Bab-8

12.9K 412 5
                                    

Alia P.O.V

Yeay!! Mirza kata dia nak balik rumah mentua dia.Aku tak sangka dia sanggup luangkan masa dia demi aku!

Aku mula melompat keriangan di dalam bilik.Tapi agak perlahan sebab aku takut Encik Harimau tu perasan.

##Skip##

Aku mula membelitkan shawl di kepalaku.Lengkapku berpakaian.Aku mula mengapai kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta.

Aku sebenarnya dah mintak izin dari suami aku.Aku nak keluar pegi rumah Fatin kejap.Katanya,ada cerita panas.

Sesampainya aku dirumah Fatin.Aku bersalaman dengannya.Dia pon mempelawa aku masuk.

Rumahnya bersih tak bersepah satu kotoran pon tak terlihat.

Bukan macam rumah Dina.Pinggan kotor dalam sinki pon tak pegang.Nasib lah Alia, dapat kawan camtu.

Aku duduk diatas sofa sambil menunggu Fatin bersiap.

Dia anak orang berada tapi sebab dia bergaduh dengan abangnya dia pon pindah rumah jauh dari kediamannya sebelum ini.

Sebab-sebab dia bergaduh dengan abangnya tu aku tak tahu sebab Fatin tak bersedia nak ceritakan semua tu.Masa dia cerita pun sambil menangis.

Akhirnya selepas 30 minit aku menunggu dia tiba dengan membawa sedulang air ribena.Yeay!! My feveret.

Setelah dia melabuhkan punggungnya diatas sofa dia terus membuka mulut.

"Alia² kenapa hang tak bagitau aku yang hang tu dah kawin?"katanya.

"Ehhh?!"aku hampir tersedak.Aku dahlah tengah minum air.Siapa yang bagitau Fatin ni!?

"Siapa yang gatai mulut nak pi habaq kat hang?"aku mula mengelabah

"Dina la sapa lagi yang aku ada teman nak gosip.Hang tu pasang telinga saja."

"Hish..yelah sorry.Aku memang niat ke sini nak bagitau hang pon yang aku dah sah bernikah!"perliku.

"Awat tak habaq kat aku first-first?! jahat hang noh!"

"Hihihi"panas sih, telinga aku dengar cerita pelik dari Fatin sorang ni.Pekat gila loghat Penang dia!

'Dina jaga kau!!'omelku dalam hati yang panas.

##Skip##

Aku pulang ke rumah seperti biasa.Tapi abang Shafiq n Mirza takde kat rumah.Yang ade pon Fisah sorang je.

"Fisah abang Shafiq dengan suami aku pegi mna?"tanyaku kepada budak yang sudah berumur 14 tahun itu.

"Mana aku nak tau.Tu laa, siapa suruh kak gi berjalan tak ajak dia.Dia pegi bejalan dengan abang Shafiq jelah."

"Pandai kau menjawab ye Fisah?"omelku sedikit geram.

Aku membulatkan mata kearahnya.Namun dia buat bodoh sahaja.Dia asyik tekun bermain C.O.C didalam telefonnya itu.Entah apa yang aku tak tau keistimewaan game C.O.C ni.

Aku menaiki anak tangga dengan amat laju sekali.Aku tak sabar sebab esok kami nak pergi rumah aku yang dah lama aku tinggalkan.

Setibanya aku di bilik.Aku membuka lilitan shawl di kepalaku.Kemudian aku mengapai kain tuala dan terus masuk ke bilik air.

Selesai saja aku mandi.Aku terkejut beruk.Mirza sudah duduk di dalam bilik sambil meletakkan barang-barang di atas lantai.

Dia pun terkejut tengok aku.Yelah, aku pakai towel je kut.Walawey, malu gila aku!

Dia masih tak berganjak malah dia asyik tersenyum nakal.Aku sudah malas,dahlah aku letih.Aduhhh, mesti dia perasan aku nak memikat dia!!

"A..abang pusing belakang jap"

"Kenapa? saya ni suami awak yang sah.Bukan boyfriend awak."katanya sambil tersenyum.

Aku terkejut dengan jawapannya itu.Lantas aku menolaknya lembut keluar dari bilik.Tapi, badannya sasa.So, berat nak tolak keluar bilik!

Aku mengeluh.Dia masih tersenyum sebab aku ada didepannya saja.Hish,malu!!

Aku ternampak tangannya mengunci pintu.Muka aku dah merah.Mana aku nak sorok diri aku ni!

Dia membuka bajunya.Ternampak badannya yang sasa membuatkan aku pening!!

Mabuk cinta?

Dia mengangkat aku dengan laju kemudian dia merebahkan aku di atas katil.Manakala dia pula asyik tersenyum nakal.

Aku dah tak tahan.Aku biar jelah dia nak buat ape.Aku memang malu gile-gile!!

Satu kucupan singgah di bibirku.Asmara malam itu takkan aku lupakan.Haha.

##Skip##

Usai sahaja kami solat subuh berjemaah.Aku turun ke bawah dengan selambanya.Aku berhasrat ingin membuat sarapan sebelum kami bertolak.

Aku membuat sarapan kegemaran Mirza dan Rika iaitu roti telur dan air milo panas.

Aku taknaklah mengejutkan satu family ni.Mirza pula rasa-rasanya dia tidur balik.Hish.Apelah nak jadi dengan laki aku ni.

Nasib baik Fisah ada.Bolehlah dia bantu aku buatkan air milo panas.Sementara aku buat roti telur.

Selesai je masak.Aku duduk rehat di ruang tamu sebentar.Fisah pula asyik mengurut bahu aku.Baik jugak adik aku ni.

Aku bangun setelah Fisah meminta diri untuk mandi.Aku naik ke atas untuk mengejutkan Mirza,abang Shafiq dan Rika.

Letih saja kaki aku ni.Sebab asyik menyapu lantai yang luas tadi.Ingat senang ke jadi suri rumah?

Aku mengetuk setiap pintu bilik yang didiami mereka bertiga.Rika dah bangun sebab tadi dia keluar nak mandi.

Abang Shafiq pulak pun dah bangun.Or maybe dia tak tidur selepas solat Subuh.Sebab tadi aku terdengar suara seseorang membaca Al-Quran.Merdu suaranya.

Mirza pulak dah bangun rupanya.Siap mandi lagi.Excited sangat ke nak jumpa mentua?

Mirza dan Rika menikmati sarapan tu dengan penuh bertenaga.Mirza pula asyik memuji aku.Malu aku!

Well..tak sabarnye nak balik!!

Encik Harimau Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now