Bab 15

518 11 0
                                    

Annur Ayesha menarik nafas lega. Baru sahaja tadi dia selesai ditemuduga. Atas desakan Mama dan Abah dia turutkan jua untuk mencuba temuduga di pejabat satu tempat dengan Firdaus, suaminya.

"Baiklah Puan Annur, InShaaAllah semoga ada rezeki Puan. Lagipun senangkan kalau satu tempat kerja dengan suami." Encik Haikal salah seorang penemuduganya berseloroh. Annur Ayesha hanya tersenyum nipis.

Awal-awal lagi Firdaus sudah beritahunya Encik Haikal itu sahabatnya disitu. Jadi tak hairanlah kalau lelaki itu selamba mengusiknya.

Ada juga beberapa pasang mata pekerja disitu memerhatikannya sambil tersengih, senyum kambing. Entah kenapa. Dia pun pelik. Annur Ayesha hanya membalas senyuman mereka. Tak mungkinlah satu pejabat tahu dia isteri kepada Firdaus?

"Sayang..macam mana interview?" Suara Firdaus memecahkan lamunannya. Annur Ayesha membetulkan posisi duduknya. Firdaus mengambil tempat disisinya. Ruang pejabat Firdaus agak luas juga dia perhatikan. Selepas ditemuduga tadi Firdaus meminta dia tunggu di dalam pejabatnya di aras bawah.

"Okay je."

"Okay je? Kawan abang ada usik Annur ke?" Soal Firdaus tersengih. Pasti Encik Haikal yang dimaksudkannya.

"Dia memang macam tu. Tapi baik orangnya. So now, sayang nak tunggu abang dulu? Ada lagi satu jam sebelum lunch." Ujar Firdaus sambil meneliti jam ditangan.

Satu jam? Apa aku nak buat dalam office dia ni? Takkan nak hadap dia buat kerja kot? Nak keluar lagilah tak mahu. Dia segan. Semua rakan sekerja Firdaus tadi memerhatikannya.

"Dah lapar?" Soalan Firdaus hanya disambut dengan gelengan saja. Firdaus terus berdiri dan pergi ke meja kerjanya. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis buat Annur Ayesha. Tak lama kemudian Firdaus kembali menghampirinya dan memberi sebungkus biskut oat krunch.

"Ini je yang abang ada. Annur makan dulu alas perut. Abang tahu Annur lapar. Perut tu dah nyanyi kan?" Usik Firdaus tersengih lalu kembali ke meja kerjanya. Wajahnya terus berubah serius dan menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi.

Annur Ayesha hanya memerhatikan saja. Memang dia sudah lapar. Biskut tadi dikeluarkan dari bungkusan dan dikunyah perlahan. Selesai makan, dia terasa bosan pula. Firdaus dilihatnya begitu tekun membuat kerja. Matanya pula sudah ralit. Malam tadi dia tidur lewat sedikit. Dia sudah mengubah posisi duduknya dan baring mengiring di atas sofa empuk itu. Kedinginan ruang pejabat itu menambahkan lagi rasa mengantuknya. Matanya terus terpejam rapat.

* * *

Firdaus meraup wajahnya. Dia tersenyum lega. Laporannya sudah dia siapkan. Dia mengerling jam di dinding. Sudah pukul 2petang!

"Ya Allah! Astaghfirullahalazzim. Macam mana aku boleh khusyuk sangat buat kerja ni?" Firdaus sudah serba salah. Dia sudah terlewat untuk solat zuhur. Tiba-tiba dia akan teringat Annur.

Bingkas dia bangun dari meja kerjanya. Dia lihat Annur sudah terlelap di atas sofa pejabatnya. Hendak dikejutkan kasihan pula, lagipun dia tahu Annur sedang 'cuti' kerana subuh pagi tadi mereka tidak jemaah bersama-sama. Firdaus terus keluar untuk ke surau di pejabat. Seruan yang Maha Esa paling utama.

Kira-kira setengah jam kemudian dia kembali ke pejabatnya. Kesian Annur masih belum makan. Hatinya sudah mula risau dan gusar. Perlahan-lahan dia mendekati Annur yang sedang lena. Begitu nyenyak sekali.

Tiba-tiba dia tersenyum. Sedang tidur pun comel. Benarlah, bila hubungan sudah halal semuanya jadi indah belaka. Tengok wajah isteri pun dapat pahala. Walaupun dulu mereka agak rapat, namun batas pergaulan masih tetap dia jaga. Perlahan tangannya mengusap pipi Annur Ayesha. Sungguh dia pun tidak sedar entah bila hatinya sudah terpaut kepada gadis itu.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now