Bab-16

8.6K 285 2
                                    

Mirza P.O.V

Alamak!! Aku dah lambat, Alia sayang, kenapa kau tak kejutkan aku?!

Aku mengomel sambil memandu keretaku menuju ke tempat kerjaku.

Bukan main semalam kata nak kejutkan aku.Harini lambat pulak bangun.Aduh mesti Shafiq melenting kat aku harini!

Aku masuk ke dalam lif dengan keadaan yang tergesa-gesa.Butang ni pon lambat gila nak mampus!!

Aku menolak pintu bilik pekerja dengan kasar sehinggakan ada beberapa staf memerhatikan aku.Ahh, lantak pi la!!

Laju kaki aku melangkah ke pintu bilik pengurus Shafiq.Aku menayangkan muka selamba apabila staf-staf perempuan yang lain memerhatikan aku.

Mungkin mereka sangka aku akan kena marah dengan abang ipar aku.Padahal, aku takkan kena marah pun.

“Masuk”kedengaran suara garau abang Shafiq memanggilku masuk apabila aku mengetuk pintu biliknya.

“Bro, apasal kau lambat?”katanya sambil tersenyum.

Dia menumbuk bahuku sambil tertawa kerana dapat mengenakan aku.Aku mengurut lembut bahuku yang dipukul olehnya tadi.

Aku dah agak dia takkan marah aku kalau aku datang lambat sekali pun.Kening aku terangkat sebelah kerana anginnya yang sentiasa baik terhadap staf-staf dan rakan sekerjanya.

Tak pernah sekali pun dalam seumur hidup aku, aku nampak dia marah pekerja-pekerjanya.Sebaliknya dia hanya tersenyum sambil memberikan warning.

“Alia tu hah..tak kejut aku.”kataku sambil tersenyum kelat.

Shafiq hanya mengganguk tanda faham.Setelah meminta izin, aku keluar dari biliknya dengan muka yang ceria dan berpuas hati.Aku sengaja ingin menayangkan wajahku yang lebih hensem ketika senyum.Hahaha!

Beberapa orang staf asyik memerhatikan aku dari tadi.Perlahan-lahan aku dapat menangkap ayat daripada pekerja staf lelaki di sebelahku.

"Dia tak kena marah dengan bos ke weyh?"tanya budak itu kepada kawannya.

"Entah patutnya sesiapa yang datang lambat akan dipotong gaji.Yang dia ni aku hairan jugaklah.Senyum je sejak keluar tadi.”

Aku tergelak kecil sambil kaki aku melangkah ke arah meja milikku di hujung bilik itu.Baiklah, jom settlekan tugas ni!!

Mira P.O.V

“Aku takkan sesekali biarkan Mirza terlepas dari aku.Dia milik aku!”bentakku marah.

“Ira kau takkan lah suka kat mamat tu lagi.Memang salah kau pun, sapa suruh kau pergi date  dengan orang lain dekat tempat yang tersorok?”

Kata-kata Firash itu aku ketepikan.Orang lain mungkin anggap aku gila sebab masih mencintainya.Tapi memang aku tergilakan dia sangat-sangat!!

“Fine! Aku je yang salah, tak pernah langsung kawan-jawan aku ni menyebelahi aku!” Aku berasa kecewa bercampur geram.

Ku lihat wajah Fir yang masih berpeluh sambil mengurut dahinya.Mungkin dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang ku berikan terhadapnya.

‘Mungkin kau bahagia dengan perempuan tu, tapi jangan haraplah yang perempuan tu akan bahagia dengan kau!’ bisik hati kecilku dengan marah.

Alia P.O.V

Aku baru je selesai mandi.Kenapalah aku tidur lambat ek?Aku mengeringkan rambutku yang masih basah dengan menggunakan tuala.

Aku duduk menghadap ke arah meja solek yang di tepi katil.Aku mengapai phone di atas meja sebelah kanan yang berdekatan dengan katil.

'Ya, Allah dah pukul 11:30 a.m?'bisikkan hatiku bertambah risau.

“Biarlah sekali sekala bangun lambat tak salah.”kataku cuba menyebelahi diri sendiri.

Aku rasa seperti terpijak sesuatu la pulak.Aku merenung ke bawah.

‘Gambar?’hatiku mula bersuara, terdetik hatiku ingin sahaja aku mengambil gambar itu tetapi aku biarkan saja.

Walaupun aku teringin tapi aku malas hendak melihat gambar itu sekarang.

Aku melangkah kakiku perlahan untuk ke dapur.Dalam fikiran ku hanya sedang memikirkan lauk pauk yang ingin ku masak hari ini.

**********
Letihnya, hari ni.Mirza dengan abang kata balik pukul 8:30 malam.Aku duduk berseorang di ruang tamu.

Tanganku pantas mengambil telefon pintarku yang berada di hadapanku.

Aku mendail nombor Mirza kerana aku merinduinya.Tapi, takut kacau dia pulak.

“Hmm, tak payah telefon la.”bisikku.

“Apa yang menantu kesayangan papa buat tu?”Hish papa ni terkejut aku.

“Takde ape-apelah papa.Rindu Irz je.”aku sengaja memperlahankan ayat yang kusebut di hujung sekali.Mesti papa tak dengar.

“Ooo..rindu anak papa yer?”perlinya.

“Papa ni!”aku tergelak kecil.Tak sangka pulak telinga ayah mentuaku ini tajam juga.

“Amboi, rancaknya menantu kita ni berborak dengan ayah mentuanya.”Mama pula muncul di belakangku.

“Mama nak join ke? Mai la, Lia ada cerita yang panas lit-lit ni.”ketawa aku bila melihat mama cepat-cepat duduk di tepiku.

“Cerita la ye syg!” pujuknya kepadaku.

“Awak ni, elok la tu.Anak sendiri dengan menantu suka bergosip.”perli Dato' Kamil kepada kami berdua.

Mama pula hanya mencebik dengan sikap papa yang asyik suka menyakat dirinya.Kan bagus, kalau hidup aku dengan Mirza macam tu.

Berangan la kau Alia!

Hey guys :-).Terima kasih kerana sudi membaca karya saya ini.Jika ada salah tatabahasa atau typo.Abaikan jelah ek?

Sorry klau sya lmbat update untuk bab yg seterusnya.Sya sibuk sikit memandangkan exam dh nk dkat.Tapi, sya akn ttp cuba untuk meluangkan masa dengan menulis karya ini lagi.

↖(^▽^)↗

Encik Harimau Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now