hmm".
'Dia terasa ke dengan kata-kata aku tadi ni?'
Aku memeluk dirinya tanda aku amat menyayangi dirinya.Cepat-cepat la hatimu lembut Encik Harimau.
Mirza P.O.V
Chup!
Wah manisnya kucupan dari Alia ni.Pandai kau pujuk aku ye?
"Manja sangat la awak ni."
"Hihihi, baru tahu ekk?" aku cuba untuk menunjukkan kemanjaanku.
Dia menolak bahuku sambil tersenyum manja.Ohh, kau nak perli aku ye Alia?
Aku menarik tudung satinnya untuk kembali ke sisiku.Berani kau ejek aku ye Alia.
"Ehhh, awak ni.Saya mintak maaf..saya mintak maaf ye ekk awak.Sekarang lepaskan tudung saya dulu ye?"
Hihihi, aku menang jugak.
Aku melepaskan tudungnya sambil tertawa kuat.Comel je muka Alia ni.
"Tak nak kawan!"
"Elehhh, saya balas dendam je."
Tiba-tiba, Alia terus berlari masuk ke dalam bilik air.Wow, lajunye dia.Kalau dia lawan dengan aku conform dia yang menang dulu.
Alia P.O.V
Peningnya kepala aku ni.Rasa macam nak muntah pun ada.Sakit ape pulak aku ni?
Muntah punya la banyak.Aku sakit perut ke ni? Dah la, aku nak tidur dulu lagi bagus.
Aku melangkah dengan cepat menuju ke bilik.Rasa tak sedap badan la.Sejuknya.
"Awak, awak, sakit ke?"
"Ehh takdelah mana ada la!"
"Janganlah awak nak tipu saya, muka awak tu pucat sangat la.Kenapa ni? Saya risau la, jom saya bawak awak pergi klinik!"
"Awak, saya fine je.Nanti kalau saya sakit lagi nanti.Pandai-pandai sayalah nak pergi klinik."
"Tapi.."
"Saya okk je la.Jangan risaulah."
Dia mengganguk perlahan sambil memelukku dengan erat.Rasa cam nak muntah lagi la.Ergh!
Aku berlari masuk ke dalam bilik air dengan cepat.Takkanlah aku nak muntah dekat Mirza kut.
**********
Aku merehatkan diri diatas katil sambil menyelimut dengan selimut tebal yang menutup seluruh tubuhku."Take care sayang.Nanti pukul 5 saya balik."
"Okk." balasku pendek.
Dia mengucup lembut dahiku sebelum dia pergi meninggalkan aku.Pening la!
Shafiq P.O.V
"Alia sakit ke Mirza?" aku seakan mendesaknya untuk memberikan jawapan.
"Hmm, macam tulah.Sebab tadi aku tengok dia ulang-alik pergi toilet.Lepas tu, asyik muntah-muntah."
"Hmm." balasku pendek.Aku masih tak berpuas hati dengan jawapannya itu.
"Hahh! Kakak tak tahu la betul ke tidak, tapi akak rasa Alia tu..pregnant kot." tiba-tiba Rika menyampuk.
"Tapi aku rasa ada betulnya jugak.Takpelah balik nanti kita cuba tanya Alia.Tapi jangan sebut tentang pregnant kat dia tau?" sampuk Mirza pula.
Semua orang mengganguk kecuali aku.Bagi aku, Alia ada hak untuk tahu.Tapi, aku harus hormat keputusan Mirza sebab dia suaminya.
Aku bangun untuk mengambil udara segar di luar.Hmm, rasa tak sedap hati tentang ni.
Alia P.O.V
"Hmm, sakitnya perut aku ni!!"
Aku merungut seorang diri di dalam bilik.Aku berjalan dengan perlahan-lahan ke arah meja solek.
"Ya Allah.Pucatnya muka aku ni."
Aku rasa lemah sangat.Tak larat nak berjalan lagi dah.Aku mengurut perlahan tekak ku.Tak ada selera aku nak makan.
Aku dah mula rasa pening.Aku dah tak larat lagi dah.Baik aku pergi klinik cepat.Tapi aku tak boleh pandu sendirian.
"Rika!! Rika.."
Dia pergi mana ni.Peningnya aku.Sunyi je rumah ni, takda orang ke?
Jam menunjukkan pukul 4:25 petang.Cepat la balik , aku dah tak larat sangat-sangat ni.
Kepalaku rasa berdenyut-denyut. Pandanganku juga makin kabur sehingga menjadi gelap gelita.
Tiba-tiba ku terdengar suara Rika menjerit memanggil namaku tapi, mataku terasa amat berat untuk melihat atau membalas sahutannya.
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...