Bab 47

243 4 3
                                    

Firdaus sampai rumah tepat jam 9 malam. Dia beri salam namun tiada yang menyahut. Lalu dia terus masuk ke dalam. Ke mana pula isterinya itu pergi. Petang tadi selepas bertemu seorang klien, Sarah mengajaknya  untuk makan malam. Dia tidak pula menolak. Dia rasa gembira bersama Sarah, Tidak seperti bila dia bersama Annur Ayesha rasa hendak marah sahaja. Namun, bila dia berjauhan bersama isterinya dia terasa rindu yang teramat. 

Firdaus amat buntu akan dirinya. Semakin lama dia semakin rapat dengan Sarah, ada satu perasaan yang hadir pada dirinya terhadap Sarah. Perasaannya berbunga-bunga bila bersama Sarah.

Suasana sunyi dan sepi.

Firdaus masuk ke bilik dia lihat, Annur Ayesha sedang berbaring. Sudah lama dia tak menyentuh dan membelai tubuh itu. Hatinya rindu. Tapi bila mendekat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang. Tubuhnya terasa panas, hatinya meluap-luap rasa marah kepada isterinya itu. Firdaus benar-benar buntu! Dia lihat Annur Ayesha dari jauh sedang nyenyak tidur. Dia biarkan sahaja dan terus membersihkan diri.

Mendengar pancuran air di bilik mandi, Annur Ayesha terus terjaga. Beberapa minit kemudian, Firdaus keluar dari kamar mandi. Mata mereka bertentangan. Janggal. Kerana sudah lama Firdaus mengasingkan diri. Mandi pun di kamar mandi luar. Firdaus lagak biasa saja dan terus mencapai pakaiannya.

"Abang...." sapa Annur Ayesha lembut. Rindunya pada suami sendiri hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Hmm..." sahut Firdaus.

"Abang dah makan? Sha ada masak sikit tadi. Sha panaskan ya. Abang dah solat? Sha tertidur. Kita jemaah boleh abang?"

Lama diam. Firdaus sudah siap menyarung baju dan kain pelikat. Permintaan Annur Ayesha menyentak hatinya. Dia sedar solatnya sudah entah ke mana. Rasa malu tetiba menebal dalam diri. Firdaus memandang Annur Ayesha lalu mengangguk. Annur Ayesha rasa teruja dan tersenyum lebar. Cepat-cepat dia bangun dan ambil wudhu.

Tenang.

Itulah yang dapat dirasakan Annur Ayesha kini. Dia rasa seperti dia sudah dapat Firdaus yang dahulu. Suaminya yang soleh yang menjadi imamnya selama ini. Hari ini tiada wajah keruh Firdaus seperti selalu. Wajah suaminya nampak tenang sahaja. Usai solat, secara spontan sahaja Annur Ayesha memeluk tubuh Firdaus. Rindu.

Tetapi Firdaus hanya kaku sahaja.

"Abang..Sha rindu abang." Annur Ayesha meluahkan rasa hatinya. Berharap Firdaus memahami rasa dihatinya. Lama mereka begitu. Firdaus hanya membiarkan sahaja perlakuan isterinya.

"Abang..." Sha mendongakkan wajahnya kerana tiada respon dari Firdaus.

Mereka bertatapan lama. Membisu. Tiada suara yang keluar. Hanya bahasa mata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan dihati. Annur Ayesha jadi sedih. Terus dia melonggarkan pelukannya dan bangun. Rasa malu kerana dirinya begitu teruja. Sedangkan Firdaus kaku seperti anak patung. 

Belum sempat Annur Ayesha melangkah, tangannya ditarik perlahan.

"Temankan abang makan." pendek sahaja Firdaus berkata. Annur Ayesha rasa keliru. Apa sebenarnya Firdaus mahu? Tetapi dia tidak menolak. Annur Ayesha beranggapan ini perkara positif yang berlaku antara dia dan Firdaus. Sudah lama Annur Ayesha tidak rasa gembira seperti ini, seronok dia melayan Firdaus makan masakannya. Jujurnya sudahlama mereka tidak makan berdua seperti ini. Malam ini, Annur Ayesha melayannya seperti raja.

Firdaus juga sesekali tersenyum. Kembang rasa hati Annur Ayesha. Semuanya tampak seperti biasa. Annur Ayesha dapat merasakan Firdausnya telah kembali! Firdaus juga melayannya mesra, walaupun dia merasa pelik tetapi dia tidak kisah. Cukup Firdaus melayannya cukup baik malam ini. Terasa macam mimpi.

Selepas makan, Firdaus menemaninya mengemas dapur dan tolong apa yang patut. Kemudian, perlahan-lahan dia memimpin  Annur Ayesha menaiki anak tangga dan menuju ke bilik. Perlahan dia membaringkan tubuh isterinya lalu mengusap rambut dan mengelus pipinya perlahan. Annur Ayesha rasa bahagia. 

Namun, rasa gembiranya tiba-tiba terhenti. Tatkala Firdaus mula berjalan meninggalkannya sendirian. Hatinya dipagut rasa pilu. Annur Ayesha tak mengalah. Pantas dicapai tangan suaminya.

"Abang, temankan Sha malam ni. Please?" Dia rasa malu terpaksa merayu begitu. Tapi bila difikir semula mereka suami isteri. Tak ada apa yang perlu disembunyikan. 

Langkah Firdaus terhenti. Mendengar rengekan manja Annur Ayesha membuat dia rasa berdebar-debar. Annur Ayesha pula menarik tangannya. Firdaus tak mampu menolak ketika itu. Dia serba salah. Namun tidak pula dia menolak perlakuan Annur Ayesha. Kerana dia juga merasakan hal yang sama. Tidak semena-mena perasaan rindunya membuak-buak. Kali ini Firdaus pula yang memulakan langkah. 

Tubuh Annur Ayesha dipeluk. Dikucupnya seluruh wajah isterinya penuh kasih. Meluahkan rasa rindu antara satu sama lain. Annur Ayesha membalasnya penuh mesra. Sungguh dia rindukan belaian suaminya sendiri!

"Abang rindu Annur, Abang cintakan Annur..." luah Firdaus berbisik di telinga Annur Ayesha. Annur Ayesha rasa bahagia. Menangis rasa gembira.

Annur Ayesha sudah tenggelam dalam pelukan dan belaian Firdaus. Firdaus juga begitu. Masing-masing menikmati dan meluahkan perasaan antara satu sama lain. Annur Ayesha memeluk erat tubuh suaminya. Membiarkan Firdaus meluahkan rasa cintanya. 

Dua insan sedang tenggelam dalam keasyikan yang sendiri. Menzahirkan perasaan rindu, cinta antara satu sama lain, nikmat bersama kekasih halal. Annur Ayesha tidak tahu apakah Firdaus akan kekal seperti ini atau masih belum berubah. Tetapi yang pasti, dia tak akan sia-siakan masa yang ada sekarang. Waktu inilah dia perlu menambat kembali hati Firdaus.

* * *

Annur Ayesha terasa bahagia. Dia kini dalam pelukan suaminya. Sudah lama tidur tiada berteman. Seakan tidak percaya kini Firdaus berada disisinya. Firdaus sedang nyenyak tidur. Annur Ayesha tersenyum. Siapa sangka Firdaus juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Rindu yang tidak terucap.

Lama Annur Ayesha menatap wajah kacak suaminya. Terdetik dihatinya biarlah waktu ini terhenti seketika biarkan dia nikmati momen indah ini. Annur Ayesha mengusap wajah indah itu. Membuatkan Firdaus terjaga dari tidur.

"Kenapa tak tidur lagi?" soal Firdaus sambil merenung dalam ke anak matanya.

"I miss you u so much." ungkap Annur Ayesha lalu menghadiahkan kucupan dibibir Firdaus. Firdaus tersenyum. Dia menarik rapat tubuh isterinya lalu mengucup dahinya lama.

Sesekali tangannya meraba perut Annur Ayesha yang sudah membulat dan besar. Annur Ayesha rasa tenang. Dia memeluk erat tubuh Firdaus. Firdaus membalas penuh kasih. Hilang rasa amarah yang selalu beraja dihati sebelum ini. Firdaus rasa dia berada dialam lain. Kembali kepada dirinya yang nyata.

"Abang minta maaf sayang. Terlalu banyak melukakan hati sayang. Abaikan tanggungjawab abang." tutur Firdaus sebak.

Annur Ayesha meletakkan jari telunjuknya di bibir Firdaus.

"I need you. Our baby need you. Abang jangan tinggalkan Sha.."

Ucap Annur Ayesha. Mengalir air mata dipipinya.

"Shh.. Don't cry baby.. I'm here. I love you sayang." bisik Firdaus penuh kasih lalu mengucup bibir isterinya. Cinta berbalas. Annur Ayesha membalas kucupan Firdaus, tubuh berdakapan erat. Tangan membelai penuh rasa cinta. Perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Firdaus dan Annur Ayesha tenggelam lagi di dalam nikmat cinta yang terpendam. Penzahiran kasih yang didamba akhirnya terlerai.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now