Bab 4

583 13 0
                                    

Di hadapan kelas, Puan Hanim sedang rancak mengajar. Sesekali dia menulis sesuatu di atas papan putih. Mata Annur Ayesha fokus terhadapnya. Hanya tubuh dan jasadnya berada disitu tapi fikirannya entah menerawang ke mana.

Dia masih memikirkan kata-kata Mama dan Abah minggu lepas. Bila difikirkan semula,menyesal pula dia pulang ke rumah. Tak sangka pula niatnya hendak melepaskan rindu pada kedua orang tuanya jadi lain. Lebih baik dia duduk saja dirumah sewanya. Nak mereput pun mereputlah. Tak adalah dia rasa tertekan begini.

"Sha tak setuju."

"Keputusan Mama dan Abah muktamad. Sha kena dengar cakap kami. Ini untuk kebaikan Sha juga." Ujar Mama selepas mereka menikmati makan malam.

"Tapi Ma..."

"Sha. Kali ni, tolong dengar. Sha dah besar. Selama ni abah dah ikut semua kehendak Sha. Sekali ini takkan Sha tak boleh dengar cakap kami?" Abah bersuara separuh merayu. Annur Ayesha hanya terdiam tika itu. Serba salah.

Dia dilema. Antara kedegilannya dengan permintaan orang tuanya. Ini semua tak masuk akal baginya.

Bagaimana Mama dan Abah terfikir nak mengahwinkannya diusianya semuda ini? Aduhai klisenya kena kahwin paksa ni. Selama ini, babak-babak begini hanya ada dalam novel yang dia baca saja. Tak sangka terjadi pada dirinya sendiri. Belajar pun tak habis lagi. Dia masih muda. Ada cita-cita. Kenapa? Jiwanya tertekan, kepalanya serabut. Macam-macam yang dia fikir, masalah peribadinya dan peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi. Annur Ayesha bengang.

Habis sahaja kelas, Annur Ayesha terus ke perpustakaan, sendirian. Entah kenapa dia memilih ke situ untuk menenangkan fikirannya.

"Kenapa dengan Sha tu? Pelik semacam je aku tengok." Ujar Hana. Misha hanya mengangkat bahu.

"Biarlah dia. Bagi dia rilek dulu. Jomlah kita balik dulu." Putus Dira.

Di perpustakaan...

Annur Ayesha berdiri dihadapan rak buku bahagian bahasa inggeris. Setelah membelek dan mencari buku yang dia mahu dia terus menngambil tempat.

Tak ramai pelajar yang berada diperpustakaan. Waktu-waktu begini rata-ratanya masih dalam kuliah. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja sibuk mengulangkaji.

Annur Ayesha menongkat dagu. Tiada langsung moodnya. Buku tadi hanya dipandang sepi.

"Isy tak boleh jadi ni! Exam nak dekat. Please..please. kau tak boleh macam ni Sha." Hatinya bersuara. Annur Ayesha membetulkan postur duduknya. Dia mula menulis nota-nota penting dalam buku catatannya.

"Hai, Ayesha. Seorang je ke?" Entah dari mana tiba-tiba ada orang menegurnya. Annur Ayesha mengangkat kepala. Dia terkejut bukan kepalang. Namun masih dapat mengawal rasa terkejutnya.

Hakim! Apa dia buat disini? Tanpa dipelawa, selamba sahaja dia mengambil tempat berhadapan gadis itu.

"Eh taklah, ada orang disebelah i ni tak nampak ke? what are u doing here?" Soalnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Meluat.

"Shopping I guess."

Giliran Hakim membalas. Dia ketawa kecil usai menghabiskan kata-katanya. Annur Ayesha mendengus geram. Loya buruk pula mamat ni!

"It's not funny at all. Leave me alone. I nak study..u jangan ganggu i." Annur Ayesha bersuara perlahan tetapi cukup tegas pada pendengaran Hakim. Mengapalah disaat-saat begini lelaki itu juga yang datang. Bertambah serabut kepalanya.

Dah hampir setahun dia putus hubungan dengan lelaki itu. Sejak itu dia memang tak ambil tahu langsung tentang dirinya. Ada juga mereka terserempak dimana-mana memandangkan mereka berada dalam satu kampus. Tapi Annur Ayesha hanya buat tidak tahu begitu juga Hakim.

"Hey chill la dear. Kebetulan i nampak u seorang dekat sini. Mana kawan-kawan u?" Soalnya. Matanya masih merenung ke arah Annur Ayesha. Makin cantik. Desis hati Hakim.

Annur Ayesha tak berminat nak menjawab. Dia mendiamkan diri. Dia tak selesa dengan Hakim. Kalau dulu sewaktu hangat bercinta, saat begini hatinya mesti berbunga-bunga bila Hakim berada disisinya. Kini tidak lagi, situasi mereka benar-benar berbeza sekarang.

"Sombongnya u sekarang. Come on la..benda dah lepas kot. Well, final exam is just around the corner...so, good luck. I harap dapat jumpa u lagi." ujar Hakim sambil tersengih-sengih.

Mudahnya dia berkata-kata. Macam tak ada apa-apa saja yang berlaku. Hendak berjumpanya lagi untuk apa? Tak teringin langsung pun dia nak menatap wajah lelaki itu. Bertambah sakit hatinya melihat Hakim yang berlalu pergi meninggalkannya termangu disitu. Annur Ayesha mengeluh keras.

Pantas dia mengemas barang-barangnya dan meletakkan kembali buku tadi lalu keluar
dari perpustakaan. Dia benar-benar hilang mood.

Tanpa dia sedar ada sepasang matanya yang sedang memerhatikannya.

* * *

"Serabutnya fikiran aku. Arghh..aku rasa nak lari daripada semua ni. Orang takkan faham."

Ting! Ting! Ting!

Bertubi-tubi notifikasi dia terima. Baru sebentar sahaja Annur Ayesha mengemaskini status facebooknya, meluahkan lagi rasa isi hati dalam laman sosial. Seolah-olah dengan cara itu dia dapat ketenangan, facebook itu bagaikan diari hariannya. Seperti biasa, rakan-rakan dan pengikut facebooknya ada yang memberi like, ada juga yang meninggalkan komen.

Bosan. Dia membaca semua komen-komen yang diterima di statusnya.

Kenapa dear?
Why?
Hey chill babe..
Bla...bla..bla..

Dia langsung tak balas komen-komen tersebut. Sehinggalah matanya tertancap pada satu komen terakhir pada statusnya itu yang menarik perhatiannya.

"Cahaya Syurga - Tak semua benda boleh diluah pada manusia. Ujian yang Tuhan beri pada kita adakala sebagai peringatan dan tanda agar kembali padaNya. Mengapa tak luah padaNya? Sedangkan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya. Merintih dan mintalah padaNya, disitu kau akan dapat ketenangan."

Zappp! Bagai terkena panahan petir. Setepek kata-kata itu terkena pada dia. Macam kena tampar pun ada. Serta-merta dia sentap. Siapa Cahaya Syurga ni?

Annur Ayesha tak berpuas hati. Siapa gerangan manusia yang sibuk-sibuk nak menasihatinya itu? Terus dia klik pada nama itu. Automatik dia menjadi seorang stalker professional. Daripada profile, photo album, semua dia stalk.

Namun hampa. Langsung tak ada detail pemilik akaun facebook itu. Lelaki atau perempuan pun dia tak pasti. Dia hanya agak pemilik akaun itu seorang perempuan berdasarkan gambar profil dan nama facebooknya. Yang ada hanyalah kata-kata hikmah dan nasihat pada status dan gambar-gambarnya. Gambar profil pula menggunakan gambar kartun. Bengang. Annur Ayesha benar-benar bengang.

Dia sendiri pun tak ingat sejak bila dia friend dengan pemilik nama Cahaya Syurga itu. Selama ini, dia approve sesiapa saja yang add di facebooknya.

"Sha, kau okay tak ni?" Hana yang berada dikatil sebelah menegurnya. Wajah Annur Ayesha nampak tegang.

"Err..tak ada apa aku okay. Aku tidur dulu" jawab Annur Ayesha. Dia terus memusingkan badannya membelakangkan Hana. Hana hanya mengangkat bahu. Malas mahu bertanya lanjut. PMS kot budak ni. Hana meneka.

Hari ini benar-benar hari yang dirasakan buruk untuknya. Mengingatkan kata-kata Mama, Abah...berjumpa dengan Hakim lagi, bercampur stressnya belajar memikirkan peperiksaan akhir, komen Cahaya Syurga difacebook. Arghh..semuanya berlaku serentak. Dia terasa dihentam teruk.

Annur Ayesha memejam matanya rapat-rapat. Kepalanya sudah sakit diserang migrain. Terasa bagai ada batu besar yang menghempap kepalanya. Tidur...hanya dengan cara itu dapat menghilangkan masalahnya buat seketika.


Cinta AnnurWhere stories live. Discover now