Selepas aku menamatkan sesi pembualan dengan suami aku.Tiba-tiba ada seseorang berdiri betul-betul ditepi tingkap sebelah aku.Aku terkejut.
Aku memandang pemuda itu.
Kenapa macam pernah aku jumpa.Aku pun perlahan-lahan membuka tingkap keretaku tanpa rasa ragu-ragu.Aku bernasib baik rupa-rupanya jejaka tersebut ialah suami aku!! Yeayy!!Aku terus memeluk Mirza tanpa rasa bersalah.Aku takut gile kot masa tu!Dia pula hanya sekadar membalas pelukkan aku.Mungkin dia risaukan aku.
“Sayang ok ke? mana jantan tak guna yang kacau sayang?!”laju saja suaranya.
Aku sekadar menggeleng kepala.Aku hanya memerlukan dia.Muka dia ada tampak sedikit pucat.Mungkin dia takut atau terlalu risaukan keadaan aku.Hihi.
Kereta yang berhenti tadi pun dah bergerak pulang.Mungkin aku yang salah faham ataupun,mereka takutkan suami aku yang gagah ni!Haha.
Aku duduk di dalam kereta.Kereta yang aku pandu sedang menuju pulang ke rumah.Mirza pula mengekoriku dari belakang.Dia juga macam pelindung aku.Hihi.
Sesampainya dirumah aku terus menaiki anak tangga untuk ke bilik.Tapi langkah aku tiba-tiba dihalang oleh ‘Encik Harimau’.Iskkk!!
“Kalaulah sayang tak keluar tadi mesti tak jadi macam ni.Tapi,nasib baik abang ada.”kataku sedikit memujuk perasaan risaunya.
“Tak.Ni salah abang,kalau abang tak benarkan tak jadi macam ni.”nada suaranya agak sedikit bersalah.
“Tapi..yang penting sayang selamat!”selepas dia berkata begitu.Aku terkejut dia terus memeluk aku.Erat sekali.Aku pun hanya melepaskan rindu padanya.Aku tak tahu yang aku dah merisaukan dia.Mesti dia terluka!
Dia membimbing aku untuk ke bilik.Aku melihat jam di atas meja.Sudah pukul 11.35 p.m.Dia mengangkat aku kemudian dia merebahkan aku di atas katil.Aku sedikit terkejut.Dia pula berbaring sambil tersenyum di sebelahku.
Muka aku merah menyala.Dia hanya tergelak kecil.Dia kemudiannya mengucup bibir aku.Aku pula dapat merasakan manisnya cintanya,lepas itu dia bermain-main dengan rambutku.
“Wangi”pujiannya itu membuatkan aku tersenyum puas.
“Sayang.Izinkan abang?”katanya sambil tersenyum nakal.
Aku sekadar mengganguk.Aku menutup mata.Aku tak sanggup nak berhadapan dengannya.Malam itu,kami sudah membuat satu sejarah yang takkan kami lupakan.
##Skip##
Aku terbangun lewat.Sekarang sudahpun pukul 9.30 a.m.Mirza pula masih tidur lena.Serta merta senyuman aku terukir.
“Macam mana aku nak kejutkan dia ekk?”kataku sendirian.Sambil jariku didagu.
Aku terus mendapat idea.Haha.Aku tahu idea aku memang best!Perlahan-lahan aku mendekatinya,kemudian aku mengucup dahinya.
Aku melihat dia sedang menggerakkan kakinya.Mungkin dia dah bangun tapi masih mamai.Aku pun pergi ke dalam bilik air.Aku ambil sebotol air.Air itu aku renjis ke mukanya kemudian aku nyanyikan lagu “Pengantin baru”.Hahaha!!
Dia mengukirkan satu senyuman kepadaku.Mungkin mimpinya indah kerana cara kejutan tidurnya.Haha!Bernas idea kau Alia!!
##Skip##
Aku sudah mula rindukan abang dan adikku yang tinggal di London.Mereka pergi ke sana kerana ingin menjalankan projek rakaman yang dimahukan syarikat.Aku sekadar mencebik kerana mereka tidak hadir ke upacara akad nikah kami.
Mirza hairan dengan sikapku tadi terus bertanya kepadaku.
“Kenapa sayang?”soalnya.
“Tak de ape-ape pon.Sayang just lupa sesuatu je.Ni sayang cuba nak ingatkan balik.”kataku.Sedikit perli.
Dia hanya tertawa sambil memelukku.Aku tak mampu nak ketawa sebab aku sedang rindu dua insan yang aku panggil kaum kerabatku.Sekadar senyuman saja.
Mirza P.O.V
Macam mana kalau aku buat supries kat dia.Mesti dia tak sedih dah.Tapi macam mane ekk?
Penat aku berfikir tiba-tiba aku teringatkan satu perkara.Haritu aku ternampak Alia pegang gambar adik dan abang Syafiq.Mane ekk?
“Abang!tolong sayang angkat barang kejap!”kuatnya suara bini aku ni.Nanti jelah aku fikirkan,baik aku tolong dia dulu sebelum dia naik sini.
“Ye abang datang.”kataku.
**************************
Alia P.O.VAku terlelap di atas sofa.Mungkin sebab aku keletihan.Tapi aku terdengar seperti satu pergaduhan berlaku tak jauh dari rumah.Aku pun dengan malas pergi menyiasat apa yang berlaku.Alangkah terkejutnya aku bila aku nampak suami aku dengan seorang perempuan sedang bergaduh.
“I dengar you dah kawin eh Irz.You kata you nak kawin dengan I!!”
“Hey!! Mira I dengan you dah tak de ape-ape pon sekarang!! N lagi satu ini bukan rumah you nak suka hati keluar masuk!”
“Hahh!! mana betina tak guna yang dah rasuk you tu?!”
You jaga mulut you sikit.Dia isteri yang aku sayang! Kau jangan sesekali datang kat sini lagi dah!!”
“Kalau I tak boleh dapatkan you! tak de orang yang boleh dapatkan you!!!”
*Panggg!!
Aku tergamam.Kenapa dia kasar sangat dengan perempuan tu.Mungkin tu bekas kekasih dia kot.Hati aku tiba-tiba sayu bercampur dingin.Kenapa dia tak pernah bagitau aku sebelum ni.
Aku kembali semula dan berbaring di atas sofa seperti tiada apa yang berlaku.Aku tak percaya yang dia sanggup menampar perempuan tu kerana dia mengutuk aku.Ya,Allah kuatkanlah hatiku.
Aku takut.Seluruh badanku tiba-tiba menjadi sejuk.Aku seperti orang yang dah kena demam panas.Demam terkejut maybe?
Mirza duduk dihadapan wajahku.Nasib baik masa tu aku tutup mata seperti orang mengantuk.Dia kemudian berlalu naik ke atas.Entah aku selamat ke tidak.Tapi yang pasti aku takut.
Aku pula sedikit menggigil kesejukkan.Aku dengan pening dan mamai aku naik ke atas.Aku nampak Mirza sedang tidur lena.Aku pula tak nak kacau,aku ambik jelah selimut lepas tu aku turun bawah balik.
Aku tahu aku tak boleh menerima semua yang berlaku tadi tapi aku akan cuba fahami.Walaupun sakit.
YOU ARE READING
Encik Harimau Tu Aku Punya!
RomanceDia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana...