Bab 48

289 2 2
                                    

Pagi-pagi lagi Sarah sudah terpacak dalam pejabat Firdaus. Kopi panas sudah dia sediakan atas meja dan kelihatan ada mangkuk tingkat berwarna hijau juga tersedia. Sarah tersenyum-senyum.

Bunyi pintu terkuak menandakan kehadiran Firdaus. Sarah memusingkan badan dan terus menerpa ke arah Firdaus. Firdaus seakan terkejut dengan tindakan Sarah.

"Eh kenapa you ni? Macam tak biasa je." marah Sarah.

"Apa ni Sarah? Kalau orang nampak kan tak elok. You buat apa pagi-pagi dalam bilik I?" soal Firdaus dan terus berjalan ke arah mejanya. Sarah mengerutkan dahi. Tercengang dia melihat Firdaus tiba-tiba sahaja berubah dingin dengannya.

Sarah tidak berpuas hati. Ada sesuatu yang menganggu jiwa dan fikirannya. Terus sahaja dia membuntuti langkah Firdaus. Dia cuba meletakkan tangannya di bahu Firdaus, cuba menggoda. Namun ditepis sekuatnya.

"Sarah!"

Sarah kaget. Dia memegang tangannya yang ditepis tadi. Perit juga.

"Fir! Why? Kenapa you tiba-tiba berubah ni? Tengok ni, I dah sediakan breakfast untuk you macam biasa setiap hari, tapi ini you balas dekat I? Cubalah hargai sikit." teriak Sarah. Geram dan sebal hatinya. Dia tahu pasti ada yang tidak kena melihat perubahan mendadak Firdaus. Tempoh hari Firdaus begitu mesra dengannya. Tidak pernah berkasar macam ini.

Firdaus memandang Sarah sinis.

"Sarah, you jangan merepek boleh? I dah breakfast dengan wife I. you tak perlu susah-susah buat untuk I macam ni. What's wrong with you? Tolong jaga batas boleh? You hanya assistant I saja. Jangan lebih-lebih. Kita memang kawan, tapi dekat tempat kerja be professional okay." Tegas Firdaus bersuara.

Mencerlang mata Sarah. 

"Kalau tak ada apa-apa, you boleh keluar dari office I sekarang. Just get in if I call you. Okay?" tambah Firdaus.

Bertambah sakit hati Sarah mendengarnya. Meluap-luap rasa marah dihati. Kau tunggulah! Sarah dengan rasa tak puas hati keluar dari pejabat Firdaus dengan rasa marah dihati. Terasa bergegar ruang pejabat itu bila Sarah menghempas pintu. Firdaus hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Air kopi dan mangkuk tingkat tadi dia alihkan. Firdaus mengeluh panjang. Dalam tak sedar, baru dia teringat selama ini dia hanya menjamah makanan yang disediakan Sarah setiap hari. Dia tak ingin bersangka buruk, cepat-cepat Firdaus beristighfar. 

* * *

Di rumah, Annur Ayesha baru sahaja selesai mengerjakan solat sunat dhuha. Sejak bercuti dari kerja, macam-macam rutin dia boleh lakukan. Banyak juga amalan solat sunat yang dia lakukan. Itu semua atas saranan dan nasihat dari Firdaus sejak mereka berkahwin lagi. Semenjak hubungan Firdaus dan dia renggang, Annur Ayesha tidak putus-putus berdoa dan memohon petunjuk supaya diberi jalan keluar dan penyelesaian. 

Syukur yang teramat sejak akhir-akhir ini terlihat perubahan positif pada diri Firdaus dan juga  hubungan mereka. Firdaus tidak lagi pulang lewat malam. Sentiasa balik makan bersamanya. Firdaus juga sudah seperti dahulu sering kali mengambil berat akan dirinya. Annur Ayesha bersyukur sangat. 

Dia teringat akan kata-kata Hakim. Hakim banyak menyokongnya. Begitu juga Dira dan Kak Hanim yang sering memberinya kata-kata semangat sejak masalah rumah tangganya jadi goyah. Niat mereka bukanlah untuk mencampuri tetapi hanya untuk membantu. Lagi pula, ini bukan hal yang biasa. Langsung tidak dia membuka aib tentang suami sendiri. Cuma membantu apa yang terlihat didepan mata.

"Ayesha, hati manusia kadang-kadang kita tak tahu. Apa yang Hakim boleh cakap, Ayesha kena perbanyakkan amalan dan dekatkan diri pada Allah. Doa itu senjata orang mukmin. InShaaAllah Hakim, kak Hanim dan Dira cuba bantu semampu kami." ujar Hakim semasa pertemuan mereka di rumah kak Hanim.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now