Bab 38

413 7 2
                                    

Firdaus panik sekali. Dia tak tahu berapa had kelajuan dia memandu kereta. Tak sanggup dia lihat Annur Ayesha begitu. Dia hanya berharap dapat cepat-cepat sampai ke hospital.

Sampai saja diperkarangan kecemasan, Firdaus terus mencempung tubuh isterinya itu. Beberapa orang jururawat berlari ke arahnya dan membantu Firdaus.

"Encik..tunggu diluar ya." ucap salah seorang jururawat tadi. Selalunya dalam drama saja dia lihat situasi itu, kali ini dia yang alami sendiri.

Firdaus risau sangat. Tak tenang dia menunggu. Dalam pada itu, dia teringat untuk telefon Mama dan Abah. Seperti yang dijangka mereka terkejut. Mama dan Abah memberitahu mereka akan pulang segera hari ini.
Entah berapa lama masa berlalu, puas menunggu akhirnya muncul seorang doktor wanita keluar dari bilik rawatan tadi. Dia mengarahkan Firdaus berjumpa dengannya di dalam bilik doktor. Firdaus menurut saja.

"Silakan duduk Encik." Arah Doktor Fatimah. Sempat Firdaus mengerling pada tanda nama doktor wanita itu.

"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?" soal Firdaus tidak sabar.

"Okay macam ni. Alhamdulillah dia okay. Encik?"

"Saya Firdaus." Firdaus mengenalkan diri.

"Okay Encik Firdaus, sebenarnya Puan Annur mengalami pendarahan. Tetapi keadaannya tidak serius. Tindakan Encik tepat dan pantas. Mujur dia diberi rawatan segera kalau tidak mungkin keadaan akan jadi lebih buruk lagi."

Tekun Firdaus mendengar. Pendarahan??

"Puan Annur, sebenarnya mengalami sedikit tekanan. Tambahan lagi, dalam keadaan dia sekarang dia tak boleh berada dalam situasi yang amat tertekan untuknya. Berdasarkan rawatan yang saya lakukan dia kekurangan zat. Make sure, Encik kena pastikan dia ambil banyak makanan yang berkhasiat." Doktor Fatimah menjelaskan lagi.

Firdaus masih bingung.

"Baik doktor saya faham. Tapi apa sebenarnya penyakit dia? Yang saya tahu isteri saya ada masalah migraine. Apa kaitan dengan pendarahannya?" soal Firdaus jujur.

Doktor Fatimah menarik muka. Hairan.

"Encik Firdaus, don't you know that your wife are pregnant?"

Mendengar saja kata-kata Doktor Fatimah, Firdaus merasakan dunianya seakan terhenti seketika. Dia tidak tahu sama ada ingin rasa gembira,sedih atau marah ketika itu. Semuanya bercampur baur. Annur mengandung? Benarkah Ya Allah?

Doktor Fatimah tersengih saja. Macam-macam perangai suami isteri yang dia jumpa. Ini kes jarang-jarang untuknya. Suami tak tahu isteri hamil.

"Begini Encik Firdaus, saya sarankan biar dia rehat disini untuk sehari ini. Saya akan pantau keadaan dia dari semasa ke semasa. InShaaAllah, jika dia sudah bertenaga boleh discharge esok juga. Pada awal-awal kehamilan ini, dia memerlukan rehat yang cukup. Lagi pula, dia sedang mengalami morning sickness yang agak teruk. Jadi saya harap Encik Firdaus dapat sama-sama bantu isteri Encik." ujar Doktor Fatimah lagi.

Firdaus mengangguk faham. Dia sebenarnya masih bingung lagi. Pelik kenapa Annur Ayesha merahsiakan tentang kandungannya? Tapi dalam masa yang sama, jauh disudut hati dia sangat bersyukur. Segala persoalannya terjawab. Terlerai segala kekusutannya, patutlah Annur Ayesha sering saja tidak sihat. Rupa-rupanya alahan kerana mengandung. Firdaus tersenyum sedikit. Tak percaya yang dia akan bergelar bapa tidak lama lagi.

Semasa melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Annur Ayesha, perlahan Firdaus menghampiri isterinya itu. Annur Ayesha sedang terlena. Berhati-hati dia ke situ agar tidak menganggu lena isterinya itu. Wajah kesayangannya dipandang lama. Tercurah kasih sayangnya untuk gadis itu. Hilang segala rasa marahnya, kecil hatinya. Dia sudah memaafkan semuanya. Sekarang isterinya itu sedang mengandungkan anak mereka. Perkara yang amat dia nantikan. Firdaus mencapai perlahan tangan Annur Ayesha lalu dikucup lembut. Seterusnya dia mengusap pipinya perlahan. Perbuatannya menyedarkan Annur Ayesha dari lena. 

Tangan Firdaus masih menggengam kemas tangan Annur Ayesha.

"A..abang..." sapa Annur Ayesha. suaranya masih lemah.

Firdaus disisinya tersenyum.

Annur Ayesha teringat akan sesuatu. Tangannya pantas meraba-raba perutnya yang masih tak kelihatan itu.

"Abang..baby..?"

"Sayang...semuanya okay. Don't worry." Firdaus menenangkan. 

Barulah Annur Ayesha menguntum senyumannya. Firdaus tidak marah akannya. Firdaus juga sudah tahu tentang kandungannya. Firdaus mengucup lagi tangannya. Annur Ayesha rasa serba salah juga. Bukan begini keadaannya dia ingin memberitahu Firdaus, tapi benda sudah terjadi. Annur Ayesha baru teringat, dia ingin termuntah lalu dia terus ke bilik air. Selepas meluahkan segala isi perutnya, dia terasa ada sesuatu yang mengalir dicelah kangkangnya. Saat itu, seluruh tubuh badannya terasa lemah. Dia tak mampu bergerak dan terus terduduk di atas lantai bilik air. Dia tak berdaya waktu itu, dia amat berharap keajaiban berlaku untuk menyelamatkan kandungannya. Annur Ayesha hanya mampu menangis, takut kehilangan anaknya. 

Masa yang tepat sekali, tiba-tiba saja Firdaus muncul. Annur Ayesha rasa bersyukur sekali bila melihat wajah Firdaus. Masih dia ingat wajah Firdaus yang panik melihatnya disitu.

"Abang..Sha minta maaf. Semua ni salah sha. Kalau tak mesti tak jadi begini." luah Annur Ayesha.

"Shh..dah sayang. Abang tak marah. Abang gembira sangat. Ini anak kita..sayang tengah mengandungkan anak kita." balas Firdaus sayu sambil mengusap perut Annur Ayesha perlahan. Ada air bergenang dimatanya. Annur Ayesha turut mengalirkan air mata gembira.

"Sha minta maaf sebab rahsiakan daripada abang. Bukan tak mahu beritahu, tapi Sha belum sedia nak beritahu..sebab.."

"Merajuk dengan abangkan? Sayang...lain kali jangan macam ni tau." Firdaus memotong bicara Annur Ayesha.

"Sayang, abang risau sangat tau. Tak tenang hati abang. Next time, tak ada apa-apa rahsia antara kita. Kan kita dah janji? Sekarang, sayang kena banyak berehat, tenangkan fikiran dan minda. Last but not least, doktor pesan kena makan makanan yang berkhasiat."

Annur Ayesha mengangguk sambil tersenyum. Kemudian Firdaus terus merangkul tubuhnya erat. Annur Ayesha rasa bahagia sekali.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now