Bab 25

495 7 4
                                    

Malam ini Annur Ayesha menolong mama masak di dapur. Hendak memenuhi permintaan Abah dan Firdaus yang teringin benar hendak makan gulai lemak nanas ikan masin masakan mama. Annur Ayesha pula menggoreng ayam. Lauk tambahan pula udang masak tiga rasa, sayur campur dan sambal belacan. Menu ringkas saja.

"Sha..dah siap hidang semua?" Soal Mama yang sedang mencedok kuah nanas ke dalam mangkuk. Masih panas lagi berasap-asap. Serta-merta jadi lapar perutnya lihat gulai nanas mama.

"Dah ma..tinggal nak makan je." Balas Annur Ayesha sambil tersenyum.

"Okay mama pun dah siap ni. Sha pergi panggil abah dengan Firdaus dulu ya. kejap lagi mama bawa air sekali." Ujar Mama. Annur Ayesha mengangguk. Annur Ayesha terus ke ruang tamu. Abah dan Firdaus begitu ralit menonton televisyen. Annur Ayesha terus merapati mereka berdua.

"Abah..Abang. Dinner dah siap..jom makan?"

Abah dan Firdaus yang mendengar kata-kata Annur Ayesha terus tersenyum lebar. Abah sudah bangun dan menonong terus ke meja makan. Lapar benar agaknya abah.

Firdaus juga turut bangun. Jalan beriringan dengan Annur Ayesha. Bahu Annur Ayesha dipaut perlahan. Annur Ayesha malas hendak melarang. Dia biarkan sahaja perbuatan Firdaus. Mama dan Abah yang melihat tersenyum-senyum memandang mereka. Mereka terus menikmati makan malam dengan penuh berselera. Segalanya nampak indah dan bahagia. Mamalah orang yang paling bahagia sekali. Jelas sekali pada raut wajahnya.

"Sedapnya Ma..thank you ma. Sambal belacan ni siapa yang buat, mama ke?" Soal Firdaus.

Mama dan Annur Ayesha sudah tersenyum. Abah yang hanya mendengar turut tersenyum. Firdaus bingung seketika. Silih berganti wajah Mama dan Annur Ayesha disebelahnya dipandang.

"Kamu ni Fir, air tangan mama kamu dah tak kenal lagi ke?" Soal Abah sambil tersengih.

"Ish, bukanlah tak kenal. Tapi yang ni sedap..macam mama buat. Tapi kenapa rasa lain sikit tak macam yang biasa mama buat? Mama letak apa dalam ni?" Soal Firdaus bersungguh-sungguh. Mama dan Abah sudah tertawa. Annur Ayesha disebelahnya pula sudah tersipu-sipu.

"Memanglah rasa lain. Kalau orang yang buat tu si jantung hati. Buat dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang." Jawab Mama. Firdaus terus memandang Annur Ayesha. Annur Ayesha tersenyum-senyum.

"Annur buat ke sayang?" Soal Firdaus teruja. Tertawa saja Abah dan Mama melihat gelagatnya. Annur Ayesha malu-malu.

"Yalah. Alah, sambal belacan je pun. Bahan..resepi semua mama yang ajar. Sha ikut je la. Apa yang susah sangat..tumbuk je. Overlah abang ni." Balas Annur Ayesha. Firdaus tersengih.

"Sha..sha. Walaupun sambal belacan, tapi air tangan isteri tu nikmatnya tak terkata tahu. Abah ni dah berpengalaman. Pergilah makan dekat kedai makan yang sedap mana-mana sekalipun, air tangan mama juga yang buat abah terkenang-kenang." kata Abah.

"Ha betul tu. Sebab tulah Abah tak nak ambil orang gaji. Katanya, mama masak lagi dia suka. Lepas ni Sha kena banyak belajar lagi. Tak rugi pun ambil ilmu memasak ni." kata mama pula. Annur Ayesha mengangguk-angguk. Tahu dirinya perlu banyak belajar lagi. Maklumlah sebelum ini dia memang jarang menyentuh periuk, kuali dan sewaktu dengannya. Dia hanya tolong memotong sayur, bawang sahaja. Memasak semuanya Mama yang buat. Setakat goreng menggoreng itu dia pakarlah.

"Betul cakap mama. Takpe, sedap tak sedap lain cerita. Abang tetap makan masakan Annur. Tapi for sure memang sedaplah kalau belajar dengan master chef mama. Lepas ni abang jadi gemuklah." kata Firdaus. Mereka semua tertawa. Annur Ayesha rasa bahagia mendengar kata-kata Firdaus. Firdaus pandai mengambil hatinya membuatkan dia jadi bersemangat pula hendak menuntut ilmu memasak daripada Mama.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now