Bab 29

374 6 0
                                    

"Assalammualaikum Sha! Apa khabar?" Suara ceria menyapa telinga Annur Ayesha. Lebar senyumannya.

"Waalaikummussalam..kak Suhaiza! Alhamdulillah Sha sihat..akak apa khabar? Mak Long sihat?" balas Annur Ayesha. Gembiranya dia dapat panggilan daripada Suhaiza. Sudah lama mereka tidak berhubung, lantaran masing-masing sibuk dengan kerja.

"Alhamdulillah sihat. Mak Ngah dengan Pak Ngah apa khabar?" 

"Sihat, Alhamdulillah kak. Rindunya kak..bila nak jumpa lagi?"

"Itulah yang akak telefon ni. Sorry la ganggu Sha tengah kerja. Akak pun tengah kerja. Curi masa kejap call Sha. Dari sehari ke sehari nak call asyik terlupa je."

Annur Ayesha tergelak kecil. 

"Tak apalah kak. Sha pun tengah take five ni,  ada dekat pantry. ni..hadap komputer je memang taklah. sakit mata, sakit kepala. By the way, ada sesuatu ke kak? Happy je dengar suara ni, ehemmm.." usik Annur Ayesha.

Kedengaran gelak tawa Suhaiza di hujung talian. 

"Aduhai, Sha ni.. macam tau-tau je kan? Okay, memang tujuan akak call ni nak bagitau la ni. Jemput datang rumah hujung bulan ni, akak nak bertunang. Mak Long dah call Mak ngah. Cuma akak sendiri nak bagitau Sha. Sha orang pertama tau akak bagitau."

Mendengar kata-kata Suhaiza, Annur Ayesha terus tersenyum lebar. Dia mengucapkan syukur di dalam hati. Tumpang gembira dengan berita yang didengarnya itu. Akhirnya sampai juga jodoh kak Suhaiza. Alhamdulillah.

"Alhamdulillah, tahniah kak! orang mana tu? kerja apa? Bila kenal?" teruja Annur Ayesha menyoal. Suhaiza tergelak kecil.

"Alhamdulillah..terima kasih Sha. Orang JB. Tapi kerja dekat KL..cikgu Sha. Kenal pun tak lama. Kawan akak yang kenalkan. Kira kenal kawan atas kawan. Katanya kawan dia ni nak mencari jodoh. Dah terbuka hati akak. Pertama kali jumpa, terus suka. terus ajak kahwin..nak tunggu apa lagi kan?" Sempat Suhaiza berseloroh. tergelak Annur Ayesha mendengarnya. Jodoh rahsia Allah. Dia tumpang gembira dengan kakak sepupunya itu. Mendengar suara Suhaiza, dia tahu wanita itu amat gembira. 

Mereka berborak sebentar, beberapa minit kemudian Suhaiza menamatkan perbualan. Annur Ayesha kembali ke meja kerjanya dan menyambung semula kerja yang tertangguh. Hilang rasa penat dan mengantuk tadi. Tak sabar nak berjumpa kak Suhaiza.

* * *

Tengahari, Annur Ayesha keluar bersama Dira. Kebetulan Firdaus juga sibuk dengan projeknya. Sibuk jumpa dengan clientnya. Mengeluh juga Annur Ayesha. Tetapi dia cuba tenang dan memahami kesibukan Firdaus. Dia dan Dira berjumpa direstoran berdekatan dengan bangunan pejabatnya saja. 

Sampai sahaja di restoran yang dijanjikan tadi, alangkah terperanjatnya Annur Ayesha melihat seorang lelaki ada bersama Dira. Hakim! 

Annur Ayesha terkaku sebentar, dia ingin berpatah balik tapi mana mungkin. Dira sudah melambai-lambaikan tangannya. Hendak tak hendak Annur Ayesha pergi juga ke arahnya di satu sudut restoran itu. Lambat-lambat dia melangkah. Memang tak senang hatinya. Ya, dia memang sudah memaafkan Hakim. Tapi dia tak bersedia lagi nak berjumpa, berborak macam biasa. Cukuplah sewaktu mereka berjumpa beberapa bulan yang lalu. 

Sampai sahaja di meja itu, Hakim dengan gaya gentlemannya bangun dan menarik kerusi untuk Annur Ayesha. Annur Ayesha kurang selesa tapi dia serba salah pula. Dira hanya tersenyum seperti tak ada apa-apa yang berlaku. hendak dimarah, kawan. Nanti kecil hati pula. Yang menjadi persoalannya sekarang Hakim buat apa disini? Untuk apa? Takkan semata-mata nak lunch bersamanya dan Dira? Dira ke yang merencana semua ini? Motif? Pelbagai persoalan berlegar-legar diminda Annur Ayesha. 

"Hai, Ayesha. tak kisahkan kalau I join sekali lunch dengan korang berdua?" Hakim memulakan bicara. Dia tersenyum saja. Annur Ayesha saja yang jadi kekok. Annur Ayesha diam. Nak kisah macam mana, aku dah ada dekat sini pun takkan tiba-tiba nak lari pula. Desis hati Annur Ayesha.

Annur Ayesha hanya tersenyum nipis menahan rasa resah di dada. Dia risau. Risau jikalau Firdaus ada di mana-mana dan melihat dia bersama Hakim. Dira! Kenapa tak cakap dengan aku? Soalan itu disampaikan melalui isyarat mata saja.

Dira tersengih-sengih. Geram pula dia tengok.

"Okay, let me explain. Dia call aku tiba-tiba beb. Aku memang dah sampai sini, tak sempat aku cakap apa-apa dia minta aku share location semua. Ya salah aku sebab bagitau nak lunch dengan kau. Dia yang offer diri sendiri. Aku tak boleh buat apa. janganlah marah aku Sha...aku speechless. Tak tau nak cakap apa. Serba salah." Ujar Dira semasa Firdaus beredar ke washroom sebentar.

Annur Ayesha terdiam. Dia mengeluh kecil. Dia bukan nak marah pun. Tapi, yalah. Kalau Firdaus nampak macam mana? Annur Ayesha tak ingin fikir bukan-bukan. Dia cuma tak nak Firdaus salah sangka. Dia juga tak nak salahkan Dira. Kenal sangat perangai Dira yang gelabah tu. Annur Ayesha tersenyum saja. Tak lama kemudian, Hakim kembali ke meja. Selesai membuat pesanan, mereka berbual. Kurang sedikit rasa janggal kerana Hakim berbual seperti biasa saja. Seperti kawan-kawan lain.

"Eh husband you kerja sini juga kan? Siapa ya nama dia maybe I kenal. Yalah bukan besar sangat pun dunia ni. Pi mai pi mai tang tu jugak!" Hakim berseloroh. Annur Ayesha tersengih. Dira pula sedang enak menikmati makanan tengaharinya.

"Ya. Nama dia Firdaus. Firdaus Zikri Zulkifli. You kenal ke?" Soal Annur Ayesha.

"Firdaus? Dia Project Manager kan?" Annur Ayesha mengangguk.

"Kecilnya dunia. Kenal sangat. Kami pernah jumpa dalam satu projek ni. Tak sangka pula dia suami you rupanya. Kebetulan, bulan depan pun I kena jumpa dia lagi." ujar Hakim.

Terpempam Annur Ayesha. Aduhai, masalah baru ke ni? Masaklah dia Firdaus dan Hakim saling kenal. Bermakna mereka akan tetap berjumpa jugak walaupun dia cuba elak. Dira yang dari tadi melopong saja mendengar perbualan mereka. 

Tak ada apa-apa yang serius dalam perbualan mereka. Hakim langsung tak menyentuh lagi hal-hal yang lalu. Annur Ayesha menganggap Hakim sudah terima keadaan mereka. Sekarang mereka hanyalah kawan sahaja. Mereka hanya berborak-borak kosong, lebih kepada perihal kerja masing-masing. Dira pun turut rancak berborak. Maklumlah, Dira ni memang kecoh sikit. Tapi kelakar. Memang terhibur ada kawan macam Dira ni. 

Selesai makan, Hakim meminta diri dan mengucapkan terima kasih kerana sudi makan bersama-sama. Dira juga kembali ke tempat kerjanya. Annur Ayesha menarik nafas panjang. Dia juga kembali ke pejabatnya. 

Semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat, dia mendapat satu panggilan. Firdaus! Annur Ayesha tersenyum. Segera dia menjawab panggilan suaminya.

"Assalammualaikum. Annur dekat mana sekarang?" mendatar saja suara Firdaus dicorong telefon. Ada sedikit getaran dalam nada suaranya. Annur Ayesha menelan air liur yang terasa pahit. 

"Waalaikummussalam, ya abang. Sha nak balik office dah ni? Abang dekat mana? dah lunch?" Soal Annur Ayesha cuba berlagak ceria. Walhal jantungnya sedang berdebar-debar.

"Annur lunch dengan siapa tadi?"

Annur Ayesha terus terdiam. Bibirnya terkunci.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now