TERKEDU...Bertemu teman lama yang baik tapi bermulut lancang dia merungut rungut.
Aku bertanya kenapa?
"Aku dok mai usia tua ni aku tak boleh sangat aih, jantan jantan dok mai nak tonggek tungging pungkoq kat pondan, la ni belambak jantan lagu tu!" rungut Mek Kelesom ts lama yang berasal dari Yan Kedah.
"Belambak aku dok perambat balik, lemaih perut!" Tambahnya lagi
Aku terdiam kerana merasa sedikit aneh dan tidak mahu berbicara hal ini. Kalaulah Mek Kelesom tahu tentang kisah dimarahi kerana tiada tombak..
.*diam diam otak aku terfikir, ini agaknya sebab kenapa ts dituduh sebagai perosak akhlak... dan aku juga terfikir akan tahap pemahaman orang orang biasa dan para surirumah. Nonen peduli apa, mereka tetap ada peminat.
MEDAN MAGNET
Di zaman 70an sewaktu sekolah rendah kami menonton TV pendidikan hitam putih tentang medan magnet. Medan yang berbeza akan menarik, manakala medan yang sama akan MENOLAK.
Sekolah LELAKI semua, sewaktu contoh medan yang sama menolak, semua mereka pusing tengok saya dan kawan kawan lembut yang lain. Ianya saat yang sangat memalukan untuk gadis muda seperti saya sebenarnya.
Way back in the 70's, while in primary school we watched black an white Educational TV about magnetic field, different field will attract each other, while the same field will reject. It;s a boys school, all of them turn to take a look at me and the gang. It was an embarrassing actually for a young girl like me.
DRAG QUEEN (kisah benar)
sewaktu berada di kelab tarian, Azizah dari taiping, berada dalam mood yang sangat gembira, dia masuk ke tandas wanita untuk touch up. Kebetulan ada 2 wanita india di depan cermin, terkejut melihat drag queen Azizah. Salah seorang dari mereka mengatakan "OWH MY GOD!" Azizah secara selamba berkata,"NO NO I AM NOT YOUR GOD....BY THE WAY HAPPY DEEPAVALI"
ini kisah benar ya..
MINUMAN KERAS
Teh ais lagi sedap dari arak: itulah alasan saya tiap kali apabila ditanya kenapa tidak minum. Saya malas untuk bercerita lebih dalam atau bercakap lebih dengan kaki Thanik.
BAHAN RUJUKAN.
"tengok jepun dengan korea, mereka tak payah pun pakai bahasa Inggeris. You tau tak ramai budak kampung yang bijak mereka akan pakai bahasa melayu untuk sains dan matematik," kata teman ku kelmarin sambil membidas aku yang semangnya mengalakkan pengunaan dwi-bahasa yang lancar.
"Kamu sendiri tahu, anak menteri yang sebut semua tu, belajar di luar negara dan tidak sama dengan anak anak kita yang mandom/laih/ulu dan lembam akibat persekitaran yang tidak sama,"Balas saya.
Bahan rujukan ketika ini banyak dalam bahasa inggeris----->>engineering, Accounting, Business dan lain lain subjek. (Jepun dan Korea punya rujukan lengkap ya!).
Kita tiada pilihan!
SIFAT
"I faham you biasa biasa saja, you bakat dan kecantikkan apa pun tiada!"
"You belajar pun takat mana saja?"
"Tapi yang I meluat adalah sifat you. You tak tahu merendah diri langsung. Aduhai, sapalah ajar u jadi manusia macam ni?"
Dia terdiam tanpa kata.
BITTER?
Read carefully of what I have written. NO I am not bitter at all when it comes to MEN. I need them. I want to be nice to them. They to me are protectors. Do not carelessly accuse me as BITTER.
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...