Alia P.O.V
Buka mata je, aku dah ada kat tempat asing.Aku bangun dengan cepat sambil mengurut-urut tekakku.
Puas aku memerhati keliling bilik tersebut, tiba-tiba tekakku terasa loya dan mahu sahaja aku muntah.
Tapi aku mengawal perasaan itu dengan tenang.Sakit ape la agaknya aku ni sampai masuk kat dalam hospital.
"Alia?" suara yang amat aku kenali.
"Mirza?!"
Apa yang dah jadi dengan aku sampai aku tak ingat apa-apa ni?
Dia memelukku dengan erat sekali.Aku hairan dengan sikapnya itu.
***********
"Sayang, nak tau tak?""Hmm, ape dia yang awak nak ceritakan tu?" kataku sambil membelek-belek majalah yang berada di atas meja.
"Tak lama lagi kita akan ada baby!!!" jeritnya.
"Haaa?!!! baby?" aku masih belum bersedia lagi lah untuk menjadi seorang ibu.Macam mana ni?
Muka abang Shafiq juga ada tampak kerisauannya.Dia tahu aku masih belum bersedia, dan sekarang ni aku harus menerima cabaran ni.
Shafiq P.O.V
Aku masih tak percaya yang Alia mengandungkan anak Mirza.Tapi bagus jugak la.Itu tandanya mereka saling menyayangi satu sama lain.
Aku tahu Alia masih belum bersedia sebenarnya.Tapi apa yang boleh dibuat, dugaan Allah.
"Tahniah, dik." aku mengucup lembut dahinya.
"Terima kasih." air mata gembira mula menitis di pipinya yang gebu itu.
'Abang harap kau bahagia Alia.' bisik hati kecilku.
Mirza P.O.V
"Boleh ke tidak tu nak berjalan? Kalau tak boleh meh saya tolong awak."
"Mesti la awak kena tolong saya! Nanti saya jatuh macam mana?!"
Mahu tercabut saja telingaku apabila dia berleter panjang.Aku gembira akhirnya, aku akan menjadi seorang ayah!
"Hey, tercegat apa lagi kat situ hah? tolong la adik aku tu!"
"Ohh..yaya!" aku lari dengan cepat menuju ke arah Alia.Dengan pantas aku mengangkatnya sambil tersenyum bangga.
"Isteri aku mengandung!!" jeritku puas.
"Hey!! Janganlah buat macam tu." mukanya jelas tampak kemerahan.Malu le tu.
Rika dan Shafiq juga tersenyum bangga denganku.Tumpang gembira hahaha!
"Jaga-jaga Mirza jatuh adik akak tu, siap kamu akak kerjakan."
"Haa dengar tu, nanti kalau awak buli saya lagi.Saya bagitau kakak awak." dia mencubit bahuku manja.
"Auch! That's hurt baby!"
"Hahahaha."
***************
Alia P.O.V"Awak, sudah-sudahlah tu.Dah cukup ni haa barang."
"No, ni untuk anak kita la sayang.Please." rayunya apabila dia memasukkan barang-barang keperluan bayi di dalam troli.
"Yelah, tapi make sure habis cepat sikit sebab saya tak larat ni."
Dia mengangguk laju.Dia ingat aku nak beranak dah ke? Sampai nak belikan barang keperluan semua ni.Haha.
Kemudian, kami beralih pula ke arah barangan baju-baju bayi.
"Awak ni, jantina belum ditentukan lagi awak dah nak beli baju baby pulak." aku menampar lengannya.
"Auch.Apa salahnya?"
"Nanti kalau kita tersilap macam mana?"
"Kalau dah tersilap tu, kita dermakanlah kepada yang memerlukannya.Ok sayang?"
Dia mengucup lembut dahiku sambil mengusap lembut perutku yang semakin memboyot.
"Sorry baby, papa dah buat mama letih."
Haa, tau pon.Baru aku tahu perasaan menjadi seorang ibu.Huu, lajunya Mirza ni pergi tempat permainan bayi.
"Ada ke patut dia tinggal aku." bisikku perlahan.
##Skip##
"Arghh! Penatnya!" aku perhatikan Mirza yang dari tadi mengeluh sambil tersenyum.
Aku menghulurkan air botol mineral ke arahnya.Air botol itu diteguk habis.Letih agaknya dia ni.
"Awak, nanti tolong angkat barang-barang baby tu naik bilik tau." aku sengaja nak membebankan dia.
"What?!" dia merenung tajam ke arahku.
"Yes." aku tertawa kecil kerana aku dapat menyakatnya.
"Arghh!!" suara Mirza menjerit ke tu?
"Awak kenapa ni?! sakit ke?!" aku mati akal apabila lihat dia meraung kesakitan macam budak kecil.
"Sakit."
"Kat mane?!"
"Sini." dia menunjukkan ke arah hatinya.Ish mengada nak main-main dengan aku.
"Mengada.Nak kena ke?!" aku menunjukkan sikuku yang cantik ini ke arahnya.
"Hihihi, takde-takde saya gurau je dengan awak.I love you!"
Dia mengucup lembut pipiku sambil tertawa manja kerana dapat mengenakan aku.
"Nak kena ke awak ni?!" muka aku merah gila.Isk, dia ni macam dah takda kerja lain selain dari buli aku kan.
**********
"Hahaha, lawak gila!" aku menonton televisyen di ruang tamu berseorangan.Mirza pergi mandi agaknya.Tiba-tiba angin bertiup kencang.Seram sejuk la pulak.Aku berlari menuju ke bilik yang berada di tingkat atas.
Ni kalau Mirza tau aku lari masa mengandung.Free-free saja aku dapat ceramah dari dia 10 hari 9 malam.
Aku masuk ke bilik dengan cepat.Apabila aku menoleh, terkejut aku.Hish, Mirza!!
"Kucing tu takde kan?" soalnya.
"Dah tak ada la.Saya dah hantar kucing tu lama dah."
Dia mengganguk perlahan sambil merenung ke luar jendela.Sejuknya, nak hujan ke?
Ketika aku sedang menutup tingkap, Mirza datang memelukku.
"Sayang, mohon jangan pergi tinggalkan saya.Sebab saya sayangkan awak sangat-sangat."
"Saya sayangkan awak jugak." aku mengucup lembut bibirnya.
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...