Bab 22

604 12 2
                                    

Sudah beberapa hari berlalu. Entah kenapa malam itu kata-kata Dalilah tempoh hari bermain dibenak dan difikirannya. Bingung Annur Ayesha memikirnya. Tapi dia malas hendak memikirkan sangat. Buat sakit kepala saja.

"Sha okay ke tak? Cik abang dah ada pun termenung sana, termenung sini." Tegur Mama. Abah dan Firdaus tersengih. Annur Ayesha hanya melemparkan senyuman nipis dan berlagak biasa saja.

"Sha okay. Sedap mama masak malam ni." Ujar Annur Ayesha cuba menukar topik perbualan.

Annur Ayesha pandang sekilas ke arah Firdaus yang sedang merenungnya. Pandangan yang sukar ditafsir olehnya. Bila pandangan mereka bertembung, Annur Ayesha cepat-cepat melarikan pandangan.

"Oh ya, sha. Abah dan Firdaus dah bincang tentang kereta yang sha nak tu." Tiba-tiba Abah bersuara. Bersinar-sinar mata Annur Ayesha. Dia harapkan jawapan positif yang bakal diterimanya.

"Betul ke Abah? Sha dapat kereta baru?" Soal Annur Ayesha tidak sabar. Tapi reaksi wajah Abah tidak sepertinya yang sedang teruja. Mama juga terdiam. Firdaus pula saling berpandangan dengan Abah.

"Dengar dulu. Oleh kerana Sha dah lama tak drive, jadi...Abah dan Firdaus bersetuju untuk tidak belikan kereta buat sementara ini. Abah risau juga nak bagi sha drive." Tutur Abah lembut. Serta merta wajah Annur Ayesha berubah kelat.

"Tapi..sha boleh drive auto kan?" Annur Ayesha masih berdegil.

"Sha...dengarlah cakap Abah dan Abang. Sha kena belajar semula. Barulah kami yakin. Untuk sementara je. Lagipun, Sha dengan Abang Fir kan kerja satu tempat. Jadi tak ada masalahkan?" Pujuk Mama pula. Firdaus masih lagi diam menmbahkan lagi rasa geram dihati Annur Ayesha.

"Tak adil. Semua orang tak adil dengan Sha. Kenapa? Kenapa Abah dan Mama tak faham Sha?" Annur Ayesha sudah membentak kasar.

Mama dan Abah tersentak. Firdaus juga. Dia tak gemar dan tak suka Annur Ayesha berperangai sebegitu dengan Mama dan Abah. Dia lihat wajah Mama yang sudah kelat.

"Annur...duduk." Arah Firdaus. Tetapi Annur Ayesha tidak peduli. Dia berpeluk tubuh.

"Sha tak minta yang bukan-bukan. Selama ini, Sha ikut kemahuan Mama dan Abah. Kenapa? Besar sangat ke permintaan Sha ni? Kenapa Sha tak boleh buat keputusan sendiri? Kenapa?"

Annur Ayesha mula mengungkit. Amarah menguasainya waktu ini. Firdaus masih cuba bersabar dan tahan hati dengan kelakuan Annur Ayesha.

"Sha..kami buat semua ni sebab sayangkan Sha." Lembut mama bersuara.

"Betul tu. Abah cuma nak Sha belajar semula drive. Kemudian, Abah janji belikan Sha kereta." Pujuk Abah pula.

"Sudah. Sha dah bosan dengan semua ni!" Annur Ayesha membentak kasar.

"Annur cukup! Jangan biadap!" Firdaus sudah bersuara tegas. Tajam dia merenung ke arah Annur Ayesha. Terdiam gadis itu. Mama sudah memegang lengan Firdaus untuk bertenang. Abah sudah memicit-micit kepalanya. Dia sudah tak larat lagi hendak memarahi anaknya itu. Biarlah Firdaus sebagai suami yang menegur tingkah lakunya.

"Kenapa? Nak marah Sha? Nak pukul? Buatlah!" Bidas Annur Ayesha.

"Annur, kalau tak nak hormat abang sekalipun..tolong hormat Mama dan Abah. Mereka tak pernah didik Annur macam ni. Kenapa biadap sangat ni?"

Firdaus sudah hilang sabar. Buat pertama kalinya mereka lihat Firdaus bersuara tegas seperti itu. Abah dan Mama terdiam tak berkutik. Tak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Firdaus merenung tajam wajah Annur Ayesha. Annur Ayesha masih dengan sikap keras kepalanya. Entah apa yang merasuk fikirannya itu.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now