Bab-34

8K 251 0
                                    

Firdaus P.O.V

"Kau nak cabar aku la sekarang ni?!"

"Kalau boleh!"

Aku rasa macam nak je aku penampar perempuan ni, tapi.Aku akan memburukkan lagi keadaan jika aku bertindak melulu.

Aku dah buatkan Mirza dan Alia tak senang duduk.Ya, aku tahu ini bukan hak aku untuk masuk campur urusan diorang.Tapi, sekurang-kurangnya aku dapat melihat orang bahagia.

"Mira! Ikut aku sekarang!" aku menarik lengannya dengan kasar menuju ke pintu keluar.

"Lepaslah! Kau ni kenapa?!" aku melepaskan pergelanganku.

"Hei, bukan ke aku dah mintak tolong jangan kacau diorang lagi?! Simple je kan benda macam ni!"

"Selama-lamanya kau takkan faham, selagi kau masih belum rasai 'cinta'. Kau takkan mudah melupakan seseorang yang kau sayang dengan mudah!"

Aku menarik tangannya sebelum dia pergi. "Tak adalah.Aku dah pernah rasa macam mana perasaan cinta tu."

"Apa maksud kau?" air matanya yang jernih mulai gugur di pipinya.

"Sebenarnya, aku cintakan kau.Tak kira apa pun yang orang lain cakap tentang kau, aku akan tetap melindungi kau."

"Maaf, jika aku tiba-tiba je buat macam ni.Tapi sememangnya aku ikhlas untuk mencintai kau." sambungku lagi.

Aku diam membatu, aku rasa dia tak dapat menerima aku sebagai kekasihnya.Tak apa, aku faham.

"Kenapa? Kenapa..kau tak cakap awal-awal?"

Mataku membulat akibat terkejut dengan kata-katanya itu.'Dia terima aku ke?'

"Aku pun dah lama cintakan kau sebenarnya.Tapi kau asyik tak pedulikan aku.Sebab itulah aku nak musnahkan hubungan orang lain."

"Maaf sebab tak dengar cakap kau." dia tertunduk malu dihadapanku.

"Sayang, biy sentiasa bersama sayang." aku mencuit lembut hidungnya.

"Hish, ape kau ni?!" dia memukul manja bahuku.Malu la tu!

***************
"Err, korang ni apehal? Berpegangan tangan pulak ni?" Mirza mula mengajukan soalan kepadaku selepas aku menuju ke arahnya.

"Panjang ceritanya bro...." aku menoleh ke arah Mira.

"Kami dah jadi pasangan yang bahagia sekarang ni!!"

"Haaaa?!" terlopong Mirza dan Alia apabila Mira sebutkan 'pasangan bahagia' di depan mereka tadi.

"Wah, tahniah la korang!" Alia terus memeluk Mira.Mira pula membalas pelukkan daripada Alia.Nampaknya, Alia dan Mira dah jadi kawan baik sekarang ni.

"Mira, tahniah!"

Aku malu, apabila Mirza menjeling ke arahku sambil mengenyitkan mata kirinya kepadaku.

Alia P.O.V

Hmm, nampaknya semua masalqh hari ni dah settle! Boleh la aku hidup senang dan bahagia sekarang.

Aku melompat gembira di dalam bilik.Semua orang dah bahagia! Yeay!

"Ehh, jap. Macam terlupa sesuatu je.."

Aku cuba untuk mengingat kembali.Rupa-rupanya, Fatin dan Mil masih belum bahagia lagi.Alang-alang aku nak pergi jumpa dia, baik aku tolong sekali untuk pulihkan hubungan diorang.

"Awak ni kenapa? Macam sedih je."

"Hmm, awak tak risau ke?" aku rasa tak senang hati bila fikirkan tentang keadaan Fatin.Mesti dia sedih sangat sebab Mil fitnah dia yang bukan-bukan.

"Ni...mesti pasal Fatin dan Mil kan?"

"Hmm, rasa tak senang duduk." aku meluahkan segala-galanya kepada Mirza.

"Saya pun rasa macam tu jugak.Tapi, apa kata..kita buat perjumpaan untuk pulihkan hubungan diorang?"

"Tapi macam mane? Di mane?" loghat KL aku sudah mari! Hahah!

"Amboi, saya taulah awak ni orang KL. Pro dah la tu?" perlinya.

Aku mencuit pipinya yang tembam itu. "Tak adalah, tapi memang saya lebih Pro dari awak pun!"

Dia menggelengkan kepalanya sambil berkata "Dah, jom solat Zohor."

Aku mengganguk.Aku mengikuti langkahnya untuk ke bilik di mana tempat kami beradu.

'I love you! Imamku!'

##Skip##

Usai solat Zohor berjemaah, aku turun ke bawah untuk menidurkan Zafrin di biliknya.

"Zafrin, dah..pergi tidur." aku mendukung budak itu masuk ke bilik.

"Tak nak! Tak antok agi!"

"Mata kamu dah kuyu." aku memujuknya.

"Huarhhhhh." budak kecil itu menguap.Mengantuk la tu.

"Tidur ye..bucuk mama." aku mengucup lembut dahinya.

Selepas aku menidurkan Zafrin, aku terus duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu rumah.

Biar aku fikir..baju dah jemur, masak pun sudah, rumah dah kemas, bilik dah kemas, basuh bilik air pun dah sudah.

Penat!!! Siapa kata jadi suri rumah tak penat weyh?!

"Zafrin dah tidur ke?"

"Sudah." aku tersenyun tawar ke arahnya.Aku merenung ke luar jendela.

"Ahhh, nak hujan la." baik aku angkat kain cepat!

"Tak ape! Awak duduk je sini.Biar saya yang angkatkan." Mirza terus berlari ke tempat jemuran.Tekun pulak suami aku ni buat kerja.

*Bzzzz...bzzz!

Hmm, siapa pulak yang hantar mesej ni? Kacau je aku nak rehat!

"Ehh, Fatin?!" aku segera membalas mesej darinya.Nampak cam penting je.

Fatin♥
-Alia...aq tak larat.Tolonglah! Antar aq gi klinik...aq kt umah sewa Mil.

Alia
-Kenapa hg ada kt umah sewa Mil pulk? Bukan ke hg brgaduh?
Sent
Fatin♥
-Just! Tolonglah dtg..ambik aq! Bawa suami hg skali!

Alia
-Ok, nnti aq gitau dia.Hg bawa bertenang dn brsbar, kmi otw!
Sent

'Aku harap dia tak apa-apa!'

Encik Harimau Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now