Bab 10

499 12 0
                                    

Entah kenapa, malam ini hatinya bergetaran hebat. Debarannya kian memuncak. Esok adalah hari keramat buatnya. Esok statusnya akan bertukar. Annur Ayesha tidak dapat melelapkan mata lagi. Dipandangnya rakan-rakannya satu persatu yang sedang enak diulit mimpi. Mereka tidur sebilik. Sudah disuruh tidur diblik tetamu tetapi mereka enggan, katanya hendak bermanja dengannya kerana selepas ini dia sudah berkahwin. Dira tidur disebelahnya. Manakala Hana dan Misha pula tidur dibawah beralaskan tilam tebal yang memang dibeli khas untuk tetamu dirumahnya. Mujurlah biliknya itu besar.

"Beb, tak tidur lagi, dah pukul berapa ni..pukul 11 dah?" entah bila masa Dira disebelahnya terjaga. Kesamaran cahaya lampu tidur menampakkan wajah mamai Dira yang mengenyeh matanya melihat jam ditelefon pintarnya. Annur Ayesha memalingkan badannya menghadap Dira.

"Tidurlah. Esok kau nak jadi pengantin tau. Nanti mata lebam pula. Jadi pengantin panda." Sempat lagi Dira mengusiknya. Annur Ayesha tersengih. Mereka bercakap perlahan saja tak mahu menganggu Hana dan Misha yang lena dibuai mimpi. Mungkin masing-masing sudah sampai ke London dan Korea. Maklumlah si Hana itu hantu kpop!

"Dah pejam. Tak dapat lelap. Temankan aku sekejap? Kalau kau nak tidur tak apa. Kau mengantukkan. Aku nak turun bawah sekejap..minum air." Ujar Annur Ayesha sudah bangun dari katil dan menyarung tudung. Dira tak berkata apa terus membuntuti langkah Annur Ayesha. Dia kalau sudah terjaga memang susah hendak tidur balik. Lagipun dia ingin menemani Annur Ayesha. Kesian pula.

Mereka menapak perlahan menuruni anak tangga. Sunyi saja. Semua sedang nyenyak tidur. Barangkali keletihan yang amat berhempas - pulas mengemas untuk majlisnya esok. Lampu dapur dipetik. Annur Ayesha sudah membancuh dua cawan nescafe. Eh, si Sha tak nak tidur ke apa? Dengan nescafe bagai. Desis hatinya. Tapi tak pula dia menolak. Dia minum sedikit. Terus segar matanya menikmati nescafe panas itu. Mereka duduk diruang dapur yang sunyi itu.

"Dira, aku tak rasa keputusan yang aku buat ni tepatlah. Hmm."

"Apa kau cakap ni? Kau jangan main-main Sha. Esok tau majlis kau. Jangan buat hal." Tegas Dira bersuara. Dia tahu Annur Ayesha itu bukannya boleh berlembut sangat. Gadis itu keras kepala.

"Aku rasa nak lari."ujarnya lagi membuatkan Dira menjegilkan biji matanya.

"Kau gila?!" Dira sudah separuh menjerit. Tapi suaranya diperlahankan agar tak didengari orang.

"Kau tak faham. Semua orang tak faham." Nada suara Annur Ayesha sudah berubah. Tubir matanya juga sudah bergenang dengan air mata. Dira terdiam seketika. Dia memandang wajah Annur Ayesha dihadapannya itu. Perlahan tangan sahabatnya itu dicapai dan digenggam perlahan. Serta-merta air mata gadis itu tumpah.

"Ya Allah, Sha...kau nak kahwinlah. Bukan nak pergi berperang. Janganlah menangis macam ni." Pujuk Dira. Entah kenapa Annur Ayesha terasa lucu pula. Ada dia samakan kahwin dengan perang? Entah apa-apa saja si Dira ni.

"Aku tak nak kahwin dengan dia. Dia tu dah macam abang aku. Macam mana aku nak hidup dengan dia?" soal Annur Ayesha. Esakannya sudah terhenti. Sisa air mata dikesat perlahan. Dia mendengar keluhan Dira.

"Beb, boleh tak..dalam satu masa tu kau fikir. Apa yang jadi ni semua memang dah tertulis untuk kau. Kau kena redha." Dira bersuara serius. Pelik pula dia. Dira orang yang gila-gila kepalanya boleh serius tiba-tiba begitu. Gaya macam ustazah pun ada.

"Tapi..macam mana? Aku tak boleh.."

"Ya, aku faham perasaan kau. Kau kena belajar sesuaikan diri dengan dia. Lagipun, bukan kau rapat dengan diakan dulu? Mama kau yang cerita. Korang berdua memang macam belangkas." Dira sudah tersenyum-senyum. Merona merah wajah Annur Ayesha. Hisy, mama ni!

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now