Bab 2

893 19 0
                                    

Lelaki tadi yang terjatuh turut bangun dibantu seorang rakannya. Merah padam wajahnya menahan marah.

"Sabar... Istighfar." Rakannya menenangkan. Serta-merta lelaki itu beristighfar. Tidak sedar dalam keterlanjuran kata-katanya.

Melihat gadis dihadapannya itu tanpa ada rasa serba salah membuatkannya bertambah geram. Dia mengurut-urut dadanya.

"Sorry tak sengaja." Ucap bibir kecil Annur Ayesha. Selamba dia membetulkan blouse sendatnya dan lilitan shawlnya yang sudah senget dihadapan sekumpulan lelaki itu. Serta-merta mereka melarikan pandangan. Annur Ayesha ini selamba badak dia aje!

Lelaki yang dilanggar tadi dia pandang sekilas. Annur Ayesha menjelingnya tajam.

"Lain kali jalan guna mata ya cik. Bukan guna hidung." Ringkas dan mendatar suara lelaki itu. Tapi itu sudah cukup menyakitkan hati Annur Ayesha.

Dira hanya terpinga-pinga memerhatikan mereka. Dia kenal budak-budak lelaki itu. Mereka juga pelajar satu kampus dengan mereka.

"Hey, aku dah minta maafkan. Kau jangan nak lebih-lebih." Marah Annur Ayesha geram.

Lelaki tadi berpeluk tubuh. Mujurlah ada rakan-rakannya kalau tidak habis tak terkawal rasa amarahnya. Cepat-cepat dia beristighfar di dalam hati.

"Sudahlah tu. Bawa bersabar. Jangan ikutkan rasa marah. Mainan syaitan tu akhi. Mungkin benar cik ini tak sengaja. Baiklah cik, maafkan sahabat saya ini. Saya rasa semuanya dah selesai." Ujar salah seorang rakannya.

Annur Ayesha tersenyum sinis. Tak lama kemudian dia menarik tangan Dira dan terus berlalu meninggalkan mereka di situ. Dira terus membuntuti langkah Annur Ayesha. Sehingga dia memperlahankan langkahnya. Semput nafasnya. Annur Ayesha fikir dia troli pasar raya ke tarik ke sana sini?

"Eh stop..stop. beb, aduh sakit tangan aku. Duduk kejap."

Dira sudah duduk dibangku berdekatan. Tercungap-cungap nafasnya. Air mineral di dalam beg dikeluarkan. Diteguknya laju.

Annur Ayesha hanya tersengih.

"Fuh..lega tekak aku. Kau ni kenapa? Kau kenal ke mamat tu? Dorang tu bukan budak-budak kelab insan ke dekat kampus kita?"

Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir Dira.
Mahu dia tak kenal. Kenal sangat dengan lelaki itu. Punyalah banyak tempat dekat Melaka ni, mengapalah di sini juga dia boleh terjumpa mamat tu?

Tak pasal-pasal dia mendapat malu. Terjatuh macam nangka busuk dekat depan orang ramai pula tu. Orang berkumpul sekeliling mereka dah macam menonton drama akasia petang-petang.

"Yela..budak-budak usrah, kelab insan kampus kita. Kau tak nampak ke muka-muka suci dorang tu?"

Annur Ayesha tertawa kecil dengan kata-katanya.

"Isy kau ni. Tak baik tau cakap macam tu. Dorang budak baik apa." Sangkal Dira. Jelas tak senang dengan kata-kata Annur Ayesha. Annur Ayesha mencebik.

Tapi yang pasti, Annur Ayesha bukan marah mereka tapi lelaki yang dia langgar tadi. Setahunya lelaki itu merupakan senior mereka. Pelajar jurusan perniagaan. Wah, banyak juga yang Dira tahu.

"Eleh...baiklah sangat. Elok sangatlah tu sibuk tepi kain orang" dengus Annur Ayesha.

Ya lelaki itulah. Sibuk sangat menegur itu ini tentang dirinya. Macamlah diri tu sudah cukup baik. Dira hanya terpinga-pinga. Tak faham dengan apa yang cuba Annur Ayesha cuba sampaikan.

"Eh dahlah jom! Nanti aku cerita. Cepatlah dorang dah tunggu."

Tak sempat Dira berkata apa tangan Dira terus ditariknya. Dira pasrah. Sekali lagi dia menjadi troli Annur Ayesha.

* * *

"Fir kau okay tak ni?" Tegur Lutfi mendekati Firdaus yang sedang duduk dibangku diluar. Dia memandang wajah Firdaus yang kelat. Pastinya gara-gara gadis tadi.

Firdaus tersenyum nipis.

"Aku okay. jangan risau. Eh tak join dorang ke? Tadi kata nak cari buku." Firdaus mengubah topik.

"Kau kenal gadis tadi?" Soal Lutfi ingin tahu. Dia lihat wajah Firdaus seperti menyembunyikan sesuatu darinya. Bukan sekejap dia mengenali Lutfi. Semenjak semester satu lagi dia mengenali Lutfi semasa sama-sama menyertai kelab insan. Sejak itu mereka jadi kawan rapat.

Ah, sudah. Ini yang dia lemah. Kalau boleh dia tak mahu berbahas tentang gadis itu. Dia baru hendak menenangkan hatinya.
Geram sungguh dia. Habis batal air sembahyangnya.

Tadi dia dan rakan-rakan seusrahnya bercadang ke kedai buku sebentar sementara menunggu waktu solat Asar.

"Dia tak sengaja tu. Takpe, wudhu boleh ambil lagi. Jangan ikutkan perasaan. Kau ni dengan perempuan pun." Ujar Lutfi lembut sambil tersenyum. Tahu benar sikap Firdaus.

Firdaus termalu sendiri. Dia bukan marah sangat tentang wudhunya batal. Bukan sengaja pun dia bersentuhan dengan gadis itu. Tapi melihat saja wajah Annur Ayesha dia rasa geram tiba-tiba. Masih dia tidak lupa kejadian itu. Tamparan Annur Ayesha masih terasa dipipinya.

"Minta maaf Lutfi. Aku tak dapat kawal tadi. Astaghfirullahalazzim." Firdaus meraup wajahnya.

Lutfi hanya menepuk-nepuk bahu lelaki itu.

"Kau rasa salah ke kalau aku tegur benda yang dah terang-terang haram lagi berdosa?" Firdaus menyoal tiba-tiba. Lutfi pelik. Perkara apa yang menganggu fikiran lelaki itu?

Bukankah Firdaus sudah pakar bab begitu. Apatah lagi, Firdaus sendiri yang membahaskan tajuk usrah tentang cara teguran dengan adik-adik usrah mereka.

"Allahuakbar..fir. dah memang tanggungjawab kita sebagai muslim menegur benda yang salah. Tapi kau sedia maklumkan, menegur haruslah kena pada caranya." Lutfi menjawab tenang.

Firdaus menarik nafas panjang.

"Aku dah tersilap Lutfi." Pendek kata-kata Firdaus.

"Hah? Maksud kau???"

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now