Dear reader, <--- Poyo.
Cerita ni tak ada jalan dia lagi. tapi prolog dia panjang. harap bersabar nak membaca. Jangan tidur pula. Kalau ada idea nak jadikan jalan dia macam mana. sila share. nanti kita sama-sama olah jadi cerita. Okey? ;) Peace
Hai... Nama aku Amran Syauqi Bin Amir Syayuti. Aku ni nak dikatakan Jawa tak juga. Nak kata Melayu tulen pun tak. Senang cerita, bapa daddy aku merangkat datuk aku Jawa campur Bugis manakala nenek aku Bugis campur Banjar. Kalau belah mummy aku lagi teruk. Atuk aku jer dah Melayu campur Banjar campur Inanang. Nanny pulak Melayu campur Belanda campur Pakistan. Last-last aku ni jadi sebatian monochrome. Maka terbit lah wajah yang tak berapa nak handsome.
Umur aku 25 tahun pada tahun 2012 ini. Rezeki aku pada tahun 2012 ni murah. Awal tahun 2012 ini aku dapat tawaran kenaikan pangkat sebagai Pengurus Pemasaran di sebuah syarikat yang telibat di dalam bidang logistik yang terkemuka di Malaysia walaupun aku hanya baru bekerja disitu tak sampai 3 tahun. Maklum saja. Prestasi kerja pemangkin kejayaan. Jangan tak tahu, aku mula kerja di syarikat ni hanya sebagai budak despatch sambilan saja. Yelah, masa tu aku masih lagi belajar. Habis saja belajar, aku diberi kepercayaan untuk berurusan dengan kastam. Kemudian aku ditarik dari bahagian operasi ke bahagian pemasaran. Dari uruskan dokumen tender, kini, aku yang menerajui bahagian pemasaran.
Rezeki aku pada tahun ini bertambah murah bila aku dikurniakan seorang isteri yang telah lama bertahta dihatiku. Kami bertunang apa 11 februari 2012 dan dinikahkan pada 9 Mac 2012. Siapa kata bertuah saja? Ini dinamakan takdir Allah. Woi orang kampong!!! Aku sudah kahwin!!! dengan pujaan hati hamba lagi...yeehaaaa.... haha.. teruja lebih.
Apa? Korang tak kenal pujaan hati beta? Dia belum perkenalkan diri ke? belum? Meh sini nak perkenalkan. Dia ni dah bertahta dihati aku sejak zaman sekolah rendah lagi. Lebih tepat lagi sejak dari darjah satu. Gila tak gila lah... dulu aku pun fikir aku cuma suka, cinta monyet dan bla...bla..bla...tapi ternyata semua itu tidak benar. Aku memang mencintai dia sejak mula lagi. Kira aku memang lelaki paling setia lah di dunia ini...
Pujaan hati aku ini semasa zaman sekolah rendah sama sekolah denganku malah sebaya denganku. Pertama kali aku terpandangkan wajahnya di saat kami beratur pada minggu pertama persekolahan sewaktu kami masih darjah satu. Waktu tu kami dibenarkan duduk sewaktu cikgu sedang berucap. aku lihat dia sedang menguis batu-batu kecil di jalan tar tapak perhimpunan. Mataku tak lepas dari melihat gelagat dan aksinya. Sejak itu, aku selalu mencuri pandang kepadanya. Walaupun masa tu usia kami baru 7 tahun. Cinta tak kenal usia beb.
Memang sudah menjadi tradisi di sekolah ini agaknya. Orang kelas pertama tak boleh berkawan dengan orang kelas bawahnya. Cuba korang fikir, walau aku sudah menginjak ke darjah enam, aku tak pernah sekali pun berbual dengannya. Aku rasa dia tak pernah kenal aku, silap-silap tak pernah perasan aku pun. Bukan aku tak berusahakan untuk mendekatinya, tapi dia tu macam ada pendinding. Beku sepanjang masa.
Aku selalu buat-buat terserempak dengan dia. Sanggup naik ke kelas ikut jalan jauh semata-mata nak lalu depan kelas dia. Tapi bukan kata nak pandang, toleh pun tak. Kalau aku lalu depan dia, tak pernah aku nampak dia pandang ke aku. Pandangan dia merata. Walau aku depan dia dan dia terlanggar aku pun, dia tetap tak pandang aku. Dia lebih suka pandang pokok. Kadang-kadang terfikir juga, dia ni buta ke? Rabun memang lah sebab dia dah pakai cermin mata sejak dari darjah 4 lagi. Tapi takkan rabun sampai tak nampak orang langsung.
Nak kata dia malu dengan lelaki lagi merapu. Kawan-kawan dia hampir semua lelaki. Jarang nampak dia bergaul dengan perempuan kecuali yang dalam kelas dia. Kalau yang bukan budak kelas, yang aku perasan sama saja patern dengan dia. Kasar. Yang lemah lembut tak ada dalam list dia.
YOU ARE READING
Ain Nadira
RandomKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...