PROLOGUE.

5.1K 117 33
                                    



"Maria Kermila binti Sufi! Bangun sekarang jugak atau ummi naik atas dan paksa kamu." Puan Marlisa mencekak pinggangnya sambil tergeleng-geleng kepala. Geram betul dia dengan perangai anak daranya yang seorang itu. Sudah tengahari berdiri, tapi masih belum mahu bangun. Maria di atas katilnya menggeliat badannya kemalasan. Disebabkan semalam dia berjaga sampai jam dua pagi semata-mata untuk menghabiskan baki kerja sekolahnya, dia hanya tidur selama tiga jam. Sebab itulah pada hari Ahad ini dia masih mengantuk tahap maksima.

"Ala, ummi.. bagi la Kermi tidur lagi beberapa jam. Lepas tu, kalau ummi mahu Kermi temankan ummi ke pasar pagi pun Kermi sanggup." Dia cuba berdalih dan menggunakan taktik lamanya - menemani umminya ke pasar pagi dengan rela hati. Puan Marlisa sudah tergelak sendirian di bawah. "Banyak la kamu punya pasar pagi. Sekarang sudah tengahari tahu! Matahari sudah naik kepala. Bangun cepat!" Dia meninggikan suaranya sedikit. Hanya untuk menggerunkan anak perempuannya. Sejak dari azali lagi cara dia mendidik anak-anaknya senang saja; lembut tetapi tegas.

Kermila mengeluh kecil. Apabila umminya sudah meninggikan suara tanda dia sudah mengeluarkan ketegasannya, maka dia tiada pilihan lain. Lambat-lambat dia memaksa dirinya bangun juga. Matanya masih tertutup. Rambutnya sudah menggerebang seperti nenek kebayan. Dia menguap beberapa kali dan bangkit daripada katilnya. Matanya hanya nampak samar-samar sahaja kerana dia masih lagi mamai. Sebab itulah semasa dia mahu memasuki bilik airnya dia hampir tersadung. "Urgh, dang it!"

Puan Marlisa tergeleng kepala dan tersengih sendiri. Macam-macam lah perangai anak bongsunya itu.

Selepas beberapa minit berada di dalam bilik air, Kermila akhirnya siap. Dia keluar dari bilik air sambil mengelap rambut hitam lebatnya menggunakan tuala. Dia berjalan menuju ke almari bajunya dan mengeluarkan sehelai T-Shirt bewarna hitam dan sehelai legging. Dia lebih selesa memakai pakaian yang casual apabila berada di rumah. Selepas dia siap membelek-belek dirinya di hadapan cermin, dia tersengih dan mengambil telefon bimbitnya lalu terus keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke dapur.

"Morning, ummi." Dia menyapa umminya yang sedang ralik memotong kacang buncis.

"Morning? Kermi tak tengok jam ke apa? Sudah siang tahu." Umminya menjawab. Kermi tersengih. Dia mencapai sebungkus nasi lemak yang sudah berada di dalam bekas. "Overslept. Semalam tidur lambat."

"Habis tu, siapa suruh tidur lambat?"

Kermi mengerutkan keningnya. "Homework la. Apa lagi. Kalau Kermi tak siapkan semalam, harini tak boleh enjoy." Kermi menyengih.

"Enjoy la sangat. Nak pergi mana?" Soal umminya dengan nada tegas.

Kermi tersengih-sengih. Alang-alang umminya sudah bertanya, boleh la dia beritahu terus apa yang kerap bermain di fikirannya sejak semalam. "Harini... ada pesta buku di Mega Mall. Boleh tak... kalau Kermi nak pergi?" Dia akhirnya melepaskan apa yang sudah terbuku di dalam otaknya. Puan Marlisa mendiamkan diri; hanya meneruskan kerjanya iaitu memotong kacang buncis untuk masakkan tengahari mereka. Kermi sudah tidak keruan. Sekejap dia menyuap nasi ke dalam mulutnya, sekejap dia berhenti. Kadang dia menegup air, dan apabila umminya memandang lain, dia menaikkan muka. Orang kata diam itu tanda ya, bagi Kermi diam daripada umminya tanda bahaya!

Puan Marlisa yang sedari tadi mengerling sikap anaknya itu meledak ketawa. Dia menggelengkan kepala melihat telatah anak daranya itu.

"Kenapa ummi ketawa pula? Kermi tak buat lawak pun.." Kermila memandang muka umminya.

"Kermi nak pergi dengan siapa? Walid belum balik dari kerja. Kakak masih di tempat kerja."

Kermi terdiam beberapa saat, kemudian menyengih lagi. Puan Marlisa hanya memerhati. Sebenarnya dia memang izinkan anaknya pergi ke sana kerana kawan baik gadis itu sudah meminta izinnya malam semalam. Sengaja dia mahu menguji kejujuran anak daranya itu.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang