Alia P.O.V
2 tahun kemudian..
"Zafrin, marilah sini!" aku menarik lengan anakku.Lepas dah boleh berjalan, kerjanya asyik ambil barang orang je.
Hish, ikut perangai siapa la agaknye budak ni.Nak kata ikut perangai aku, tak jugak.Jangan kata...ikut perangai Mirza pulak.
"Mama!" budak 2 tahun itu terus merengek.
"Bawang ni, mama nak masak.Ini, bukan barang mainan la." aku menasihatinya.
"Ish, awak ni.Biarkan jelah dia nak main apa-apa pon." Mirza mengarah dari sebalik surat khabar.
Dalam hati nak je luku suami aku ni.Pandai pulak dia berhujah bukan-bukan kat sini.
"Ehem! So, kalau anak kita ni main api? Awak nak biarkan ke?" tangan gatalku sudah merayap di atas lengannya.
"Auchh! Ok fine, I'm sorry." dia mencebik sambil mengurut lengannya yang telah dicubit olehku sebentar tadi.
Baru puas hati aku.Main-main lagi dengan aku ekk? Hahaha.
"Papa."
"Alolololo, comeinya dia.Hmm, busyuknyee.Tak mandi lagi yer?"
Aku perhatikan cara Mirza mendukung Zafrin.Comel pulak dua beranak ni!
## Skip ##
"Abang, tak kerja ke hari ni?!" aku memeluk lengannya.
"Hish, kamu ni.Tak! Dah jangan kacau abang nak tengok tv."
"Alaaa! Abang ni, tak sweet la.Tak senyum-senyum." aku memaut pula lengan kirinya.
"Muhd Shafiq Bin Shariffin!" Mirza turun sambil tangan gatalnya itu menumbuk perlahan bahu abangku.
"Aduh, sakitlah.Kau kenapa?"
"Mohon jangan rapat dengan isteri aku, please!" dia menyandarkan kepalanya di bahuku.
"Ish, awak ni.Dah kenapa pulak?" aku terasa geli apabila dia memeluk pinggangku.
"Jeles lah!"
"Tak boleh dia adik aku, no! Aku sayang dia!" Shafiq mula menyandarkan dirinya kepadaku.
"Andwae! " Mirza terus baring di ribaku.
Ish, pelik betul lah diorang ni.Ini ke yang dikatakan cinta tiga segi?
'Hahahaha.'
"Ish, patah la tulang Alia ni! Dah bangun! Nak jaga anak sekejap!" aku merungut.Kenapalah dengan perangai orang-orang laki dalam rumah ni?
"Alaaa."
"Dah, dah." aku menolak lembut badan mereka berdua.Comel la pulak diorang ni bila bergaduh.Hik hik!
Mirza P.O.V
"Ini semua pasal kau la!" aku menumbuk bahu kirinya.
"Apa aku pulak? Kau la, yang terhegeh-hegeh dekat Alia tu pehal?"
"Amboi kau boleh tanya?!" aku menggeletek perutnya.Seronok kalau dapat abang macam dia ni.
"Hei, gelilah.Woi!"
'Huh, padan muka kau!' omel hatiku.
##Skip##
"Awak, saya nak keluar jap." aku terus mengambil kunci di atas meja.
"Hmm, nak pergi mana?"
"Pergi rumah...Fir jap."
Dia mengganguk sambil tangannya membetulkan tie aku.
"Nanti kat sana, jangan buat perkara yang bukan-bukan tau.Kalau ada masalah, telefon saya."
Terharu pulak hati aku ni.Suasana yang indah bersama dengan Alia.Dia sajalah orang yang ada di hatiku.
"Ohh, ye.Nanti, jangan lupa solat.Saya sayangkan awak tau." dia berbisik ke telingaku.
Itulah nasihat yang takkan aku lupakan.Dia sajalah yang aku ada untuk melepaskan rindu dan masalah.
*******************
Punyalah lama.Budak ni pergi mana? Memancing ke? Sampai aku kena tunggu berjam-jam ni."Assalammualaikum!" dari jauh aku ternampak Firdaus sedang berlari menuju ke arahku.
"Waalaikummusalam." aku menjawab salamnya dengan tenang.Tetapi, amarah di dalam hatiku masih belum reda.
"Hai, lama tunggu?"
"Banyaklah kau punya 'hai'! Aku kena tunggu kau berjam-jam ni apehal haa?! "
"Aku pun ada anak, bini kat rumah aku, tapi aku pun ada time jugak tau tak?" rungutku.
"Maaflah, tadi aku sakit perut.Aku tengah cari telefon aku, tapi tak jumpa.Maaf!"
"Oklah, tapi make sure lepas ni.Kau jangan lambat dah, ok?" aku berjabat tangan dengannya.
Tapi tak lama.....
Aku ternampak Mira sedang berdiri tidak jauh daripada tempat kami berada.
Aku tak pasti, adakah Firdaus masih bekerjasama dengan Mira ataupun Mira sengaja datang untuk berjumpa dengan aku.
"Mi...Mira?! Apa kau buat dekat sini?!" Firdaus berpaling ke arahnya, lantas terkejut.
"Aku datang sini, sebab nak tengok pasangan suami isteri yang bertuah ni."
"Ikhlas ke perli?" tiba-tiba Alia muncul di belakangku.
Apa yang sedang berlaku sekarang ni? Boleh tak seseorang tolong jelaskan?!
"Hmm, entahlah.Aku rasa ikhlas." dia berkata lagi.
"Alang-alang kita dah berkumpul macam ni.Jom kita pergi dinner I belanja!"
Huh? Nak ber'I' 'You' pulak dah ke minah ni? Sabar jelah.
*****************
"Jemputlah makan, kenapa tak nak makan pulak ni?"Aku dan Alia jadi tak senang duduk.Aku dapat rasakan yang Mira dari tadi asyik mencuri tumpuanku.
"Mira!" tiba-tiba aku terdengar suara Firdaus menjerit.
"Kau dah lupe ke? Apa yang kita tengah bincangkan haritu ha?"
Apa yang sedang berlaku ni?
"Hmm, I tak kata pun yang I setuju dengan cadangan you."
"Apa?! Kau masih nak mencabar aku ke Mira?!"
"Kalau boleh!"
Aku dapat rasakan yang pergaduhan antara mereka ini akan memburukkan lagi keadaan.
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...