Mirza P.O.V
Sungguh aku tak sangka dia sanggup meninggalkan aku hanya kerana Mira.Ini salah aku kah?
Nota kecil yang tertampal di atas meja itu membuatkan aku sebak.Aku mahu dia kembali, aku tak mahu yang lain.
Aku menelefon kakakku dengan cepat, mana la tahu mungkin dia tau kat mana Alia sekarang.
Nombornya didail.Tetapi Kak Rika tidak tahu di mana Alia selepas dia pulang rehat tadi.Aduhh, aku hampir pengsan.Aku sudah tidak tahu lagi apa yang harus aku buat.
Aku pergi ke rumah Misya yang terletak tidak jauh dari kediaman kami.Aku memandu dengan perlahan tapi agak cemas.Orang kata, biar lambat asal selamat.
Arghh! Sudah Mirza tumpukan perhatian kau dekat Alia!!
Sesampainya di rumah Misya, aku agak kalut.Setelah salamku dijawab kelihatan seperti seorang wanita sedang menuju ke arahku.
Akhirnya,Misya keluar sambil membetulkan tudungnya yang senget di sebelah kirinya.Adohaii, dik jalan cepat sikit!!
Setelah aku menceritakan masalahku kepadanya, dia faham dengan keadaanku.Tetapi, dia menyuruhku bertenang dan berdoa kepada Allah S.W.T agar Alia dalam lindunganNya.
Aku sekadar mengganguk.Aku juga sedikit terkilan apabila Misya berkata sesuatu yang aku tak pernah fikir dalam hati aku.
"Beri dia waktu Mirza, saya kenal dia sejak form 1 lagi.Dia itu jenis yang bersikap terburu-buru.So, awak kena bersabar ye?"
Kata-katanya itu hampir membuatkan aku pitam tetapi aku masih bertahan kerana Alia masih belum aku temui! Aku sekadar mengganguk.
Aku meminta diri untuk pulang ke rumah mentuaku.Tapi satu yang aku fikir, apa akan terjadi kepada aku bila ibu bapaku tahu yang aku mempunyai bekas kekasih yang masih mencintaiku?
Alia P.O.V
Aku duduk bersandar di kerusi luar sambil mengambil angin.Semakin sebanyak aku telah melupakan kisah-kisah perit yang tertanam di dalam hatiku.
Tetapi ia masih meninggalkan kesan terhadapku.Jari telunjukku yang terluka itu aku pandang sekilas.
Perlahan-lahan aku membuka balutan tersebut.Sakitnya sama seperti sakit yang berada dihatiku.
Luka di tanganku sudah sembuh tapi masih meninggalkan kesan calar.
Aku teringat kembali kenangan ketika dia membalut lukaku yang terhiris pisau.
Perlahan-lahan air mataku mengalir.Setitik air mataku terjatuh di jariku.Kenapa, dia sanggup buat aku macam ni?!
Aku harap dapat bahagia bersama dia.Tapi, jauh juga hasratku untuk bersama dia.
Aku menangis semahu-mahunya.Air mata aku mengalir begitu deras sekali.Aku tak nak kehilangannya.
"I love you Encik Harimau."bisikku perlahan, sambil ku menahan sebak di dada.Adakah dia mencintaiku sebagai mana aku mencintai dia?
Fatin datang ke arahku sambil jarinya telunjuknya berada di mulut.Mungkin abangnya yang datang kot.
Fatin menarik lenganku pantas.Aku agak terkilan tetapi aku ikut sahaja kata-katanya.Setelah kami berdua di dalam bilik Fatin barulah dia membuka cerita.
"Sakitlah Fatin.Kau ni nasib baik kau kawan aku kalau orang yang aku tak kenal dah lama aku terajang."
"Lia maaflah,aku ada sesuatu yang nak bagitau hang ni."katanya sambil menghulurkan sebuah fail yang bewarna pink ke arahku.
"Benda apa ni Fatin?"
"Dina habaq kat aku yang dia kena pegi Kedah sebab abang dia nak kahwin,lepas tu dia bagi fail ni kat aku.Dia kata suruh bagi kat hang."panjang penjelasannya kepadaku.
"Fail?"
Tanpa sebarang soalan yang keluar lagi dari mulutku, aku membuka fail tersebut dengan perlahan-lahan.
Aku terkejut.Ini semua adalah penjelasan tentang hubungan Mira dan Mirza.Air mataku keluar lagi, aku masih tidak dapat menahan sebak di dada.
Perlahan-lahan ayat itu aku baca.Perlahan-lahan juga hatiku semakin remuk di genggam.
"Mirza dan Mira sudah lama menjalinkan hubungan.Mungkin sudah lima tahun, mereka sudah bekerja sama untuk membina sebuah butik.Tetapi, apabila Mirza dapat tahu yang Mira curang dengannya, dia terus meninggalkan Mira begitu saja.Mira pula masih tidak dapat menerima kenyataan yang Mirza sudah bernikah.Mira mahu menghancurkan hubungan Mirza dan Alia untuk mendapatkan harta dan Mirza."
Air mataku mengalir lagi.Kali ini lebih deras lagi.Aku sudah mula menyimpan dendam di hatiku, tetapi aku tak mampu menyimpan dendam itu.
Aku harus buang perasaan ni jauh-jauh tapi aku tak mampu membencinya.Fatin yang dari tadi senyap saja turut menangis bersamaku.
"Alia mohon bersabar.Sesungguhnya, Allah itu maha adil."katanya sambil mengurut belakangku.
Sakit hatiku bukan sakit biasa.
Mirza P.O.V
"Mama,papa..Lia hilang."terketar-ketar ayat itu keluar dari mulutku.Tetapi aku tidak menyalahkan Alia jika mereka menyalahkanku.Aku hanya menyalahkan diri sendiri.
"Apa? Hilang?!"suara Shafiq yang garau itu memenuhi segenap ruang tamu.Aku sudah mula takut.
Mama dan papa juga terkejut.Aku mengintai muka mama yang berada di hadapanku.Air mata seorang ibu sangat berharga.
Perlahan-lahan aku bangun air mataku menitik laju.Shafiq menarik lenganku untuk mendapatkan kepastian begitu juga dengan Rika.
Mereka membimbing aku untuk ke bilik.Aku melihat barang-barang Alia di atas meja solek.Lantas, air mataku mengalir.
Aku rindu padanya Ya Allah!
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...