Bab 35

336 7 1
                                    

Pagi ini Annur Ayesha bangun awal. Badannya terasa lemah lagi. Selepas mandi dan segarkan badan, Annur Ayesha terus turun ke dapur.

Pagi-pagi lagi Firdaus sudah menyiapkan sarapan buatnya. Kebiasaannya bila hari minggu dia sendiri yang menyediakan sarapan untuk mereka. Tapi hari ini Firdaus mengambil alih tugasnya.

"Jemput makan sayang. Makan banyak ya biar cepat sihat." Ujar Firdaus sambil tersenyum. Annur Ayesha memerhatikan makanan di atas meja ada roti bakar, bihun goreng, kuih apam dan segelas susu.

Nampak saja kelibatnya ditangga tadi, Firdaus cepat-cepat menghampirinya lalu memimpin tangannya dan bawa ke meja makan. Annur Ayesha geli hati juga tapi ditahan. Romantik juga Firdaus, fikirnya.

"Makan kenyang-kenyang sayang. Kalau masih tak selera lagi, jamahlah sikit. Semalam tak makan apa-apa pun." ujar Firdaus sambil mencedukkan sesenduk bihun ke dalam pinggannya.

Annur Ayesha mengangguk dan tersenyum nipis. Kalau ikut tekaknya dia masih belum berselera. Tapi bila fikir akan kandungannya, Annur Ayesha akur.

Kandungan? Ya, baru dia teringat Firdaus masih belum tahu akan keadaan dirinya yang berbadan dua. Entahlah, Annur Ayesha belum bersedia hendak berkongsi berita itu. Tapi dia amat yakin Firdaus pasti sangat gembira jika mengetahui tentangnya. Sementelah, dia tahu Firdaus sukakan kanak-kanak dan tak sabar menimang cahaya mata sendiri.

Tersenyum lebar Firdaus melihat dia menjamah makanan tadi. Firdaus juga turut makan dengan berselera sekali.

"Abang masak ke?" Soal Annur Ayesha cuba memecahkan keheningan suasana.

Firdaus tersengih lalu mengangguk.

"Abang masak je apa yang ada dalam peti ais tu. Kuih tu abang beli je dekat gerai depan lepas subuh tadi. Sorry kalau tak sedap abang masak."

Annur Ayesha tersenyum saja. Boleh tahan juga rasanya. Pandai juga Firdaus memasak.

"Oh ya, abang ada call Mama dan Abah beritahu keadaan sayang. Mama risau juga, esok lusa baliklah tu. Mama dan Abah kirim salam pada sayang."

"Waalaikumussalam.." jawab Annur Ayesha.

Annur Ayesha makan tidak banyak. Segelas susu tadi diteguk hingga setengah. Firdaus juga sudah selesai makan. Annur Ayesha ingin bantu mengemas meja tetapi dihalang Firdaus. Firdaus membenarkannya berehat. Lalu, Annur Ayesha terus menuju ke ruang tamu.

Beberapa minit kemudian, Firdaus muncul di ruang tamu.

Annur Ayesha pula sudah terlena di sofa. Firdaus memandang hairan. Sakit apa isteri aku ni? Hatinya mulai risau.

"Sayang..bangun. Sakit kepala lagi? Kita pergi klinik? mama pesan pada abang..kena periksa keadaan sayang."

Annur Ayesha membuka mata lalu menggelengkan kepalanya. Sebenarnya dia tak  ingin Firdaus tahu 'rahsia' itu. Dia belum bersedia.

Firdaus mengeluh kecil. Tahu kedegilan Annur Ayesha. Dia juga tak ingin memaksa, tapi dia risau juga.

"Sha dah okay." ujar Annur Ayesha.

"Okay?? Muka pucat macam ni, badan tu tak bermaya. Makan kurang. Okay ke macam tu sayang?" Soal Firdaus kembali.

Annur Ayesha yang tadi berbaring terus bangun dan menghadap Firdaus. Jujur badannya lemah sangat. Teruk juga alahannya.

"Janganlah degil sayang. Okaylah..abang minta maaf. Abang tahu abang yang salah." tiba-tiba saja Firdaus berkata begitu.

Sudah berulang kali Firdaus meminta maaf padanya. Walhal dia juga bersalah telah membuat Firdaus tersinggung akan kenyataannya. Tengah malam semalam, Annur Ayesha terjaga dan dia melihat Firdaus sedang solat sunat. Dia memerhatikan saja sehingga Firdaus selesai solat. Hati Annur Ayesha tersentuh tatkala mendengar bait-bait doa Firdaus.

"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku, kedua orang tua ku yang telah menjaga dan mendidikku selama ini, berikanlah mereka kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan. Ya Allah, KAU ampunilah segala dosa-dosaku..ampunkan segala kesilapanku sebagai seorang hamba, anak dan suami. Ampunilah aku kerana aku telah mengabaikan isteriku, amanahMU. Ampunilah segala dosa isteriku..Annur Ayesha..semoga dia menjadi isteri yang solehah untukku. Berikanlah dia kesihatan yang baik..sembuhkanlah dirinya. Ya Allah, aku memaafkan segala kesalahannya terhadapku. Ya Allah Yang Maha Besar, kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..semoga dapat menjadi permata indah yang akan mengeratkan hubungan kami suami isteri..Aamiin Ya Rabbalalamin.."

Jujur dia begitu tersentuh. Air matanya mengalir mendengar setiap bait perkataan itu. Annur Ayesha juga rasa tidak adil untuk Firdaus sebab dia juga turut bersalah. Tapi entah kenapa dia benar-benar terasa hati dengan Firdaus.

Sepanjang hubungan mereka dingin, Firdaus sering saja menjarakkan diri mereka. Bercakap pun sepatah dua. Masing-masing ego.  Annur Ayesha tahu dia bersalah, tapi Firdaus juga langsung tidak memujuk. Pulang kerja pun sering lewat atas alasan sibuk bertemu klien. Itu dia tidak gusar, apa yang membuat dia resah Firdaus tidak sendiri kerana Sarah sering mengikutnya ke sana ke mari.

"Sha nak naik ke bilik dulu abang. Sha nak berehat. Kepala berat sangat. Sha nak tidur." ujar Annur Ayesha sudah berdiri. Firdaus terdiam. Tak tahu bagaimana lagi hendak memujuk isterinya itu ke klinik. Dia tahu Annur Ayesha merajuk.

Firdaus terfikirkan satu idea.

"Okay..kalau tak nak pergi klinik, abang call doktor ke rumah ya?"

Terhenti langkah Annur Ayesha. Dia memandang wajah Firdaus.

"Tak perlu abang. Lepas makan ubat okaylah ni." balasnya. Firdaus diam.

"Okay. Jom abang hantar ke atas." ujar Firdaus lalu memimpin tubuh genit Annur Ayesha. Isterinya itu tidak membantah. Dia malas hendak memaksa lagi. Hubungan mereka baru saja hendak jernih.  Degil benar gadis itu. Jalan pun terhuyung-hayang tapi masih lagi hendak berdegil. Firdaus turutkan saja kali ini. Tapi kalau keadaannya masih tak berubah, dia sendiri akan dukung Annur Ayesha bawa ke klinik!

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now