Bab 16

484 4 0
                                    

Pandangan kosong dilemparkan ke luar Restoran makanan segera kegemarannya, Domino's Pizza. Sesekali dia meneliti jam ditangan. Annur Ayesha mengeluh kecil. Orang yang dinanti masih tak kunjung tiba.

Telefon di atas meja dicapai. Bunyi telefonnya menandakan satu mesej dari aplikasi whatsapp. Segera dia buka.

Abang Fir: Sayang, please take care. Apa-apa call abang.

Annur Ayesha mengerutkan dahinya. Lantas dia tergelak kecil. Aduhai, dah kenapa ni? Pergi domino's je kot. Keluhnya. Jari-jemarinya mula menekan papan kekunci dan membalas mesej daripada Firdaus.

Kadang-kadang dia rimas dengan sikap Firdaus yang masih lagi melayannya macam kanak-kanak. Tapi dalam masa yang sama hatinya tercuit juga dengan keprihatinan lelaki itu. Entahlah dia tidak pasti dengan hatinya.

Annur: Yalah. Sha tau jaga diri. Tq.

"Hah? Apa senyum-senyum ni?" Sergah Dira. Serta-merta Annur Ayesha mengurut dadanya terkejut. Pantas tangannya mencubit lengan Dira yang baru sahaja melabuhkan punggung disebelahnya.

"Ish..kau ni dengan salam tak ada, apa tak ada main sergah aje. Nasib baik aku tak ada heart attack." Annur Ayesha mendengus geram. Dira hanya terkekek-kekek ketawa.

"Okay, sorry! Sorry juga sebab lambat. Jalan jem la beb. Assalammualaikum..apa habaq?" Dira menghulurkan tangannya. Annur Ayesha menyambut huluran itu sambil menjeling geram. Tubuh Dira diraih dan dipeluk mesra. Tercetus tawa dari bibirnya.

"Waalaikummusalam. Habaq baik! Nasib baiklah dah lama tak jumpa kau. Rindunya! Tak berubah perangai kau kan."

"Well, Dira kot!" Balas Dira bersahaja. Annur Ayesha menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Makin tembam kau Sha sejak dah kahwin ni. Ehemmm..dah ada isi ke?" Dira mengusik. Annur Ayesha menarik muka. Tipikal melayu betullah. Asal kahwin je, nampak gemuk kata ada isi. Tak ada soalan lain ke?

"Ada. Aku ternak lemak." Jawabnya bersahaja sambil menyisip teh lemon ais. Dira serta-merta ketawa mendengar kata-katanya.

"Anyway, thanks sebab sudi datang jumpa aku. Kau tahu tak, aku bersyukur sangat dapat kerja dekat sini. Excited! Bila aku dapat tahu kerja dekat sini orang pertama yang aku teringat adalah kau. Then, nak cari pengalaman dekat tempat orang."

Bukan main bersemangat Dira berceloteh. Tersengih-sengih Annur Ayesha. Dari semalam lagi Dira tak sabar-sabar hendak berjumpa dengannya. Awal-awal juga dia beritahu Mama dan Abah serta Firdaus hendak berjumpa dengan Dira hari ni. Pada awalnya dia hendak pergi sendiri saja, tapi mama melarang keras dan menyuruh Firdaus menghantarnya. Malas hendak berbalah dia turutkan saja.

"Kau memang saja nak menempel dekat aku kan? Bukan aku tak tahu kau tu. Cepat-cepat sikit kahwin. Ada orang teman." Annur Ayesha mengusik. Dira mencebirkan bibirnya.

"Buat masa sekarang ni Sha, lebih baik aku makan pizza ni dulu. Dari tadi pizza ni merenung aku. Geram juga. Lapar tahu. Aku belum lunch lagi." Balas Dira sambil mencapai sepotong pizza dan terus masuk ke dalam mulutnya. Annur Ayesha tertawa dengan gelagat Dira. Pandai saja dia mengelak cari alasan.

"Makan banyak sikit Dira. Dua regular pizza aku beli ni. Khas untuk kau tau."

"Kau perli aku eh? Thanks beb! Eh, kau dah dapat kerja belum? Hari tu bukan kau kata interview dekat office Firdaus ke?" Soal Dira. Annur Ayesha diam seketika sambil menghabiskan kunyahannya.

"Belum ada jawapan lagi. Entahlah. Aku tak harap sangat pun. Aku ada apply tempat lain juga. Try and error. Misha macam mana? Bila berangkat ke London?"

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now