Bab 8

502 12 0
                                    

Annur Ayesha duduk di ruang tamu. Televisyen dipasang. Tiada rancangan yang menarik di matanya. Semasa sarapan pagi tadi Mama dan Abah terkejut melihat kepala Firdaus yang berbalut. Dia buat tidak tahu saja padahal di dalam hati gusar jika Firdaus membuka mulut tentang hal semalam. Habislah dia kena bebel dengan Mama.

"Fir..mengigau semalam ma. Terhantuk bucu meja dalam bilik." Annur Ayesha rasa nak tergelak mendengar alasan Firdaus tapi dia tahan. Lega juga pada masa yang sama apabila Firdaus merahsiakan perihal semalam. Mama dan Abah buat muka pelik. Namun tidak pula mereka bertanya lanjut.

Dia tinggal seorang di rumah. Abah pagi-pagi lagi sudah keluar katanya hendak berjumpa kawan. Mama pula mengajak Firdaus ke pasar. Pada asalnya Mama mengajak dia. Tapi dia mengeluh malas. Mama sudah mula membebel bagaimana nak kahwin kalau tak mahu belajar memasak? Ma..please, you should know i don't want to get married with him! Namun kata-kata itu hanya terbuku di dalam hatinya.

Televisyen ditutup. Dia mencapai telefonnya. Melihat akaun instagram dan twitter. Tiada apa yang menarik. Dia beralih kepada facebook. Butang 'Like' ditekan pada gambar Dira. Gambar bersama-sama keluarganya. Nampak gembira. Annur Ayesha scroll timeline facebooknya. Melihat perkongsian rakan-rakan facebook.

Matanya tertancap pada satu status. Cahaya Syurga. Pemilik akaun yang menegurnya satu masa dulu.

"Terkadang kita rasa terlalu sedih dan kecewa dengan hidup. Ujian demi ujian menimpa. Dekatilah Allah. Disitu ada kekuatan yang Maha Esa."

Lama Annur Ayesha merenung status itu. Sedikit sebanyak kata-kata itu menjentik tangkai hatinya. Hatinya rasa tertarik dengan kata-kata hikmah dari Cahaya Syurga. Lantas jarinya menekan butang like pada status itu. Bibirnya mengukir senyuman.

* * *

Firdaus memandu tenang. Sesekali Mama disebelah dipandang dengan ekor matanya. Mama nampak gembira. Gembira kerana dia menemani Mama membeli-belah. Mama merungut kerana Abah selalu menolak bila diajak menemaninya. Tahu sangat Mama kalau shopping, kalau boleh dengan kedai sekali dia nak beli.

Firdaus tidak kisah. Apa salahnya berkorban sedikit masa untuk ibu tercinta? Walaupun Mama bukan ibu kandungnya, semenjak pertama kali dia memanggil wanita itu Mama, hatinya jatuh sayang pada wanita itu. Lantaran, mama juga amat menyayanginya.

"Fir, bila ada masa free nanti kita pergi butik andaman ya. Ajak Sha sekali." Mama bersuara. Firdaus terkejut. Butik andaman?

"Err..siapa nak kahwin ma?"

Soalannya mencetuskan tawa Mama. Firdaus memandang Mama pelik. Takkanlah....

"Haish, ada pula dia tanya siapa nak kahwin? Fir dengan Sha la. Siapa lagi anak mama yang ada?" Tawa Mama masih bersisa. Firdaus terdiam. Kahwin? Secepat ini? Memanglah dia sudah bertunang dengan gadis itu. Tapi dia tak menyangka Mama buat keputusan secepat ini.

"Mama dan Abah dah berbincang. Sha pun dah tahu." Kata Mama lagi. Persoalannya sudah terjawab. Memang patutlah gadis itu terlalu marah dengannya. Masih dia ingat lagi peristiwa sebelum peperiksaan akhir itu. Sebelum ini memang hubungan mereka dingin. Tapi malam itu, gadis itu benar-benar nampak tertekan.

Dia tahu gadis itu memang tak setuju dengan keputusan Mama dan Abah.

* * *

"Sha tak setuju!"

Annur Ayesha membentak. Suaranya memecahkan kesunyian diruang tamu rumah. Wajah ketiga-tiga insan dihadapannya langsung berubah riak. Annur Ayesha sudah berpeluk tubuh. Abah sudah meraup wajahnya.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now