Bab 20

470 9 0
                                    

Tiba waktu makan tengahari, Cik Amna dan Dalillah mempelawa Annur Ayesha untuk keluar bersama-sama. Annur Ayesha terus bersetuju. Memandangkan dia orang baru di situ, jadi apa salahnya jika dia hendak berkenalan dengan lebih rapat dengan teman-teman barunya itu? Sempat juga dia memberitahu Abah dan Mama yang dia keluar makan tengahari bersama rakan sekerjanya.

Walaupun belum sampai sehari mereka kenal, Annur Ayesha sudah boleh membiasakan diri bersama Dalilah dan Cik Amna. Banyak juga yang mereka bualkan. Rupa-rupanya Cik Amna merupakan teman baik Encik Haikal, sejurus tamat belajar dia memohon jawatan sebagai setiausaha sekaligus sebagai pembantu peribadi temannya itu. Encik Haikal juga tiada masalah. Sementelah, mereka memang rapat semenjak zaman belajar lagi. Lebih mudah untuk mereka bekerja bersama-sama.

Annur Ayesha rasa terkejut juga. Yalah bukan mudah hendak jumpa lelaki dan perempuan berkawan rapat. Menurut Cik Amna, mereka memang sekadar teman sahaja. Lagipun, Cik Amna sudahpun bertunang dan bakal berkahwin tak lama lagi. Encik Haikal juga katanya sudah ada calon sendiri. Banyak juga info yang Annur Ayesha dapat hari pertama bekerja di situ. Cik Amna dan Dalilah juga sepertinya selesa berteman dengannya.

Hari pertama berjalan lancar saja. Memandang Dalilah mempunyai skop tugasan yang sama dengannya, Encik Haikal meminta Dalilah memberi tunjuk ajar kepadanya. Annur Ayesha sangat lega, tak adalah dia terasa kekok sangat. Lagipun, Dalilah nampak baik orangnya walaupun baru berkenalan. Pagi tadi, dia agak gugup juga berhadapan dengan Encik Haikal. Walaupun jejaka itu bersahabat dengan Firdaus, namun dia tetap kena menghormati Encik Haikal sebagai ketuanya.

"Silakan duduk Puan Annur Ayesha." Ujar Encik Haikal ramah.

Annur Ayesha menurut saja. Sebenarnya dia kurang selesa Encik Haikal menggelarnya 'puan'. Rasa janggal pula bila ketua bercakap begitu dengan pekerja bawahannya. Atau pun Encik Haikal sengaja hendak mengusiknya? Annur Ayesha menduga sendiri.

Encik Haikal hanya menerangkan lebih lanjut tentang kerja yang bakal dia uruskan. Sebagai Pegawai Tadbir, Annur Ayesha akan menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya seperti perkeranian selari dengan fungsi tugas jabatan yang berkaitan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail dan dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Dia tiada masalah tentang itu kerana tugasnya selari dengan bidang pengurusan yang dia ambil ketika belajar dahulu, cuma dia agak gementar juga kerana tak mempunyai pengalaman.

"Awak tak perlu risau. Awak fresh graduate. Saya yakin awak mampu buat kerja dengan baik. Lagipun, why not kita bagi peluang untuk awak timba pengalaman bukan? Am I right?"

Encik Haikal tersengih. Annur Ayesha mengangguk-angguk. Encik Haikal seolah-olah tahu dan mengerti apa yang bermain di fikirannya kala itu. Ya dia memang setuju sangat! Masakan tidak, sekarang ini sudah berapa ramai graduan yang menganggur kerana tak diberi peluang untuk bekerja gara-gara tiada pengalaman. Annur Ayesha rasa bersyukur dan lega kerana dia diberi peluang sebegitu rupa. Semestinya dia akan bekerja bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik.

Banyak yang Encik Haikal terangkan kepadanya. Memang sangat jelas tentang apa yang perlu dia lakukan. Betul kata Dalilah, Encik Haikal sangat mementingkan kualiti kerja.

"Okay, ada apa-apa nak tanya? Atau ada perkara yang awak nak tahu?"

"Err...boleh tak Encik Haikal panggil saya Ayesha saja? Tak perlulah berpuan-puan." Ujar Annur Ayesha berhati-hati.

Kata-katanya itu meletuskan tawa dibibir Encik Haikal. Annur Ayesha pula sudah tersipu-sipu. Pelik sangatkah permintaannya itu? Encik Haikal menenangkan diri sambil menghabiskan sisa tawanya.

"Itu je? okay. Baiklah Ayesha kalau itu yang awak mahu. Sorry, I just respect you as Firdaus wife. That's all. Anyway, selamat bekerja. Saya amat harapkan performance yang bagus daripada awak. Good luck!"

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now