Bab 6

516 11 0
                                    

"Apa? Kau tampar dia Sha???" Terjegil biji mata Dira. Macam nak terkeluar. Misha dan Hana pula melopong mulut mereka. Selepas 1 jam dia sampai dirumah barulah teman serumahnya pulang. Cepat-cepat mereka berkumpul dibilik Annur Ayesha. Masing-masing mengambil tempat nak mendengar penjelasannya tentang segala persoalan mereka. Hana duduk bersila di atas katilnya. Misha dan Dira pula di atas lantai. Dengan bantal peluk masing-masing dah seperti nak tonton movie.

"Hah la...sakit hati aku. Baru padan muka dia!" Ujar Annur Ayesha dengan mimik muka geram.

"Ish kau ni. Tak baik tahu tak. Kalau ya pun janganlah ditampar. Ganas betul kau ni."

"Kau fikirlah Hana oi..dia tegur aku depan orang ramai tahu tak? Kalau kau, apa kau rasa. Malu wei!

Walaupun kejadian itu setahun yang lalu, tapi dia masih tak lupakan insiden itu. Dia ingat lagi, waktu itu dia dan Hakim sedang menikmati makan tengahari selepas mereka puas berjalan berdua, berdating. Entah dari mana, tiba-tiba Firdaus muncul.

"Annur! Apa Annur buat ni? Annur dah tak tahu pahala dan dosa ke? Apa yang Annur buat ini semuanya salah. Jangan malukan mama dan abah!"

Itulah antara kata-kata yang dihamburkan kepadanya. Betapa tebalnya muka dia waktu itu. Hakim pula sudah terpinga-pinga. Orang sekeliling menjadi penonton setia. Rupanya Firdaus sudah lama memerhatikannya. Dia sudah lihat segalanya. Dia dan Hakim bermesra dan berpegangan tangan.
Sakit betul hatinya. Tak berkata apa terus dia tampar pipi lelaki itu, menarik tangan Hakim dan terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Sejak itu, mereka memang pantang bersua.

"So, dia tu siapa sebenarnya?" Soalan dari Dira mematikan lamunan Annur Ayesha.

Dia memandang wajah teman serumahnya satu persatu yang setia menanti jawapan dari bibirnya.
Dia masih berkira-kira hendak memberitahu mereka perkara yang sebenar. Tapi dia tahu, kali ini dia sudah tak dapat mengelak lagi.

"Hmm..dia tu abang aku merangkap tunang aku." Lambat-lambat Annur Ayesha menjawab.Keluhan berat dilepaskan.Terasa ringan beban yang dipikul. Bukan mudah dia nak menyembunyikan perkara itu. Kini, dia tak perlu lagi berahsia dengan teman serumahnya.

"Apa kau merepek ni Sha? Mana boleh adik- beradik bertunang? Kau biar betul?"

"Haah la Sha! Sha mana satu ni? Abang ke tunang kau?

"Yalah, bila masanya kau ada abang? Bila pula kau tunang? Kenapa tak bagitau kitaorang. Sampai hati kau Sha."

Seperti yang dia sangka, bertubi-tubi soalan dari Dira, Hana dan Misha. Pelbagai reaksi. Mimik muka yang berbeza. Muka terkejut, muka pelik. Berkerut-kerut dahi mereka. Berpandangan antara satu sama lain. Rumit. Itulah yang difikirkan Annur Ayesha. Dia menarik nafas panjang. Mahu atau tidak dia terpaksa ceritakan hal yang sebenar.

* * *
Annur Ayesha menghempaskan tubuhnya diatas katil. Air mata yang berjurai-jurai dikesat perlahan. Matanya sudah membengkak. Dia terasa hendak menjerit saja untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di dada.

Annur Ayesha terdengar ketukan dipintu biliknya. Namanya diseru. Dia diam dan tidak menjawab. Tak lama kemudian dia mendengar pintu biliknya dikuak. Bunyi derapan kaki menuju ke arahnya.

"Sha...." lembut suara itu memanggil. Annur Ayesha diam. Dia bangun perlahan dan membetulkan kedudukannya. Bahunya terhenjut-henjut menahan esakan. Annur Ayesha cuba untuk bertentang mata dengan insan itu. Wanita berwajah lembut, yang sentiasa menjadi temannya, teman luahannya, yang memahaminya. Tapi kini....

"Sha...dah jangan menangis lagi." Lembut mama bersuara memujuknya. Tangan wanita itu mendekati wajahnya. Perlahan dia menyapu air mata Annur Ayesha.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now