Bab 17

462 6 0
                                    

Annur Ayesha memusingkan badannya. Matanya dipisat-pisat. Dia lihat Firdaus tiada disisinya. Annur Ayesha terus bangun. Rambut panjangnya diikat. Sudah beberapa hari begitu. Firdaus tiba-tiba sahaja menjauhkan diri daripadanya. Bercakap pun hendak tak hendak saja. Tidak seperti selalu melayannya dengan mesra.

Tiada lagi ucapan sayang yang setiap hari menyapa halwa telinganya. Kalau sebelum ini, Firdaus pasti memeluk tubuhnya setiap malam, tapi kali ini tidak lagi. Lelaki itu seolah-olah sengaja menjarakkan diri daripadanya.

Pada mulanya dia tak ambil peduli kerana beranggapan Firdaus mungkin ada masalah kerja. Tapi sudah berlarutan sehingga hari ini tiba-tiba dia jadi risau pula. Walaupun dia selalu saja tak ambil endah dengan lelaki itu, bila sikap Firdaus tiba-tiba saja berubah dia jadi gusar juga. Entah apa yang melanda lelaki itu.

Mama dan Abah juga bertanyakan hal itu kepadanya. Annur Ayesha hanya diam dan mengangkat bahu tidak tahu.

Perlahan-lahan Annur Ayesha bangun dan keluar dari bilik. Dia tahu Firdaus ada di mana. Dia lihat sesusuk tubuh sedang berdiri di hujung balkoni ruang tamu dalam samar cahaya lampu. Annur Ayesha tertawa kecil. Tiba-tiba saja dia teringat insiden dia mengetuk kepala Firdaus dengan payung mama kerana menyangka lelaki itu pencuri yang pecah masuk ke dalam rumah.

Dia lihat Firdaus sedang mendongak ke langit. Memandang bulan mungkin? Perlahan Annur Ayesha cuba merapati Firdaus. Apakah dia punca sikap lelaki itu berubah secara tiba-tiba? Bunyi derapan kakinya didengari Firdaus. Lelaki itu menoleh ke arahnya sebentar dan kembali memandang langit malam sambil berpeluk tubuh.

"Annur dah lewat ni. Pergi tidur." Arahnya tanpa memandang ke arah Annur Ayesha. Annur Ayesha terdiam sebentar.

"Tapi..Sha.."

"Abang cakap pergi tidur. Nanti Annur sakit kepala pula, Annur tu ada migrain." Firdaus memotong kata-katanya. Annur Ayesha jadi geram pula. Dia mendengus kecil. Annur Ayesha buat kepala batunya. Dia berdiri tegak disebelah Firdaus.

"No. What's wrong with you?" Soal Annur Ayesha tegas. Dia juga berpeluk tubuh. Menantikan jawapan daripada Firdaus.

"Apa maksud Annur?" Firdaus menyoal. Annur Ayesha bertambah geram.

"Sha bukan patung dan tunggul okay." Geram pula dia lihat Firdaus yang pura-pura tak tahu.
Menyesal pula dia keluar tadi. Lebih baik dia tidur saja tadi. Lama Firdaus mendiamkan diri. Annur Ayesha sudah mula bosan dan mahu melangkah pergi.

"Kalau diam begini, masalah tak akan selesai. Bosan. Tidur lebih baik." Annur Ayesha mendengus kasar.

"Annur tak jujur dengan abang." Firdaus mula bersuara. Ada getaran dalam nada suaranya. Langkah Annur Ayesha terhenti. Dia ingin berpaling, tapi niatnya dimatikan. Tak jujur? Apa yang Firdaus merepek?

"Abang suami Annur. Bukankah abang dah selalu berpesan supaya takkan ada rahsia di antara kita?" Firdaus bersuara tegas. Annur Ayesha diam. Ya dia akui semua itu. Firdaus tak pernah lupa berpesan padanya setiap kali selepas solat. Tapi rahsia apa yang Firdaus maksudkan? Bengang pula dia memikirkannya. Sudahlah lewat malam. Ah, salah dia juga yang mahukan jawapan daripada lelaki itu. Annur Ayesha jadi bingung.

"Sha tak buat apa-apa pun." Balasnya masih tenang. Giliran Firdaus pula yang terdiam. Firdaus menghampiri Annur Ayesha. Dalam samar cahaya lampu balkoni, Annur Ayesha sempat lihat wajah tegang Firdaus.

"Annur jangan tipu abang. Abang tahu segalanya. Demi Allah abang tahu. Abang nak Annur jujur saja dengan abang. Cukuplah." Firdaus bersuara lagi. Suaranya tidak tinggi tapi cukup buat Annur Ayesha tersentap.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now