Bab 39

337 4 0
                                    

Selepas 3 hari dirawat di hospital, Annur Ayesha dibenarkan pulang. Oleh kerana Firdaus ingin memastikan keadaannya benar-benar stabil, Firdaus meminta Annur Ayesha cuti tanpa gaji selama dua minggu. Risau benar Firdaus terhadapnya. Sejak mengetahui tentang kehamilannya, satu kerja pun Firdaus tak beri dia buat. Semuanya dilakukan Firdaus. Annur Ayesha hanya duduk dan berehat saja.

"Sayang, habiskan susu ni. Untuk kesihatan sayang dan baby juga kan? Habiskan okay? Abang nak ke keluar sekejap. Kejap je. Nanti abang balik." Ujar Firdaus sambil tersenyum dan kemudian berlalu pergi.

Annur Ayesha tersengih saja. Mama mengerling sambil terkekeh ketawa.

"Nampak tak tu..sayang benar dia pada Sha." Ujar Mama.

Annur Ayesha tersenyum sambil meneguk sedikit segelas susu ditangannya.

"Mujurlah Fir balik rumah hari tu. Kalau tidak entah apa jadi pada Sha..cucu mama ni. Hmm. Sha ni degil sangat. Nak jadi mak orang dah. Janganlah perangai macam ni lagi. Risau mama tau."

Annur Ayesha tertawa.

"Okay ma..Sha minta maaf. Sha tau sha yang salah tak bagitau abang..mama dan abah. Promise tak buat lagi." Ujar Annur Ayesha sambil mengucup pipi Mama. Mama membalas mesra sambil mengusap kepala Annur Ayesha.

"Jaga diri tu baik-baik. Dengar cakap suami. Waktu macam ni satu peluang tau untuk Sha. Minta ampun maaf pada suami. Banyak berzikir...berdoa. semoga dipermudahkan urusan sampai melahirkan anak nanti. Ingat pesan mama ni."

Annur Ayesha mengangguk sambil tersenyum nipis. Sedar dia terlalu banyak melukakan hati Firdaus. Berdosanya aku!

Jam 5.30petang,

Firdaus muncul dimuka pintu. Usai memberi salam dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Abah dan Mama sedang menikmati minum petang di dapur.

"Fir, mari minum sekali." Panggil Abah.

Demi menghormati permintaan orang tua, Firdaus melangkah ke meja makan. Matanya melilau juga mencari kelibat isterinya.

"Minum dulu. Mama ada buat kuih apam ni tadi." Ujar Mama sambil menghulurkan secawan teh o panas kepadanya.

"Rajinnya mama. Sedap pulak tu." Puji Firdaus.

"Tu..sha tu teringin katanya. Rindu air tangan mama. Elok-elok dah siap..dia makan sikit je. Katanya dia mengidam benda lain. Bila ditanya tak dijawab. Terus naik ke atas katanya letih."

Firdaus diam. Ditangannya ada sebungkus plastik tergenggam kemas.

"Apa yang kamu beli tu?" Soal Abah.

"Oh ni..Annur punya mama..Abah. Kalau macam tu, Fir minta diri dulu ya ma abah..nak tengok Annur sekejap."

"Eloklah tu. Dia makan pun sikit je tadi. Fir, lepas maghrib nanti ada bacaan Yaasin dekat masjid. Pergi sekali dengan Abah ya? Boleh sedekah kuih apam ni sekali. Mama buat lebih." Ujar Abah.

Firdaus mengangguk dan terus naik ke atas.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Annur Ayesha sedang lena tidur. Perlahan Firdaus mendekati isterinya. Bungkusan tadi diletakkan di atas meja.

Entah kenapa, Firdaus merasa sayu. Terasa menyesal dengan sikap dinginnya terhadap Annur Ayesha tempoh hari. Dia tahu isterinya itu terasa hati. Tapi Firdaus tetap dengan egonya. Mengasingkan diri sehingga mengasingkan tempat tidur. Dia kesal. Sedangkan, dia sepatutnya merendahkan egonya waktu itu. Benar kata Lutfi, perempuan hatinya tidak sama dengan apa yang dia luahkan.

Firdaus berbaring disebelah Annur Ayesha. Mengusap perlahan kepala gadis itu. Lalu dia memeluk tubuh itu dari belakang. Tangannya diletakkan di atas perut Annur Ayesha.

Firdaus senyum. Seakan mimpi untuknya. Annur Ayesha sedang mengandungkan anak sulung mereka. Dia amat bersyukur sekali.

"A..abang..dah balik?"

Terasa ada yang memeluk pinggangnya, Annur Ayesha terjaga dari lena. Dia toleh saja, Firdaus sedang tersenyum manis kepadanya.

"Sorry sayang..dah petang ni. Tak elok tidur. Kejap lagi nak maghrib. Bangun ya." Tutur Firdaus lembut. Annur Ayesha tersenyum. Dia memisat-misat matanya.

Firdaus baru hendak bangun tetapi Annur Ayesha menghalang. Terus dia dakap tubuh Firdaus erat. Tercengang Firdaus sebentar. Tapi dia biarkan saja.

"Terima kasih abang. Boleh tak Sha nak peluk abang sekejap?" Manja Annur Ayesha bertanya.

Firdaus tertawa kecil.

"Nak lama-lama pun boleh sayang. Abangkan suami sayang. Manjanya dia ni. Ni dalam perut ni baby girl ke ni?" Gurau Firdaus sambil mengusap perutnya yang masih belum berapa kelihatan lagi. Annur Ayesha turut tertawa.

"Abang nak baby girl ke baby boy?" Soal Annur Ayesha.

"Erm..tak kisah lelaki ke perempuan sayang. Asalkan..anak kita sihat walafiat. Dan yang penting..umminya ni kena sihat juga. Kena makan banyak. Boleh?"

Annur Ayesha mengangguk. Firdaus seraya mengucup dahi Annur Ayesha perlahan dan lama. Terasa perasaan kasih dan sayang mengalir dihatinya..Annur Ayesha rasa bahagia.

"Jom makan. Cuba teka abang beli apa?" Soal Firdaus.

"Ala..tak naklah main teka-teka."

"Okay okay..sikit je. Tekalah sekali. Benda yang paling sayang idam nak makan."

"Ish..banyak yang Sha idam tau. Durian, char kuey tiaw..laksa johor..ABC, cendol. Haa dah tau..abang mesti beli cendolkan?"

Firdaus ketawa. Bungkusan tadi dicapai dan dihulurkan kepada Annur Ayesha. Annur Ayesha terus menyambut huluran itu.

"Bubur marrybrown????"

Tersenyum lebar Annur Ayesha.

"Ya sayang. Sayang teringinkan hari tu? Ingat tak. Sampai menangis dia tak dapat makan. Abang ingat tau sayang. Tapi sorry lambat."

Entah tiba-tiba Annur Ayesha sayu hati. Tak semena-mena mengalir air matanya. Memang tekaknya teringin sangat waktu itu. Tak sangka Firdaus tak lupa.

"La..apa menangis ni. Tak baik depan rezeki ni. Mari abang suapkan..panas lagi ni sayang. Nanti dah sejuk tak sedap." Pujuk Firdaus sambil mengesat air mata Annur Ayesha.

"Abang tak makan?"

"Abang dah makan tadi. Sayang ni kena makan. Okay?"

Annur Ayesha menggeleng.

"Tak nak makan kalau abang tak makan." Rajuknya.

Firdaus tertawa melihat telatah keanakkan Anur Ayesha. Tapi dia layankan saja.

"Okay kita makan sama-sama tau. Bismillah sayang."

Mereka berdua berkongsi mangkuk bubur itu bersama-sama. Bahagia sekali perasaan yang dirasakan waktu ini. Firdaus amat berharap semoga perasaan ini berkekalan sehingga akhir hayatnya.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now