Bab-30

8K 253 3
                                    

Alia P.O.V

"Kenapa awak tak bagitau saya perkara yang sebenar?"

"Saya boleh laporkan perkara ni kepada pihak polis dengan segera!"

Walaupun aku tahu yang Mira itulah punca aku kesakitan tapi tak mengapa, sebab semua manusia pernah membuat kesilapan.Aku juga tak mahu nyawa anak dalam kandungan aku ni dalam keadaan yang terancam.

"Tak payah la, saya tak nak susahkan awak lagi." kataku.

"Awak ni degillah, kenapa awak nak menyebelahi dia sedangkan kejadian semalam tu hampir-hampir meragut nyawa awak dan anak kita tahu tak?"

Aku menggeleng.Mirza ni kira nak menang je.Dah macam budak-budak pula dia ni.

"Saya okey." aku mengucup dahinya lembut.

"Janji dengan saya, kalau ada orang yang tak dikenali datang rumah, awak mesti telefon saya.Faham?"

"Saya janji, dah sekarang saya nak turun bawah jap." aku menarik nafas lega kerana tidak mendengar lagi bebelannya.

"Hey, saya tengah cakap dengan awaklah.Janganlah lari, kesian kat saya." rungutnya manja.

"Lalalalalala sing a happy song!"

"Hahahahaha!" tercetus gelak ketawa kami berdua.

##Skip##

"Awak buat ape tu?" soalku sebaik saja melihat dia sedang duduk di atas sofa sambil matanya terpaku di hadapan skrin laptopnya.

"Saya tengok video." jawabnya selamba.

"Awak tengok video ape?"

"Kenapa, awak nak tengok jugak ke?"

"Tak ingin!" jawabku sambil menghirup air teh yang disediakan oleh Rika sebentar tadi.

"Hah, kat sini rupa-rupanya adik abang." kenapalah semua orang nak sergah aku setiap kali aku tengah minum.

"Hmm, nak apa?"

"Jom kita pergi jalan-jalan.Jom Mirza!" katanya lagi.

"Erm, entahlah..." aku menjeling ke arah Mirza yang tengah kusyuk melayan laptopnya sejak dari tadi.

"Haa..er, ok je.Jom!" aku ingatkan Mirza dah jadi mayat hidup, sebab dari tadi lagi asyik diam je.Haih!

"Dah-dah, jom naik atas! Tukar baju..." Mirza menarik bahuku sehingga aku terkejut.

"Hish, awak ni.Malu la saya dekat abang saya ni!" aku berbisik ke telinganya.

"Saja je nak bagi dia jeles." dia membalas bisikkannya.

"Hahaha."

##Skip##

"Ehh, awak.Awak nak ke mana?"

"Saya nak pergi tandas kejap, so tolong jagakan tempat saya ye?" aku dah tak tahan sangat-sangat ni.

"Biar saya teman." katanya lagi.

"Tak, tak ape.Lagipun dekat je dengan tempat duduk kita ni." aku cuba memujuknya.

"Hmm, tapi kalau ada apa-apa yang berlaku.Jerit panggil nama saya kuat-kuat! Faham?"

"Hmm, ok."

***************

"Hmm, mana Mirza? Tadi aku suruh dia jaga tempat aku, mana pulak dia pergi ni?"

Mataku melilau ke sana sini mencarinya, akhirnya aku ternampak dia sedang bersandar di belakang pokok dengan seorang lelaki.

"Siapa lelaki tu?" aku menyorok di belakang pondok yang hampir dengan tempat di mana mereka bersembang.

Sekurang-kurangnya, aku dah boleh dengar sikit-sikit.Apa yang diorang tengah cakapkan.

"Aku risau bro, sekarang ni.Mira tu makin lama dah berubah!" kata pemuda itu.

"Sekarang ni, aku nak kau bertenang.Kalau dia buat apa-apa atau merancang sesuatu yang membahayakan Alia dengan anak dia.Kau beritahu aku dengan segera, ok?"

Kenapa, apa yang berlaku? Ada sesuatu yang terjadi ke? Siapa lelaki tu?

Sedang aku mengelamun, aku perasan yang ada seseorang menarik lenganku dengan kasar.Walaupun aku meronta-ronta, lagi kasar dia memegang tanganku.

"Afiq, lepaskan aku lah!!"

"Kau ikut aku sekarang!" dia menarik aku sehingga aku berasa lemah untuk melawan semula.

Dia menarik aku hingga kami sampai di belakang bangunan yang sunyi.Aku melepaskan tanganku daripadanya.

"Ape yang awak nak lagi ni?! Tak puas hati lagi ke dengan saya?!!" aku geram.Entah kenapa aku rasa rajin nak siku orang hari ni.

"Hey, kau jangan nak berlagak sangat boleh tak? Kalau suami kau tak ada kat sini, apa yang boleh kau buat?" ugutnya.

"Mirza!!! Mirza!! Tolong!!" aku menjerit.Air mata aku mengalir laju.Aku begitu takut.

'Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini.'

Mirza P.O.V

"Alia!! Alia!!" aku memanggilnya tetapi tiada pun kelibatnya.

Mana pulak Alia menghilang ni?! Moga-moga dia tak apa-apa.

"Mana Shafiq ni?" puas aku mencari Shafiq, rupa-rupanya dia ada dekat tasik dengan dua orang perempuan.

Hish mamat ni, tak habis-habis nak ngorat.

"Bro, nanti-nanti jelah ngorat.Kita ada masalah besar ni." aku menepuk bahunya.

"Kejaplah, nanti call yer!" hish dia ni kang aku silat jugak dia kat sini.

"Dah, jom." aku mengheretnya sehingga jauh dari taman tersebut.

"Ish, kau ni.Ehh,mana Alia?"

Aku terkejut.Takkanlah dia tak tahu Alia ada kat mana? Aku menghilang kejap je tadi.

"Aku yang sepatutnya tanya soalan tu!!" bentakku.

"Aku tak tahu!" jeritnya.

"Mirza!!! Shafiq!!! Tolong!" kedengaran dari jauh suara Alia memanggil kami.

"Alia!!" aku pantas berlari mengikut arah suara Alia yang menjerit memanggil namaku.

Encik Harimau Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now