Bab 28

364 7 0
                                    

Annur Ayesha berdegil tak mahu pergi ke klinik. Dia merasakan dirinya sudah sihat seperti sedia kala. Dia bukan apa, tak larat lagi dia hendak menelan ubat-ubat yang sama. Muak. Pesanan yang sama juga dia akan terima daripada doktor. Puas Firdaus memujuk. Tetapi Annur Ayesha tetap tak berganjak dengan keputusannya.

"Kenapa degil sangat sayang ni? Sekarang sihatlah, nanti kalau abang sibuk lagi macam semalam macam mana? Tiba-tiba Abah pun outstation macam semalam macam mana? Kesian mama tau." tegur Firdaus tegas tetapi lembut. Dia tetap tenang memandu. Annur Ayesha disebelah dikerling sekilas.

Annur Ayesha berpeluk tubuh. Diam bersahaja. Selamba.

"Abang, nak aiskrim." ucap Annur Ayesha manja. Tersenyum memandang Firdaus.

"Annur sayang, dengar tak abang cakap apa tadi? Kita pergi klinik dulu boleh?" kata Firdaus lembut. Aduhai, kenapalah degil benar isteri dia ni? Tak jadi dia hendak marah melihat perangai keanak-anakkan Annur Ayesha. Pelik betul. Annur Ayesha semakin manja kebelakangan ni. Tapi dia tak kisah, layankan saja. Asalkan gadis kesayangannya itu gembira.

"Dengar. Tapi Sha dah sihat. Abang janganlah risau. kalau sakit lagi, Sha pergi klinik sendiri okay. Hari ni Sha nak abang bawa Sha jalan-jalan. Boring duduk rumah. Boleh tak?"

Firdaus tersengih seraya mengangguk. Kerana sayang aku turutkan. Bisik hatinya.

Puas berjalan-jalan dan makan aiskrim, Firdaus membawa Annur Ayesha ke shopping complex. Hajat dihati ingin membelikan beberapa helai pakaian baru untuk isterinya. Pucuk dicita ulam mendatang, Annur Ayesha bersetuju sahaja.

"Sayang, cuba baju ni. Cantiklah." ujar Firdaus sambil menghulurkan blaus berwarna maroon kepadanya. Annur Ayesha terus mencapai blaus tadi dan terus ke fitting room. Annur Ayesha mencuba baju tadi, nampak sesuai pada tubuhnya. Pandai juga Firdaus memilih baju. Annur Ayesha tersenyum. Pertama kali lelaki itu membelikan baju untuknya. Mestilah dia rasa gembira.

Beberapa minit kemudian, Annur Ayesha keluar mencari Firdaus. Tetapi kelibat suaminya itu tak kelihatan. Mana pula dia pergi?

"Puan, okay baju ni?" Seorang jurujual perempuan menegurnya. Gadis muda berusia belasan tahun. Annur Ayesha tersenyum mengangguk.

"Adik, nampak husband akak tak? tadi ada kat sini." ujar Annur Ayesha. Gadis tadi hanya mengangkat bahu. Kemudian Annur Ayesha menukar kembali pakaiannya. Blaus tadi diserahkan kepada gadis muda tadi. Annur Ayesha terus ke luar kedai, matanya melilau mencari Firdaus.

Sebaik saja melangkah ke luar kedai pakaian tadi, Annur Ayesha ternampak batang tubuh Firdaus dan seorang wanita muda sedang berbual-bual. Wanita muda itu, dia pernah lihat. Ya orang yang sama di pejabat Firdaus tempoh hari! Annur Ayesha rasa bengang. Sudahlah ditinggalkan di dalam kedai seorang diri, lepas itu enak saja berbual dengan perempuan lain. Annur Ayesha hanya tercegat di hadapan kedai sambil berpeluk tubuh. Dia tahu Firdaus sudah menyedari kehadirannya.

Tak lama kemudian, Firdaus menghampirinya. Wajah Annur Ayesha tidak seceria tadi. Hilang terus moodnya serta-merta.

"Sayang, dah try baju tadi? Okay?" Soal Firdaus tersenyum. Wanita muda tadi turut menghampiri mereka sambil tersenyum.

"Okay." pendek jawapannya.

"Siapa ni Firdaus? Adik U ke?" Soal wanita itu sambil tersenyum manis. Adik? Sakit pula hati Annur Ayesha mendengarnya. Lebih sebal lagi bila wanita itu bukan main asyik merenung Firdaus penuh mesra. Firdaus menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Actually ni wife I, Annur Ayesha." tutur Firdaus tenang sambil tersenyum. Berubah serta-merta air muka wanita tadi. Annur Ayesha perasan pada riak wajahnya. Riak kecewa. Sinis Annur Ayesha tersenyum.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now