Bab 1

1.7K 29 0
                                    

"Okay class, that's all for today. See you next week."

Kedengaran suara riang para pelajar mendengar ucapan dari pensyarah mereka. Tersenyum saja pensyarah itu melihat gelagat pelajarnya. Bukan main bersemangat lagi.

"Thank you Miss!" Ucap mereka sewaktu pensyarah tersebut melangkah keluar dari kelas, diikuti beberapa kumpulan pelajar.

Kelihatan hanya tinggal beberapa orang pelajar sahaja yang masih berada di dalam kelas, masih mengemas buku dan nota-nota. Tak kurang ada juga yang masih lagi bersembang tentang perancangan selepas kelas.

Annur Ayesha sudah selesai mengemas barang-barangnya. Beg sudah tersangkut di atas bahu, buku dan fail dipegang. Dia sedang menunggu rakan-rakannya.

"Cepatlah Misha. Lambatnya kau ni." Ujar Hana tidak sabar.

Hanya tinggal mereka berempat saja di dalam kelas. Yang lain semua sudah beredar. Ada yang pulang ke bilik, ke rumah sewa, ke dewan makan dan sebagainya.

"Dah..dah jom."

Mereka berempat berjalan beriringan menuju ke Kafe Suria yang tak jauh dari bangunan kelas.

Jam menunjukkan 12 tengahari. Kafe itu sudah pun dipenuhi para pelajar yang kebanyakkannya baru selesai kuliah dan menikmati makan tengahari.

Annur Ayesha dan rakan-rakannya mengambil tempat di satu sudut. Mujur ada tempat kosong.

"Fuhh...cantik. nasib baik ada tempat. Jomlah Hana kita pergi beli makanan dulu biar Sha dengan Dira stay. Aku dah lapar sangat ni." Kata Misha. Hana bersetuju.

"Kau tengok tu..dah la lambat lepas tu nak makan tak sabar-sabar." Getus Dira. Annur Ayesha hanya ketawa mendengar omelan Dira.

Misha memang begitu. Ini mesti kes tak sempat sarapan pagi tadi. Itu yang dah macam singa lapar tu tak sabar.

"Ala..biarlah. so, apa plan petang ni. Kelas tak ada."

"Kau nak pergi mana? Aku on je. Tapi tak tau pulak Misha dengan Hana."

"Keluar jom. Aku nak cari novel. Bosan la. Semua aku dah habis baca." Ujar Annur Ayesha. Memang itulah hobinya sejak zaman persekolahan lagi.

Koleksi novelnya tak adalah banyak sangat. Kebanyakkannya dia pinjam dari library, kawan yang sehobi dengannya. Ada jugalah beberapa buah yang dibeli sendiri. Itu sahajalah yang menjadi koleksinya.

"Tak habis-habis dengan novel kau."

Annur Ayesha hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih. Tak lama kemudian dia dan Dira pula membeli makanan.

Seperti biasa Annur Ayesha memilih lauk kegemarannya ayam masak lemak cili padi, sayur kobis serta teh o ais. Dia memang gemar ke kafe ini makanannya sedap-sedap harga pun berpatutan untuk pelajar macam mereka.

"Sha, nak pergi Aeon ke? Jomlah. Aku pun lama tak tengok wayang ni." Kata Hana.

"Haahlah...mana lagi. Okaylah." Annur Ayesha bersetuju.

Dia tidak kisah pun. Lagipun bukan dia yang memandu. Dia pun menumpang saja. Mereka berempat tinggal serumah. Masuk sahaja semester kelima mereka perlu duduk di luar kampus memandangkan kolej diberi kepada pelajar-pelajar baru pula.

* * *

Annur Ayesha terus melangkah masuk kedai buku. Dia terus menuju ke arah bahagian novel. Teruja betul.

Sementara Hana dan Misha pergi membeli tiket wayang. Dira pula menemaninya ke kedai buku.

Annur Ayesha membelek satu persatu novel di hadapannya. Rambang mata. Dia baca sinopsis dahulu. Macam nak pilih baju. Tengok tajuk, kulit buku, yang mana cantik dan menarik di matanya.

Ada beberapa orang di kiri kanannya turut berbuat hal yang sama. Pasti penggemar novel sepertinya juga! Masing-masing leka.

"Dah jumpa yang berkenan?" Soal Dira.

Annur Ayesha mengangguk. Dicapai dua buah novel yang menarik minatnya lalu dia terus ke kaunter pembayaran.

"Jom. Dorang dah tunggu kita kat sana. Lagi 10 minit cerita start." Ujar Dira sambil membelek screen telefonnya membaca whatsapp dari Misha.

"Amboi..pantas sungguh" kata Annur Ayesha. Terkocoh-kocoh dia membuntuti langkah Dira sambil memasukkan purse ke dalam begnya.

Gedebuk!!

Annur Ayesha terjelepok jatuh. Dira yang sudah ke hadapan berpatah balik mendapatkannya. Annur Ayesha mengusap-usap lengannya.

Aduhai drama apa pulak ni? Entah dengan siapa dia terlanggar. Malu betul dah macam dalam drama tv orang sekeliling memandang ke arahnya. Sudahlah scene itu betul-betul berlaku di hadapan pintu kedai. Dira tolong mengangkat bungkusan novel milik Annur Ayesha.

"Hoi , buta ke?"

Kasar suara itu. Garau. Suara lelaki. Annur Ayesha mengangkat wajah untuk melihat pemilik suara. Macam kenal. Memang kenal!

Alamak..kenapa mesti mamat ni???

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now