Bab 3

741 13 1
                                    

Annur Ayesha mencapai telefon bimbitnya. Dia baru sahaja selesai mandi. Segar rasa badannya. Dia pandang ke arah Hana yang sedang ketawa sendirian. Dengan headphonenya, ini mesti tengah layan cerita Korea dia, getus Annur Ayesha. Hana memang peminat kpop!

Misha dan Dira pula tengah menonton tv di ruang tamu. Dia fikir nak menumpang sekaki tapi dibatalkan hasratnya. Selepas mengeringkan rambut basahnya, Annur Ayesha terus berbaring di atas katilnya. Dia membuka galeri telefonnya. Penuh dengan gambar-gambar dia dan teman serumahnya.

Semalam selepas menonton wayang, mereka singgah pusat karaoke. Itulah antara aktiviti wajib mereka kalau keluar. Sedap tak sedap suara, belakang cerita. Yang penting enjoy!

Annur Ayesha memilih satu gambar mereka yang dia rasakan menarik untuk dimuat naik dalam instagram.

"Girls day out, with my pretty bff. Love u guys" #bff #bestfriends
#housemates #love #outing #vscocam #igers

Setelah diedit pencahayaan dan berpuas hati dengan caption dan hashtag dia terus memuat naik gambar tadi. Seminit, dua minit..bertubi-tubi notification dia terima. Wah, tak sampai lima minit dah 50 likes!

Apa nak hairan Annur Ayesha merupakan salah seorang insta femes! Jumlah pengikutnya juga dah mencecah ribuan orang. Boleh dikatakan dia memang popular di dalam laman media sosialnya termasuk akaun facebook dan twitter miliknya. Macam-macam gambar ada dalam instagramnya, gambar makanan, pemandangan yang cantik-cantik tak terkecuali, mestilah ada gambar-gambar selfienya.

Tak dinafikan Annur Ayesha mempunyai rupa paras yang cantik, jelita, ayu, flawless, manis.

"Wow....cantiknya"

"My pretty angel!"

"Have a nice day...stay cute and pretty"

"Cantiknya sis!"

"Adore u beautiful"

Itulah antara komen-komen pujian yang dia terima setiap kali memuat naik gambarnya. Annur Ayesha tersenyum puas. Kembang hatinya. Dengan gaya ala-ala hipster trend zaman sekarang, Annur Ayesha tak sangka dia turut terjebak dengan trend tersebut. Tapi dia tak kisah. Apa yang dia lakukan hanyalah untuk kepuasan dirinya. Mudahnya nak jadi popular. Tak perlu jadi artis. Semuanya dihujung jari saja.

"Sha...mai la sini tengok tv. Kelakar wei cerita ni." Tiba-tiba Misha bersuara dari luar.

"Ha...korang tengoklah aku letihlah." Annur Ayesha bersuara malas. Dari dalam bilik dia mendengar suara Dira dan Misha bergelak ketawa. Budak dua orang ni kalau ketawa macam nak runtuh rumah. Pernah sekali kena sound dengan mak cik Timah sebelah rumah supaya mereka senyap sedikit lebih-lebih lagi waktu malam. Orang tu sudahlah ada anak kecil. Memanglah dia marah. Tapi mak cik Timah baik orangnya.

Annur Ayesha sudah keletihan. Tapi dia masih belum dapat melelapkan matanya. Mujurlah esok kelasnya sebelah petang. Tiba-tiba Annur Ayesha teringat insiden petang semalam. Serta-merta hatinya menjadi sebal. Annur Ayesha terus memejamkan matanya. Malas dia mahu memikirkan tentang lelaki itu.

* * *

"Fasobrun Jameel, maka sabar itu adalah indah"

Lama Firdaus menatap bait-bait perkataan itu. Dalam dan bermakna. Sabar.
Ya..itulah yang dia didik dalam hati setiap hari. Sabar dalam apa jua keadaan yang menimpa dirinya. Kawal nafsu amarah yang mudah bertandang.

"Bro, kau kena ingat...yang sabar itu tak pernah tewas kerana yang memenangkannya adalah Tuhan!"

Kata-kata Lutfi menerobos masuk ke dalam ingatannya. Firdaus tersenyum. Kata-kata yang disampaikan oleh Lutfi itu dia pinjam dari karya Muhammad Rusydi. Lutfi memang rajin membaca. Pernah sekali dia bertanya mengapa Lutfi gemar membeli buku-buku agama? Bukankah mereka sudah sering mengikuti kelas-kelas agama dan usrah? Tidak cukup lagikah?

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now