Bab 33

294 7 1
                                    


Sudah seminggu berlalu, hubungan Firdaus dan Annur Ayesha masih kekal dingin. Berbicara hanya sepatah dua.

Annur Ayesha bukan tidak cuba hendak meminta maaf, tapi dia rasa malu. Lagi pula, Firdaus sudah tidak banyak cakap dengannya. Pulang dari kerja sahaja mandi, solat, makan dan tidur. Tak ada lagi perbualan mesra seperti biasa. Walaupun Firdaus tidak lagi mengasingkan tempat tidur mereka, tetapi Annur Ayesha masih tetap rasa bersalah.

Lebih parah lagi, hanya tinggal mereka berdua di rumah sejak Mama dan Abah pergi bercuti bersama teman-teman lama Abah di Sabah.

Hari ini Annur Ayesha langsung tak ada mood untuk buat kerja. Lesu sekali badannya bertambah lagi dengan masalah yang melanda.

"Sha, pergi ambil cuti je lah. Teruk sangat dah tengok tu. Boss bukan marah pun." tegur Dalilah disebelahnya. Annur Ayesha tersenyum nipis. dia membetulkan tudung yang dipakainya.

"Sha okay la. Pening sikit je."

"Sikit apanya..muka pucat je tu? Biar betul? Dah berapa hari macam ni...tak pergi check doktor ke?" soal Dalilah prihatin. Sambil ligat jari jemarinya menekan papan kekunci komputer.

"Kejap lagi makan ubat okaylah ni." ujar Annur Ayesha sambil tersengih.

"Tak eloklah makan panadol tu selalu. Erm..kalau Dalilah tanya, Sha jangan marah ya."

Annur Ayesha mengerutkan dahinya.

"Tanyalah. nak marah apa pulak. macam tak biasa."

Dalilah tersengih.

"Sha pregnant ke?"

Hampir tersembul biji mata Annur Ayesha mendengar pertanyaan Dalilah. Lama dia terdiam. Terkejut.

"err yela, bukan apa Sha..mana tau ada isikan. Pergilah check. Mana tahu rezeki Sha dan Encik Firdaus. Lagipun, Dalilah perhatikan kesihatan Sha kebelakangan ni merosot. Selalu tak sihat. muntah-muntah. Kemungkinan besar juga tu."

Annur Ayesha terdiam lagi. Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang dia terlupa. Annur Ayesha meraba perutnya. Pertanyaan Dalilah dibiar sepi. Dia terus bangun perlahan dan menuju ke pantri. Dalilah hanya memerhati dan terdiam saja.

Di pantri, Annur Ayesha bersandar di dinding. Perutnya diraba perlahan. Secara tiba-tiba air matanya menitis. Setitis dua, dan akhirnya menderu. Annur Ayesha teresak sendiri disitu.

* * *

"Tahniah, Puan mengandung. Sebulan usia kandungan Puan Sekarang."

Terngiang-ngiang bicara Dr.Fatimah 3 minggu yang lepas dicorong telinga Annur Ayesha. Berita yang diterimanya itu memberi pelbagai rasa didalam dirinya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Rupanya keadaan kesihatannya yang sering merosot adalah alahan kandungannya. Bukan kerana migraine. Annur Ayesha juga hampir terlupa dia sudah lewat datang bulan.

Disebabkan permasalahannya dengan Firdaus dia juga sudah terlupa tentang keadaan dirinya yang berbadan dua. Dia langsung lupa!

Annur Ayesha menangis. Menangis kerana kealpaan dirinya. Terlupa ada insan lain yang menetap ditubuhnya.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now