Alia P.O.V
"Abang, bangun.Bersihkan ruang tamu rumah ni, ada orang nak datang!!" aku menolak lembut badannya.
"Alaa, siapa pulak yang nak datang rumah kita ni awak?" soalnya.
"Kawan awak la."
"Siapa?"
"Ikwan,Fatin dan Mil."
"Hahh?! Saya tak mandi lagi ni.Aduhh!"
"Haa, pergi mandi dulu.Nanti, tolong saya."
Dia mengganguk laju.Lantas, kakinya laju melangkah ke bilik air.
************
Ok, makanan dah siap.Minuman dah ready.Ruang tamu dah kemas.Ok done!"Assalammualaikum." awalnya diorang datang.
"Waalaikummusalam, haa, masuk-masuk." aku mempelawa mereka masuk.
"Ikwan, Mil.Wahh! Makin segak!" Mirza datang dengan membawa dulang makanan.
"Letak atas meja la." bisikku perlahan.
"Ouhh, yayaya.Saya lupa!" bisiknya ke telingaku.
"Amboi.Main bisik-bisik pulak." Ikwan menyampuk.
"Hihihi, biasalah."
*************
Sepanjang perbualan tadi.Mil dengan Fatin senyap semacam je.Malah, Mil masih bermasam muka dengan Fatin.Aku harap Mil takde buat apa-apa andaian tentang Fatin.Yang aku tahu sekarang ni, aku harus tolong Fatin.
"Err, Fatin.Jom tolong aku kat dapur jap."
"Ehh, err ok." dia terpinga-pinga ketika aku menarik tangannya.
"Ehh, hang ni.Hang tu dah la mengandung.Duk lari sana sini pulak."
"Hish, minah ni.Aku nak bagitau hang sesuatu la."
"Mil masih dingin dengan hang lagi ke?" soalku.
"Hmm, makin lama makin teruk." katanya.
"Nanti aku ada plan.Hang duduk la kat sana dulu.Nanti, aku datang cover hang." bisikku perlahan.
Dia mengganguk perlahan.Wajahnya masam mencuka.Aku harap dia tak apa-apa.
"Err, Mil..Bila kau nak kahwin dengan Fatin? Sebab aku tengok korang ni makin lama makin sweet laa."
Aku mengenyitkan mataku ke arah Mirza agar dia bersetuju dengan cadangan aku.
Dia mengganguk perlahan sambil merenung ke arah Fatin yang masih terpinga-pinga.
"Haah! Betul tu bro.Kahwin muda la best, dapat menjalin cinta dengan orang tersayang."
Mirza memelukku sambil tertawa kecil.
Malu gila aku.Aku faham dia nak tolong Fatin tapi harus ke dia memalukan aku? Iskk.
"Hmm, tak tahu lagi." kata Mil, pendek.
Dia merenung ke arah Fatin.Fatin yang perasan akan renungnya itu terus memandang ke arah lain.Hmm, rasa tak sedap hati la dengan diorang ni.
**********
*Selepas semua orang balikAku duduk di atas sofa sambil membaca novel.Dasyat gila perjalanan perempuan ni, bila saat dia nak mengandung tiba-tiba keguguran.
Gulp!!
Ok, Alia tenangkan diri.Jangan cakap benda yang tak elok tentang baby ni.Sabar-sabar.
"Sayang makan sikit nasi goreng yang saya beli tadi."
Aku mengurut dadaku perlahan.Hish dia ni tak reti nak salam dulu ke? Main sergah je tau.
"Tak naklah.Saya takde selera la awak."
Aku tak ada selera nak makan sekarang ni.Mana taknya, lepas makan pasti aku keluarkan balik.Tekak aku ni sensitif sangat la.
"Apa pulak awak ni, nanti awak kurus.Kesian anak kita ni." dia mengusap lembut perutku.
"Tak nak lah.Tak sedap!!" aku mengurut perlahan tekakku.
"Ok, saya bagi awak cabaran.Habiskan nasi goreng ni atau awak nak saya pergi?"
"Alahh, ok saya habiskan."
"Macam nilah isteri saya." dia mengusap perlahan rambutku.
Kalau dia tak bagi cabaran macam ni takdenya aku nak makan.
"Baby tengok papa ni.Suka buli mama, papa jahat kan."
"Apa pulak papa yang kena.Mama yang taknak makan."
Aku tergelak kecil dengan sikapnya.Kalau Mirza tak ada dalam hidup aku, mesti aku dah lama bosan ditinggalkan.
##Skip##
Mira P.O.V
"What?! apa yang kau cakap ni Fir? perempuan miang tu mengandung?!" aku cuba untuk mendapatkan kepastian darinya.
"Ye, aku tak tipu kaulah.Aku sendiri nampak dia dengan Mirza pergi shopping barangan baby."
"No!"
Tak mungkin Alia mengandungkan anak Mirza.Tak mungkin! Aku tak boleh biarkan dia bahagia kalau aku menderita.Jagalah kau, Alia Emelinda!
Kalau aku tak boleh dapatkan Mirza, dia pon tak boleh! Aku yang sepatutnya mengandungkan anak Mirza dan aku yang sepatutnya menjadi isteri yang sah kepada Mirza!
Dunia ini tak adil.Kenapa asyik dia ja yang nak bahagia? Aku pun nak jugak.Jangan haraplah kau bahagia bersama dengan Mirza! Aku akan jadi penghalang untuk korang mengejar bahagia.
"Hahahahahaha!"
"Dah, la Mira.Kau kejar orang yang tak sudi dengan kau ni kenapa? Lagipun dia dah berpunya, ramai lagi lelaki dekat luar sana.Bukan dia sorang ja!"
"Sudahlah Firdaus!" takkanlah dia ni pon nak menyebelahkan Alia.Ergh!! Geramnya aku!
"Aku tak nak kau menderita lepas kau dah buat benda yang salah tu beb.Alia tu tak salah, yang salahnya kau.Kenapa kau sendiri curang dengan Mirza."
Asyik-asyik Alia..asyik-asyik Alia.Dah takde nama lain ke yang boleh kau cakap?!
Tengoklah, aku akan buktikan yang cinta aku dengan Mirza masih belum dilupakan lagi.Dan aku nak tengok air mata Alia lepas dia tengok apa yang aku buat ni.
"Hahahahahaha!"
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...