Bab-29

7K 260 2
                                    

Firdaus P.O.V

Hishh, pening-pening.Aku dah naik takut dengar Mira cakap yang bukan-bukan.Perangai dia dah makin berubah, lepastu kadang-kadang balik rumah lewat malam.

Hermm, aku kena jumpa dengan Mirza dengan Alia jugak esok.Sebab aku dah tak tahan nak bekerja sama dengan Mira lagi.Aku kena beritahu diorang semua plan Mira.

"Tapi, diorang boleh percayakan aku ke?"

Mirza P.O.V

"Arghh, nasib baik kau belanja aku makan beb.Lenguh satu badan aku ni."

"Hmm, oklah tu.Kau bekerja keras."

"Aku ajak kau ni sebab aku nak beritahu kau sesuatu."

Budak ni nak cerita apa pulak kat aku?
"Kau tak marahkan aku ke? Sebab kau pon tahu, yang aku ni bekerja sama dengan Mira dulu."

"Aku tak pasti yang kau akan percayakan cerita aku." sambungnya lagi.

"In Shaa Allah, kalau cerita kau tu tak mengarut sangat.Aku akan dengar."

Well, aku tahu yang dia bekerja sama dengan Mira sebab diorang tu dari dulu lagi kawan baik.Tapi, aku tetap tak kisah sebab Firdaus pon kawan aku jugak.

"Aku nak ceritakan kat kau semua plan tentang Mira nak hancurkan kegembiraan korang." katanya.

"Hah?!" aku tergamam.

"Ok....kau biar betul ni? Sejak bila kau dah mula nengejar kebaikkan?" soalku seakan tidak percaya dengan sikapnya yang mudah berubah begitu saja.

"Aku dah berubah wei, aku dah taknak bersubahat dengan dia lagi dah.Aku just nak tolong kau je Mirza."

"Terima kasih Fir, kau sahabat baik aku forever." terharu pulak aku dengan Firdaus ni.Aku menepuk-nepuk bahunya.

"Hihi, tapi satu je aku mintak.Jangan bagitau Mira tentang perkara ni."

"Ok.Dah sekarang ni kau ceritakan kat aku dari A sampai Z!" tegasku.

"Sekarang ni, Alia dalam bahaya!! Kau kena cepat selamatkan dia!!"

"Ape?!!"

Alia P.O.V

Tok!! Tok!!

Hish, siapa pulak yang datang ni, dahlah tak reti bagi salam.Kacau je orang nak tidur tadi.

"Coming!"

Ya, Allah.Kenapa minah ni datang lagi kat sini? Ape yang dia nak dari aku lagi ni?

"Aku dengar kau mengandungkan anak Mirza ye, Alia?"

"Ma..macam mana kau tahu?"

"Hmm, aku ada upah pengintip peribadi.Dan aku percaya, aku boleh harapkan dia untuk musnahkan masa depan hidup kau."

"Ape yang kau cakap ni Mira? Kau nak buat apa?!" aku terasa tercabar.

"Kenapa kau asyik dapat perhatian Mirza? Dulu dia tak buat macam tu pun kat aku.Aku takkan biarkan kau bahagia!!"

"Ya, Allah!!!" dia menolak aku hingga jatuh ke lantai.

Sakitnya, hanya Allah saja yang tau bertapa sakitnya apa yang aku rasa ni.Ya, Allah.Tolonglah selamatkan anak dalam kandungan ku ini.

"Babai." katanya sambil ketawa kuat.Tergiang-ngiang telingku mendengar gelak tawanya.

"Alia Emelinda!!!"

"Akak, tolong kak! Sakit ni!" aku menangis.Tolonglah tahan baby.Janganlah pergi tinggalkan mama dan papa!

Mirza P.O.V

"Ape kak?! Alia?! Jatuh?!" jeritku.

"Ya,Allah dia ada kat hospital mana sekarang ni kak?!"

"Ok, dik datang sekarang."

Aku memecut dengan laju menuju ke hospital.Macam mana ni.Aku harap Alia tak apa-apa.

**********
"Apa jadi dengan isteri saya doktor..err, dia okay ke? Anak saya macam mana pulak?"

Aku dah tak boleh tahan lagi dah, doktor ni pun cakap cepat sikit boleh tak? aku dahlah tengah risau ni!

"Isteri encik cuma mengalami trauma je, manakala anak di dalam kandungnya itu dalam keadaan yang baik, kerana bayi itu beralih di tempat lain ketika isteri encik jatuh."

"Tahniah ye, encik." kata jururawat yang berdiri di sebelahnya itu.

Aku terduduk.Terima kasih, Ya Allah.Senyuman di wajahku sudah kembali.Air mata kegembiraanku menitis.

"Boleh kami melawat dia tak doktor?" pinta Shafiq yang dari tadi menangis kerana terlalu takut.

"Boleh, tapi tolong jangan memberikan Puan Alia sebarang tekanan."

"Baik dok, terima kasih sangat-sangat dok!!"

Alia P.O.V

"Awak!!" aku memeluknya dengan erat, bertapa takutnya aku jikalau tiada dia di sisi.Air mataku mengalir begitu deras.

"Dah, dah, anak kita selamat.Awak pun dah sihat, jangan risau ye." dia mengelap perlahan air mataku yang mengalir di pipiku.

"Tapi boleh abang nak tahu tak sebab ape kamu boleh jatuh sampai jadi macam ni? Kamu ni suka buat orang risau la."

Abang Shafiq ni kalau orang susahkan dia, berleter 2-4 jam.

"Maaflah abang sebenarnya.." ketika aku nak bercerita tiba-tiba ayatku dipotong laju oleh Rika.

"Cerita yang sebenarnya, Alia bukan cuai.Tapi dia ditolak oleh Mira dengan sengaja, akak sendiri nampak dengan mata sendiri!"

"Maaf Alia, akak tak boleh tolong kamu rahsiakan perkara ni lagi." sambungnya lagi.

Mirza memandangku sekilas, hish Rika ni pon.Ini bukan masanya nak tentukan kebenaran.

Encik Harimau Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now