Bab 37

344 5 0
                                    

Firdaus pergi kerja seperti biasa, tapi hatinya tidak tenang. Pagi ni sekali lagi Annur Ayesha muntah-muntah lagi. Bila ditanya Annur Ayesha hanya menjawab perutnya masuk angin dan migraine. Lantas dia menyuruh Annur Ayesha berehat saja di rumah dan ambil cuti sakit. Dia sebenarnya risau sebab keadaan Annur Ayesha makin merosot. Dia tak boleh biarkan begitu walaupun isterinya itu sendiri menolak keras supaya tak perlu dibawa ke klinik. Tapi dia perlu lakukan sesuatu.

Gusar hatinya tadi hendak meninggalkan Annur Ayesha berseorangan di rumah. Tetapi isterinya itu berkeras menyatakan dia ingin berehat saja dan tidur. Firdaus terpaksa turutkan jua.

Sampai saja di pejabat, Sarah menyambut kedatangannya seperti biasa, ceria. Firdaus buat biasa saja. 

10 minit kemudian, Sarah muncul diruangan pejabatnya sambil menatang secawan kopi. Firdaus menyambutnya dan mengucapkan terima kasih.

"Firdaus, hari ni ada 3 appointment, dua pagi ni dan satu lagi sebelah petang. Make sure on time." Sarah memulakan tugasnya seperti biasa. Firdaus hanya mengangguk. Lama dia terdiam.

"Hello....Fir?" Sarah menghentikan lamunannya sambil melambaikan tangannya di hadapan Firdaus.

"Err..sorry."

"You okay ke tak ni? Dari pagi tadi macam kucing hilang anak je kenapa?" Soal Sarah sambil mengerutkan dahinya.

"Sarah, you cancel semua appointment I hari ni. I ada hal lain. Apa-apa you proceed dulu. Inform klien and set semula appointment date hari lain." Arah Firdaus. Sarah menarik muka. Baru saja dia berangan hendak keluar berdua dengan Firdaus. Hanya itu saja jalannya dia dapat berdua-duaan dengan Firdaus. Sarah mengeluh.

Tak berkata apa lagi Firdaus terus keluar dari pejabatnya diikuti Sarah. Firdaus tidak terus keluar tetapi dia pergi ke tingkat atas bahagian pejabat Annur Ayesha. Keluar saja daripada kotak lif semua pekerja disitu menyapanya. Firdaus menyambutnya sambil tersenyum. Sehinggalah tiba dia meja kerja Dalilah. Dia tahu Annur Ayesha rapat dengan Dalilah disebabkan meja kerja mereka juga berdekatan.

"Eh Encik Firdaus..Morning!" Sapa Dalilah mesra. Firdaus tersenyum.

"Annur mc hari ni." Firdaus memberitahu.

"Ya saya tahu. Sha ada call pagi tadi. Dia inform dia tak sihat lagi. Tak pergi klinik ke Encik Firdaus?" soal Dalilah ingin tahu.

"Belum. Tak apalah, saya nak jumpa Encik Haikal sekejap. Dia ada?" Soal Firdaus. Dalilah mengangguk. Firdaus mengucapkan terima kasih dan terus berlalu ke pejabat Haikal. Cik Amna yang ada bersebelahan pejabat Haikal turut menyapa Firdaus. Cik Amna terus menghubungi Encik Haikal dan memberitahu kedatangan Firdaus.

"Eh Firdaus..masuklah..duduk." ujar Haikal sebaik saja Firdaus melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Firdaus terus mengambil tempat berhadapan dengan Haikal.

"Ada apa ni datang pejabat aku? tiba-tiba je?" Soal Haikal pelik. Jarang-jarang Firdaus hendak masuk ke pejabatnya itu melainkan ada sesuatu yang penting. Firdaus tersengih.

"Tak ada apa. Aku cuma nak tanya sesuatu je." 

Haikal mengerutkan dahinya.

"Okay..tanyalah."

"Wife aku macam mana? Okay kerja dia? Ada peningkatan ke, merosot ke sejak-sejak akhir ni?" Soal Firdaus. 

"Ish kau ni, aku ingat nak tanya apalah tadi. Berdebar jantung aku." Balas Haikal sambil tertawa. Firdaus turut tertawa.

"Aku serius ni bro.." ujar Firdaus. Masih bersisa lagi tawa mereka.

"Dia bagus. Cepat belajar..silap-silap tu biasalah. Tapi dia pandai cover and betulkan semula apa yang silap. So far, dia bagus." balas Haikal tenang sambil tersenyum

Firdaus mengangguk-angguk.

"Selain tu?" soal Firdaus lagi.

"Erm..tak ada apalah. cuma lately ni dia selalu kurang sihat. Tapi dia still boleh fokus pada kerja. Cuma ketepatan masa tu kurang. Staff aku yang lain ada inform yang dia selalu tak sihat sejak akhir-akhir ni. It's okay for her kalau nak mc sehari dua and rest. Tapi sekarang kerap sangat. She's your wife..you know better."

Jawapan Haikal menambahkan lagi kegusaran dihatinya. Ya dia sepatutnya tahu. Tapi selama ini dia selalu nampak Annur Ayesha sihat seperti biasa. Adakah isterinya itu sengaja berbuat begitu? Firdaus tertanya.

"Macam ni lah..aku boleh kompromi lagi since dia memang betul-betul tak sihat. Sebagai kawan, aku nasihatkan better kau bawa dia pergi berubat. Sebab daripada simptom-simptom penyakit dia ni, bukan sakit biasa. Okay bro?" Haikal berkata tenang. Berkerut dahi Firdaus.

Apa maksud Haikal? Tak mungkinlah...

"Serius ni Fir...kau kena bertindak. Mungkin ada sesuatu yang dia rahsiakan daripada kau." tambah Haikal lagi. Kata-kata Haikal membuatkan jiwanya resah gelisah.

Selepas berbicara sebentar, Firdaus terus pulang ke rumah. Dia amat khuatir dengan keadaan Annur Ayesha. Dia juga rasa malu sedikit dengan Haikal. Sebagai suami dia rasa tak bertanggungjawab membiarkan Annur Ayesha menanggung kesakitan sendiri.

Sampai saja diperkarangan rumah, Firdaus cepat berlari dan memberi salam. Tapi tiada siapa yang menyahut. Ruang bawah sunyi. Bermakna isterinya ada di dalam bilik tidur mereka.

"Sayang...sayang.." Firdaus memanggil. Namun tiada sahutan.

Masuk saja ke dalam bilik kelibat isterinya itu tak kelihatan. Katil juga tak berkemas walhal dia tahu Annur Ayesha bukan begitu. Annur Ayesha tak akan biar bilik mereka bersepah.

"Sayang!" teriak Firdaus.

Beberapa minit kemudian, dia dengar sayup-sayup namanya dipanggil.

"A..abang..." suara dari dalam bilik mandi. Lantas Firdaus berlari. Alangkah terkejutnya dia melihat Annur Ayesha tersandar dibilik mandi. Lemah sekali keadaannya. Firdaus terus mendapatkan Annur Ayesha. Isterinya itu sedang menahan esakan.

"Ya Allah..sayang! kenapa ni sayang?"

Tiada jawapan. hanya esakan tangis Annur Ayesha saja kedengaran. Firdaus terus mencempung tubuh kecil itu. Tetapi dihalang Annur Ayesha. Semasa hendak memaut isterinya, Firdaus perasan ada darah pada tangan Annur Ayesha.

"Sayang kenapa ni? Bagitau abang!" Firdaus sudah teriak. Dia menahan sebak. Sejurus itu barulah dia perasan ada setompok darah pada kain yang dipakai Annur Ayesha. Ya Allah! kenapa dengan isteri aku ni?

"Kita pergi hospital sekarang!" Firdaus tak membuang masa lagi lantas terus mencempung tubuh kecil itu. Nyawa Annur Ayesha lebih penting!

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now