Bab 42

225 3 0
                                    

Seminggu telah berlalu, Firdaus dan Annur Ayesha bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat atau kesyukuran sempena mereka berpindah di rumah baru dan juga sempena untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi.

Mereka telah memaklumkan pada Abah dan Mama. Mereka berpakat untuk menggunakan khidmat katering saja. Lebih mudah. Lagi pun, masing-masing juga bekerja dan tiada masa untuk membuat persiapan yang lain. Mujurlah mama ada ramai kawan-kawan yang nak sponsor kuih-muih. Hari ini, Firdaus dan Annur Ayesha sibuk menjemput teman-teman sekerja mereka. Kawan baik Annur Ayesha  juga turut dijemput hadir. Selain itu, mereka hanya menjemput saudara mara dan jiran-jiran terdekat. Paling penting sekali, imam dan ahli jemaah surau di kawasan perumahan mereka.

"Mama, kuih ni nak letak mana?" Soal Annur Ayesha sambil menatang sebekas kuih karipap di tangan.

"Letak je atas meja dekat depan tu, mama dah siap susun semua. Haa ni, katering hantar pukul berapa dah petang dah ni Sha." balas Mama yang sibuk mengacau air teh panas di atas dapur.

"Hmm..Abang cakap pukul 6 dorang hantar." Mama mengangguk. 

Annur Ayesha terus berjalan menuju ke meja. Pergerakannya dah tak selincah dulu. Perutnya semakin membesar, pinggangnya juga makin hari makin sakit. Sebelah tangannya memegang pinggang dan sebelah lagi memegang bekas yang berisi kuih tadi.

"Sayang..buat apa ni? Mari sini bagi abang." Firdaus yang tiba-tiba muncul menerpa ke arah Annur Ayesha. Dicapainya bekas berisi kuih tadi dari tangan Annur Ayesha. Tersengih saja Annur Ayesha.

"Abang dah bagitahu kan tak payah sibuk nak buat kerja. Abang boleh buat. Sekarang ni, awak duduk sini. Duduk je, tengok tv ke apa ke, sementara menunggu tetamu datang. Jangan nak bangun buat kerja itu ini. Faham?" Firdaus memberi arahan tegas. Annur Ayesha tertawa saja.

"Ala abang ni, apa salahnya tolong sikit-sikit. Kesian Mama tau. Siapa nak tolong mama kalau bukan Sha kan?" 

"Tak payah. Abang boleh tolong. Okay? Please, dengar cakap abang dan jangan degil." Ujar Firdaus lalu menarik tangan isterinya dan memaksanya duduk atas sofa di ruang tamu. Annur Ayesha tersenyum dan tak lama selepas itu Firdaus berlalu pergi ke dapur. Annur Ayesha pun mendengar saja nasihat Firdaus, lagipun kakinya terasa lenguh berdiri lama-lama.

Kenduri bermula selepas maghrib, seorang demi seorang tetamu yang hadir. Sahabat-sahabat baik Annur Ayesha juga turut hadir. Gembira rasanya mereka dapat berkumpul semula. Firdaus dan Annur Ayesha menyambut semua tetamu mereka. Dari jauh, Annur Ayesha nampak kelibat Sarah. Hatinya menggetus. Dia fikir Firdaus tak akan jemput. Tapi bila fikir semula Sarah kan teman sekerjanya, takkanlah tak dijemput.

"Assalammualaikum, hai Ayesha. Apa khabar?" ujar Sarah penuh mesra sambil menghulurkan tangannya. Hendak tak hendak Annur Ayesha sambut juga. Dia menepis perasaan negatifnya demi menghormati tetamu yang hadir di rumah. Sarah kelihatan begitu cantik malam ini, berbaju kurung merah jambu dan sehelai selendang berona krim diatas kepalanya. Cantik. 

"Waalaikummussalam, Alhamdulillah sihat. Jemputlah masuk Sarah." balas Annur Ayesha sambil tersenyum. Namun gadis itu tidak terus masuk, tapi masih menempel disisinya dan Firdaus. Annur Ayesha rasa tidak senang.

"Hai Fir...you look so handsome la malam ni, segak. macam nak menikah." Tanpa rasa malu Sarah menuturkan ayat begitu. 

Firdaus seperti biasa hanya tersenyum dan melayan saja 'gurauan' Sarah. Annur Ayesha pula jadi kekok di situ. Annur Ayesha baru perasan suaminya malam ni memang nampak kacak daripada biasa. Mungkin disebabkan penampilannya yang berbaju melayu lengkap dan bersongkok. Annur Ayesha jadi sebal. Sarah langsung tak menghormatinya. Bukan main mesra lagi dia berborak dengan Firdaus macam tak pernah berjumpa setahun!

Annur Ayesha bersabar sahaja kerana dia tidak ingin mengikut emosi, sementelah hari ini hari yang baik. Lagi pun dia perlu menjaga air mukanya dan Firdaus juga. Apa pula kata orang nanti kalau lihat dia bermasam muka. Mengesan perubahan diwajahnya, Firdaus tiba-tiba memeluk bahu Annur Ayesha rapat disisinya. Berubah terus wajah Sarah. Tak lama kemudian, dia beredar dan berkumpul bersama tetamu yang lain. Annur Ayesha buat biasa saja. Dia tak nak mengubah mood Firdaus pula.

Majlis berjalan dengan lancar. Tak cukup tangan dibuatnya Firdaus dan Annur Ayesha melayan tetamu yang hadir. Mujur Abah dan Mama membantu. Annur Ayesha sedang melayan kawan-kawannya. Tak lama kemudian Firdaus muncul ke arah mereka.

"Sayang, nah abang ambilkan soto ayam ni. Makan tau. Kalau nak apa-apa bagitahu abang." ujar Firdaus sambil tersenyum sambil menghulurkan semangkuk soto kepada Annur Ayesha. Annur Ayesha menyambut mesra.

"Amboi, romantiknya Encik Firdaus. Untunglah Sha..kan kak Amna!" usik Dalilah. Firdaus tertawa. Annur Ayesha pula sudah memerah wajahnya.

"Mestilah Dalilah, nampaknya cepat-cepatlah kamu cari teman pula. Akak teringin nak makan kenduri kamu pula." Kak Amna kembali mengusik Dalillah. Mereka semua tertawa. 

Annur Ayesha rasa lega sedikit. Mujur ada teman sekerjanya dan kawan-kawan baiknya datang menghiburkan hati. Dira dan Hana turut hadir. Walaupun baru saja kenal dengan Dalilah dan Kak Amna tapi mereka boleh berborak seperti sudah lama kenal.

"Eh Sha, siapa perempuan tu?" tiba-tiba Dira menyoal sambil mencebirkan bibirnya ke arah satu sudut. Annur Ayesha menoleh. Kelihatan di depan matanya Sarah berborak dengan Firdaus di satu sudut. Di sekeliling mereka ada juga rakan sekerja yang lain, tetapi yang jelas Sarah memang saja rapat-rapat dengan Firdaus. Dalilah dan Kak Amna saling berpandangan antara satu sama lain tapi mereka mendiamkan diri saja. Riak wajah Annur Ayesha sudah berubah. Pantas Hana memberi isyarat kepada Dira atas keterlanjuran pertanyaaannya.

"Itu Sarah. Assistant Firdaus." tenang saja Annur Ayesha menjawab.

"Err...Sha? nak air tak? akak ambilkan ya." ujar Kak Amna sudah berdiri cuba mengubah topik. Annur Ayesha mengangguk lalu mengucapkan terima kasih. 

Tetamu sudah beransur pulang hanya tinggal rakan-rakan terdekat saja yang masih berborak. Ada juga yang membantu Annur Ayesha mengemas apa yang patut. Sudah ditegah pun masih berdegil juga nak bantu. Annur Ayesha mencari kelibat Firdaus tidak jumpa, Sarah juga tidak. Dia tak sedap hati. Selepas meminta diri, Annur Ayesha terus masuk ke dalam rumah. Dia terus menuju ke dapur. Terdengar suara orang berbual dan ketawa.

Sampai sahaja diruangan itu, Firdaus dan Sarah sedang berbual penuh mesra, kedudukan mereka begitu rapat. Berdua!

"Abang!" panggil Annur Ayesha sedikit tinggi suaranya. Dua susuk tubuh itu terkejut dengan kehadiran Annur Ayesha yang tiba-tiba. Air muka Firdaus berubah. Namun Sarah buat selamba saja seperti tiada apa yang berlaku. Annur Ayesha menahan sesak di dada. Sampai hati abang. Macam mana aku nak bersangka baik kalau ini yang aku nampak depan mata? Gumam hati Annur Ayesha. 

"Sayang..kenapa?" soal Firdaus. 

"Tetamu dah nak balik, abang buat apa dekat sini?" sinis Annur Ayesha bertanya. Matanya langsung tak memandang wajah Sarah. Sakit hatinya.

"Okay, abang pergi sekarang ya. Errr..Sarah kita bincang esok ya." 

Sarah tersengih.

"Okay Fir..eh Fir I nak pinjam toilet you..mana eh? tadi dekat belakang ada orang gunalah."

"Oh yeke, you naik tingkat atas lepas tangga belok kiri" balas Firdaus. Sarah tersenyum manja sambil melenggokkan badannya. Gedik sungguh! Sakit hati Annur Ayesha.

"Sayang..jom." terus Firdaus menarik tangan isterinya berlalu pergi. Annur Ayesha makin geram bila melihat Firdaus buat seperit tiada apa saja. Ya Allah, sabarkanlah hatiku!

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now